PENGINAPAN DI BUKIT FRASER | RUMAH REHAT SRI BERKAT


PENGINAPAN DI BUKIT FRASER | RUMAH REHAT SRI BERKAT | Pertama kali diberi peluang untuk datang ke Rumah Rehat Sri Berkat ni. *sebelum ni hanya mampu lihat dari filem-filem je. Rumah Rehat Sri Berkat dua tingkat ini merupakan sebuah banglo yang cukup besar dengan memiliki 9 buah bilik semuanya dan boleh menampung sehingga 40 orang dalam satu-satu masa. *bunyi macam tipu aje kan?.


Tapi korang kena percaya, ini kerana setiap satu biliknya boleh memuatkan sehingga 5-6 orang malah lebih dari itu. Memandangkan ianya berlokasi di atas Bukit Fraser maka udaranya cukup nyaman dan dingin amat sesuai untuk dijadikan tempat bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan. Malah mereka juga mempunyai sebuah bilik khas untuk pasangan honeymoon.

Kelihatan pintu masuk utama banglo

Ruang tamu utama & kaunter reception di tingkat bawah bertentangan dengan pintu utama

Untuk pengetahuan korang juga, disebabkan keadaan udara di Bukit Fraser yang sejuk dan nyaman ini, keseluruhan banglo ini bebas dari kewujudan penghawa dingin apatah lagi kipas. Tidak hairan lah kalau dilihat di beberapa ruang tamu dan sesetengah bilik disini, ada dibina alat pendiang api serta mempunyai cerobong asap sama seperti yang terdapat pada rumah dan bangunan di negara barat yang mengalami musim sejuk dan salji.  Dan ini sangat memenuhi syarat reka bentuk rumah Inggeris.

Ruang tamu bahagian tingkat 2 banglo
Rumah Rehat Sri Berkat merupakan salah satu bangunan yang menyerupai rekabentuk bangunan ala Inggeris. Rumah Rehat Sri Berkat dikatakan telah didirikan sekitar tahun 1926 oleh British Red Cross. Pembinaan bangunan ini telah diperintahkan oleh St John yang berasal dari Jerussalem di England yang ditujukan kepada bekas tentara pada tahun 1914-1918. Ia merupakan salah satu tanda terima kasih kepada Tanah Melayu atas layanan dan kerjasama yang telah diberikan ketika zaman pemerintahan mereka di luar negeri ketika zaman peperangan dahulu.
Keadaan bilik yang cukup luas seperti ruang tamu rumah biasa.

Mungkin disebabkan reka bentuk banglo ini seperti yang demikian, maka ia telah menjadi tarikan kepada pembuat-pembuat filem untuk tujuan rakaman filem. Jenis filem-filem yang biasa dibuat disini biasanya dari genre seram. Sekarang untuk menjaga prestasi  Rumah Rehat Sri Berkat ini, pihak pengurusan rumah ini telah mengambil keputusan untuk tidak membenarkan rakaman filem di sini lagi. *ianya bebas dari unsur-unsur seram tu sebenarnya.


Untuk pengethuan korang, Rumah Rehat Sri Berkat juga boleh disewa untuk majlis-majlis resepsi pernikahan dan sebagainya. Sesuai juga dijadikan tempat untuk sesebuah kompeni melakukan program hari keluarga. Kini, di bawah pengelolaan Tourism Selangor, mereka telah membuat satu pembaharuan dengan mengenalkan pelbagai pakej yang sesuai.

Sama seperti kebanyakkan bungalo yang terdapat di Bukit Fraser , Rumah Rehat Sri Berkat adalah tinggalan sejarah oleh pihak British yang turut memperingati seni bina bangunan di England. Keadaan ini menyebabkan Bukit Fraser dikenali sebagai "Little Soctland".
Kini, Rumah Rehat Sri Berkat diletakan sepenuhnya di bawah pentadbiran Jabatan pembangunan Produk, Tourism Selangor Sdn Bhd. Setiap bilik boleh disewa secara individu (bilik) ataupun seluruh banglo.


Untuk keterangan lanjut bisa menghubungi Tourism Selangor Sdn Bhd:

Tourism Selangor Sdn Bhd

Lot P7, Jalan Indah 14/12
Seksyen 14, 40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Tel: 603 5513 2000
Fax: 603 5518 2407

Website :
http://www.tourismselangor.my

Kredit Foto : Akugraphy EazyIzzuddin

Catatan blog ini dapat diwujudkan menerusi program Eat.Travel.Write Selangor 3.0 - Selangor International Culinary Adventure, iaitu lawatan media yang diadakan pada 21 hingga 24 April 2016 lalu. Acara itu telah dianjurkan oleh Gaya Travel Magazine dan Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN) sempena mempromosikan Negeri Selangor.



Post a Comment

12 Comments

  1. memang menjadi ni kalau buat citer seram kt banglo gini..nasib baik tak dibenarkan

    ReplyDelete
  2. Rindu masa ni weh. Best je tidur ramai-ramai. Jalan naik atas tengah-tengah malam, bhahahaha!

    ReplyDelete
  3. Mcm bsttt jee. 👍🏻👍🏻👏🏻👏🏻

    ReplyDelete
  4. kalau pergi sana boleh sewa bilik juga la kan, hanya untuk 1 family gitu..mesti best

    ReplyDelete
  5. Keren foto-fotonya, bakat fotografer nie, penginapannya juga unik ya, sepertinya bangunan belanda tapi rapi dan bersih!

    Kunjungan balik ya --> FOREDI GEL HERBAL OLES

    ReplyDelete
  6. Rindu la nak satu bilik dengan korang lagi. Hmmm bila la dapat jumpa lagi kan? :(

    Thumbs up for the comprehensive review! Nice one

    ReplyDelete
  7. lama juga tak ke bukit fraser. sejak kecik2 dulu la ni

    ReplyDelete
  8. Gambar pertama nampak macam mengerikan tapi kat dalam memang stylist betul dengan rekaan gaya barat rumah banglo ni. Mesti best pengalaman tu. :D

    ReplyDelete
  9. Bukit Fraser memang banyak banglo. Semua style zaman kolonial. Yang tak bestnya ia agak jauh .. so kalau malam mcm sunyi je.

    ReplyDelete
  10. nampak menarik tapi mcm menyeramkan klo sewa bilik je lepas tu bilik lain kosonggg...huhuuuu...

    ReplyDelete