Beberapa hari yang lepas, saya dan kawan-kawan telah berkesempatan berbuka puasa di THE Federal Hotel Kuala Lumpur.*lokasi yang sangat strategik ditengah kota raya, hanya bersebelahan dengan Plaza Low Yat. Masih seperti tahun-tahun sebelumnya, Restoran Kontiki merupakan lokasi berbuka puasa di THE Federal Hotel Kuala Lumpur ni. Untuk pengetahuan korang semua, hiasan dalaman Restoran Kontiki adalah gabungan konsep lama dan baru yang cukup unik. Dekorasi ini sangat berjaya bermula dengan dua Tikis gergasi di pintu masuk utama restoran di mana ianya bertujuan untuk mengalu-alukan kedatangan setiap pegunjung ke restoran tersebut.
Nama KONTIKI dalam sejarah adalah rakit yang digunakan oleh Norway explorer dan penulis Thor Heyerdahl dalam ekspedisi 1947 beliau merentasi Lautan Pasifik dari Amerika Selatan ke pulau-pulau Polinesia.
Kerusi Rotan telah menjadikan KONTIKI RESTAURANT suatu kelainan. Untuk pengetahuan pembaca, kerusi ini juga digelar sebagai "kerusi cinta" atau dalam bahasa lainnya " Love Seats". Siling yang tinggi dibiarkan kosong hanya dibiarkan dengan hiasan "globe light" membuat apungan KONTIKI seperti berada di sebuah laut terbuka pada malam yang tenang dan diterangi dengan cahaya bulanPada tahun 2016 ini Restoran Kontiki di Federal Hotel Kuala Lumpur ada menyajikan buffet berbuka puasa berkonsepkan Sajian Kampung yang bermula 10 jun hinggalah 2 julai 2016 bersempena bulan puasa ni. Apa yang menariknya, dikatakan lebih dari 100 menu tradisional dihidangkan termasuk citarasa kampung, makanan korea, makanan barat dan banyak lagi. Menu yang disediakan di tukar setiap hari dengan 8 jenis menu yang berbeza.
MENU BUFFET BUKA PUASA DI RESTORAN KONTIKI
STALL DALAM
Mee goreng, nasi ayam panggang dan stim, kuihmuih dan sebagainya. Pelbagai jenis sup termasuk mushroom soup, four treasure with crabmeat, bubur lambuk dan sebagainya.
KERABU
Kerabu mangga muda, kerabu kacang botol, kerabu sotong, kerabu nasi, kerabu daging, kerabu tauge, kerabu kacang panjang, kerabu jantung pisang, kerabu kaki ayam, kerabu nenas timun, kerabu perut, kerabu telur.
kredit foto dikbee.com
COLD APPERTIZED, SALAD AND CONDIMENTS
Pilihan sushi, gado-gado, rojak buah, ulam-ulam kampung, pelbagai ikan masin, tauhu sumbat, pulut kuning dan serunding, bergedil daging, acar buah rampai, tempe goreng pedas, telur masin, ikan rebus goreng, bendi dengan sambal belacan, terong bakar dengan sambal, pilihan western/chinese cold cut platter, mixed salad, plain salad, mango chutney, budu, sambal belacan, cencaluk, spicy tomato chutney, tempoyak, keropok, papadam, jeruk dan jeruk western.
STALL LUAR
Sup gear box, sup campur, nasi bukhari, lamb and chicken with lebanese bread or pita bread, roti john, murtabak kari ayam, roti canai, air sirap, ais kacang, cendol, aiskrim, teh tarik.
BBQ STATION
Hard shell prawn, tiger prawn, fresh water prawn, crab, mussel, sotong, ikan kembung, ikan pari, cockles, chicken sathin, chicken wing, chicken liver, chicken kidney, chicken drumstik, satay ayam, satay daging, beef tenderloin, sosej, whole lamb, sweet corn, taufu bakar, otak-otak, keropok lekor, ayam percik, deep-fried sweet potatoes, yam dan banana (pastri).
SUASANA BERBUKA PUASA DI RESTORAN KONTIKI
SAJIAN KAMPUNG BUFFET DINNER
Kontiki Restaurant,
Mezzanine Floor
The Federal Kuala Lumpur
No. 35 Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Tarikh / Masa:
Tarikh / Masa:
10 Jun - 2 July 2016,
6.30pm - 9.30pm
Harga:
RM118 nett per adult,
RM38 nett per child
50% off for senior citizen
Untuk tempahan, korsng boleh telefon di 03-21489166.
atau layari laman sesawang mereka di www.kontiki.com.my.
5 Comments
lawa2 dekorasi dalam restoran
ReplyDeleterasa menyesal la tu x follow
Deletecantik juga deko restoran ni. sedap juga nampak semua menu
ReplyDeletecantik dan sedap.
ReplyDeleteBanyaknya pilihan makanan nak berbuka puasa
ReplyDelete