PROGRAM IMARAH RAMADAN 2016 OLEH ALAM FLORA


Banyak perkara telah saya pelajari sepanjang ramadan tahun ni. Sedar tak sedar kita sudahpun berada dalam 10 hari terakhir ramadan. *tak lama lagi syawal dah nak menjelma. Agak-agaknya apa yang korang sedar tentang perubahan jika datangnya bulan ramadan ni khususnya di Malaysia ni.


Hal ini sangat merusingkan saya. Dengan kesedaran yang telah diberikan oleh pihak Alam Flora khususnya, sedikit-sebanyak telah mendorong saya untuk melakukan sesuatu supaya ianya tidak menjadi lebih parah. Selain dari menguruskan dan memberi kesedaran mengenai pegurusan sisa pepejal, Alam Flora juga banyak melakukan program-program lain termasuk program sukarelawan dan keagamaan.

PROGRAM IMARAH RAMADAN 2016 OLEH ALAM FLORA


Pada hari khamis yang lepas (23/06/2016) saya dan beberapa orang blogger telah berkesempatan untuk menyertai satu program anjuran Alam Flora Sdn Bhd yang telah berlangsung di Surau Ibrahimiah di Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur. Program tersebut adalah Program Imarah Ramadan 2016.

Program Imarah Ramadan 2016 ni dianjurkan sebagai salah satu usaha tanggungjawab sosial korporat Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora). Ini adalah kali pertama majlis begini dianjurkan dan bakal diteruskan secara konsisten. Surau Ibrahimiah di Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur adalah lokasi yang dipilih.

GOTONG-ROYONG


Dengan sentuhan dan kepakaran dari pihak Alam Flora, mereka telah membawa dan menekankan konsep 5S yang dipinjamkan daripada amalan mulia masyarakat Jepun iaitu: seiri, seiton, seiso, seiketsu, & shitsuke.


Apa yang menariknya, dengan bantuan pihak Alam Flora ni Surau Ibrahimiah telah menjadi surau pertama yang mengaplikasikan konsep 5S sepenuhnya.

Gotong- royong ini telah dilakukan oleh kakitangan Alam Flora sendiri selama beberapa hari. Gotong-royong ni bukan sekadar di bahagian dalam surau je, tapi ia juga turut berlaku di luar surau. Selain dari sumbangan keringat untuk gotong-royong tersebut, pihak alam flora juga telah menyumbang perabut dan alatan yang menambah keselesaan pengguna surau termasuklah permaidani, rehal, rak kasut dan naskhah-naskhah al-Quran. Kerana mementingkan hal keselamatan, mereka juga telah menyumbang beberapa pemadam api untuk diletakkan di beberapa bahagian dalam surau.




AGIHAN BUBUR LAMBUK


Bubur lambuk ni cukup sinonim dengan bulan ramadan. Jadi, pihak Alam Flora sendiri tidak ketinggalan menyediakan hidangan ni untuk diagihkan kepada orang kampung. Apa yang menariknya, bubur lambuk ini tidak dibekalkan didalam plastik biasa pakai buang. Ini adalah untuk memberi kesedaran bahawa dengan menggunakan bekas makanan seperti kontainer seba gna tu, kita boleh menjimatkan beberapa hal.


Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Haji Mohd Zain Haji Hassan sendiri telah turut serta dalam pengagihan bubur lambuk pada orang kampung. Selain dari bubur lambuk, Alam Flora turut menyebarkan risalah SAS iaitu risalah yang menerangkan tentang penguatkuasaan di mana setiap premis wajib mengasingkan sisa pepejal termasuk di rumah-rumah.

Peraturan dikuatkuasakan di semua negeri yang menerima pakai Akta 672 iaitu Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah dan Perlis.

SUMBANGAN KEPADA ANAK YATIM DAN ASNAF


Program diteruskan dengan memberikan sumbangan kepada anak yatim dan asnaf. Datuk Haji Mohd Zain sendiri telah menyampaikan sumbangan ini kepada 19 anak yatim dan 11 asnaf.

TAZKIRAH RAMADAN OLEH USTAZ SYAMSUL DEBAT



Ceramah bertajuk "Kebersihan dan Pembaziran Sempena Menyambut Aidilfitri" selama 30 minit sementara menunggu waktu berbuka ini cukup padat . Sudah semestinya ramai yang kenal dengan USTAZ SYAMSUL DEBAT bukan? Jadi memang tak menyesal kalau datang dengar ceramah beliau ni.


BERBUKA PUASA



Sedikit informasi tentang Alam Flora


Alam Flora telah ditubuhkan pada tahun 1995. Ianya merupakananak syarikat DRB-Hicom dimana Alam Flora beroperasi sebagai sebuah syarikat pengurusan alam sekitar di Malaysia. Selain mengurus alam sekitar , ia juga menyediakan perkhidmatan kutipan sisa, termasuk domestik / rumah, taman, sisa besar dan yang terbaru kitar semula.

Perkhidmatan lain seperti tempat pembersihan awam, pemotongan rumput, pembersihan, tempat pembuangan sampah, pengkomposan sisa makanan, perkhidmatan landskap dan banyak lagi.

You Tube : https://www.youtube.com/channel/ UCWEuL74ei7-u1wnB0Mu2nOg

#lovefoodhatewaste
#alamflorasdnbhd
#klbloggershunt2016

Catatan blog ini dapat diwujudkan menerusi PROGRAM IMARAH RAMADAN. Program ini telah dianjurkan oleh pihak Alam Flora di Surau Ibrahimiah di Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur.


Post a Comment

1 Comments