Untuk entry kali ni, kami nak bawa anda berbuka puasa di Dewan Seri Endon, PUSPANITAPURI, Putrajaya. Lokasi yang cukup strategik dan sangat diketahui umum. Bagi mereka pertama kali ke sini, tidak perlu risau sesat kerana lokasi PUSPANITAPURI ini cukup mudah untuk dijejaki dengan menggunakan aplikasi waze di smartphone.
KEMUDAHAN FASILITI DI PUSPANITAPURI
Apa yang lebih menarik dengan tempat ni, ianya cukup lengkap dengan fasiliti seperti parking kereta yang luas dan tidak berbayar, kemudahan tandas yang bersih dan bilik solat berhawa dingin. Apa yang lebih penting, tempat makan nya juga cukup luas dan selesa untuk korang menjamu selera.
MENU BUFFET RAMADAN DI DEWAN SERI ENDON
Buffet berbuka puasa di Dewan Seri Endon, Puspanitapuri ini telah bermula pada 6 jun 2016 yang lepas dan akan berakhir pada tarikh 2 julai 2016 dimana hidangan buffetnya bermula pada jam 6.30pm hingga ke 9.30pm.
Kambing Kuzi & Nasi Mandy
Kambing bakar, kambing kuzi, BBQ, Barbeku Ikan, ayam, daging, ketam bakar, udang, ikan bakar, sate, ayam percik, ayam golek madu, gulai kawah, bubur lambuk, cendol madu APSB, bihun sup utara, kari dan asam pedas kepala ikan dan banyak lagi.
Juadah Berkonsepkan Warung
Roti john, Ikan keli goreng berlada, sup ayam, sup kambing, soto, ayam kuzi, ikan patin masak tempoyak, mangga madu, masak lemak rebung dengan perut, ikan kembung rebus dengan air asam, lemang, ketupat, rendang, laksa penang, apom, apam balik dan banyak lagilah. *konsep yang dibawakan oleh mereka ini seolah-olah anda turun ke bazar ramadan.
Sambut Ulang Tahun Kelahiran
Kebetulan pula pada hari tersebut merupakan hari ulang tahun kelahiran buat 2 sahabat kami iaitu Fuad dan Nisa Kay. Kesempatan diambil untuk menyambut ulangtahun mereka tidak kami sia-siakan. *walaupun kejutan kami kantoi disaat akhir. hehehe. Apapon Happy Birthday buat korang berdua.
HARGA BUFFET RAMADAN DI DEWAN SERI ENDON :
RM 72 / Dewasa
RM 36 / Kanak-kanak
*HARGA TERMASUK GST DAN RM1 AKAN DIDERMAKAN KEPADA FAKIR MISKIN
Untuk tempahan dan pertanyaan, boleh hubungi:
Tel: 03-7840 0516 / 7843 0617
Faks: 03-7843 0590
Website: www.azampandan.my
Email: [email protected]
F&B diuruskan oleh:
Azam Pandan Sdn.Bhd.
No.24, Jalan Bulan U5/167
Seksyen U5, 40150 Shah Alam,
Selangor
Lokasi Buffet Ramadan :
De'Seri Endon,
Puspanitapuri Putrajaya,
Persiaran Seri Perdana,
Presint 10 Putrajaya
Koordinat Lokasi Puspanitapuri Putrajaya:
2.943301,101.687001
4 Comments
Waaah... meriahnya. Makanan pun nampak sedap-sedap. Tapi yang Kambing Kuzi tu lain macam je betuk :)
ReplyDeletemenarik semua food tu
ReplyDeletesangat meriah dengan makanan
ReplyDeletetmpt dia cantik!
ReplyDelete