Hampir beberapa hari email kosong dari apa-apa singgahan email jemputan. Tapi, satu hari ada email bertandang datang membuatkan saya senyum buat seketika. Jemputan yang bakal membawa saya dan seorang lagi admin www.projektravel.com ke sebuah pulau persendirian yang berada di Pulau Langkawi, Kedah.
Sampai hari yang dinanti-nantikan, kami bersama beberapa team media lain telah berkumpul di Subang SkyPark Terminal – Airport , sebelum terbang ke Langkawi International Airport. Perjalanan kami ke Langkawi dengan menaiki Firefly tidak terasa begitu lama kerana masing-masing sudah terlalu excited dengan trip kali ni. Walaupun begitu, ada juga diantara kami sempat melelapkan mata mungkin kerana terlalu letih agaknya.
Panas di Kuala Lumpur terbawa-bawa ke Langkawi. Masing-masing berpeluh seakan baru disimbah air ke kepala. Masuk saja ke balai ketibaan, masing-masing menujukkan raut muka lega terlindung dari panas terik mentari dengan sejuk dari penghawa dingin. Disini juga kami telah disambut oleh beberapa orang staf resort yang bakal kami stay selama 3 hari 2 malam iaitu Vivanta by Taj - Rebak Island, Langkawi.
Tanpa membuang masa kami di lapangan terbang, kami telah dibawa oleh mereka terus ke Pelabuhan Cenang, untuk menaiki bot ke Vivanta by Taj- Rebak Island, Langkawi. Perjalanan menaiki bot ke resort hanya memakan masa 5 minit perjalanan santai dengan dari Pelabuhan Cenang. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ke pelabuhan pula hanya dalam jarak 10 minit pemanduan.
Untuk pengetahuan korang, Vivanta by Taj- Rebak Island adalah resort bertaraf 5 bintang yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk setiap pengunjungnya. Korang juga berpeluang untuk melakukan aktiviti-aktiviti mendekati flora fauna, aktiviti berbasikal, berkayak dan yang paling saya suka ialah WiFi yang mereka sediakan adalah PERCUMA.
Vivanta by Taj- Rebak Island mempunyai ruang lobi terbuka yang cukup luas dan selesa. Kemudahan seperti perabot, sofa beserta kerusi cukup untuk memberikan keselesaan kepada pengunjungnya untuk meluangkan masa di sini.
Vivanta by Taj, Pulau Rebak menawarkan suasana pulau pribadi, dimana Laut Andaman biru langit begitu mengasyikkan suasana pantai yang sunyi dan hutan seluas 390 hektar untuk dijelajahi. Berkonsepkan rekabentuk bangunan tradisional Melayu, Vivanta by Taj, Pulau Rebak memiliki 94 buah bilik dan suites berbentuk villa kayu dimana ianya terdiri dari kayu Cengal yang menyatu dengan keindahan alam sekitarnya.
Kalau korang malas untuk berjalan ke bilik, perkhidmatan Shuttle PERCUMA ada disediakan dan bersedia untuk membawa korang ke bilik.
Sampai masa untuk kami check-in ke bilik, nampaknya bilik yang kami dapat memang sangat best, tengok sendiri kat bawah ni. *dah rasa macam nak honeymoon pulak kan. opsss. Satu unit chalet yang kami inap ni ada 4 unit bilik. Dua di bahagian bawah dan 2 lagi di bahagian atas. Bilik kamipula berada di tingkap atas.
Bilik yang mempunyai balkoni peribadi dan susun atur yang luas, bilik-bilik yang gaya tropika ini mempunyai perabot dan lantai kayu klasik. Bilik-bilik mandi mewah mempunyai ruang tab mandi dan pancuran mandian yang berasingan.
Para tetamu boleh berenang di kolam renang luaran yang cukup selesa untuk anda bersantai. Biasanya kolam renang ini akan lebih menjadi pilihan untuk mereka yang datang dengan keluarga. Setiap petang ianya penuh dengan kanak-kanak.
Kalau korang perlukan perkhidmatan spa, jangan lupa untuk merasai sendiri pengalaman di Ulik Mayang Spa yang dilengkapi dengan kabana menghadap ke laut. *kalau tak nak yang terbuka, yang tertutup pun ada. hehe .
Waktu petang selepas asar sangat sesuai untuk kami basahkan diri dengan aktiviti berkayak. Berkayak ke seberang bersama mereka-mereka ke pulau untuk menunggu waktu matahari terbenam.
Korang boleh tengok sendiri bagaimana mereka beraksi, 2 buah pulau kami jejak dengan berkayak petang tu. Tapi hati-hati, sila pakai kasut untuk mengelakkan kaki anda luka terpijak batu yang tajam. *sebab tak pakai kasut, mendapatla kan .
Memandangkan kami menaiki kayak, sebelum matahari terbenam penuh, kami semua buat keputusan untuk balik *takut gelap tak jumpa jalan balik nanti kan.
Selepas magrib, korang boleh memilih lokasi sesuai untuk makan malam. Dan kami telah berpeluang makan malam di STRAIT’S GRILL untuk menikmati makan malam berkonsepkan BBQ. Terpesona dengan pandangan yang menakjubkan perairan pantai terbentang luas. Rasa angin laut sambil menikmati makanan laut yang sangat fresh. *dengar cerita sebahagian daripada menu udang harimau bakar terbaik di Langkawi boleh didapati di sini. Ternyata ianya cukup sedap dan membuatkan saya tidur kekenyangan.
Opsss sekejap, jika korang datang kesini bersama isteri untuk honeymoon, ambil peluang untuk suprise kan isteri anda dengan makan malam penuh romantik di MOON DECK.
Ada banyak lagi tempat makan yang boleh korang nikmati di sini. Kalau korang nak tahu lebih lanjut korang boleh rujuk SINI.
Keesokan paginya kami telah bangun seawal subuh mentari untuk menikmati keindahan matahari terbit sambil menuju ke Pasar Awam Kuah untuk mencari bahan masakan untuk aktiviti memasak untuk makan tengahari.
Selesai beli barang-barang keperluan untuk masak, kami ke bahagian food court untuk sarapan pagi. Macam-macam juadah ada dijual disini, *orang ramai giler.
Kalau rasa berkayak ni aktiviti yang memenatkan bagi korang, korang boleh cuba aktiviti seperti jetski macam diorang ni kan.
Ada banyak lagi tempat makan yang boleh korang nikmati di sini. Kalau korang nak tahu lebih lanjut korang boleh rujuk SINI.
Hari terakhir, kami tamatkan aktiviti kami dengan "morning walk" ataupun "jungle trail" di sekitar resort untuk menikmati keindahan flora & fauna.
Apa yang saya dapat lihat, tetamu mereka majoriti terdiri dari mereka yang datangnya dari middle east. Ini tidak hairan kerana jenama ini cukup terkenal di negara-negara ini termasuk India, UAE, United Kingdom, US, Zambia dan banyak lagi. Jadi kalau korang tengah mencari-cari tempat bercuti seperti ini, inilah tempat yang terbaik untuk korang.
Insyaallah kalau diberi kesempatan, teringin jugak nak datang kesini lagi kan.
Umum
Perkhidmatan Bilik, Restoran, Berhawa Dingin, Bar Mini, TV Kabel / Satelit, Bilik Bersambung, Pengering Rambut, TV, Jubah Mandi, Pancuran Mandi, En suite, Bilik Mandi Persendirian, Tandas Persendirian, Kelab Kanak-kanak, Kedai Kopi/Kafetaria, Kawasan/Meja Berkelah, Makanan Tengah Hari Bungkus
Aktiviti
Bilik Kecergasan/Gim, Kolam renang, Meja Lawatan, Pusat Urut / Kecantikan, Gelanggang Tenis, Sauna, Mandian, Pantai Persendirian, Taman, Gelanggang Skuasy, Aktiviti Air, Biliard, Papan Damak, Memancing, Taman Permainan, Berkanu, Berkayak, Hiking, Urut, Pusat Spa & Kesihatan, Kolam Kanak-kanak, Permainan Tersedia
Perkhidmatan
Pusat Perniagaan, Concierge, Penyambut Tetamu 24 Jam, Cucian Kering, Perkhidmatan Penjagaan Bayi / Kanak-kanak, Bilik Persidangan, Pengurup Wang, Kakitangan Pelbagai Bahasa, Peti Deposit Selamat, Porter, Khidmat Kejut Tidur, Bilik Mesyuarat, Perkhidmatan Dobi, Sewaan Basikal, Kedai, Mesin Fotostat, Ruang Pameran, Storan Bagasi, Kedai Cenderamata/Hadiah, Daftar Masuk/Daftar Keluar Ekspres, Pengilat Kasut, Cucian Dobi Sendiri
Internet
Internet disediakan. Internet tanpa wayar di lokasi.
Tempat Letak Kenderaan
Terdapat perkhidmatan shuttle dari hotel ke lapangan terbang.
Daftar masuk
Dari 2:00 petang
Daftar keluar
Sebelum 12:00 petang
Alamat
VIVANTA BY TAJ - REBAK ISLAND
Kedah Darul Aman,
Langkawi,
P.O. Box 125
Malaysia
Kedah Darul Aman,
Langkawi,
P.O. Box 125
Malaysia
Email
WEBSITE
Sumber Gambar : www.agoda.com , Gaya travel
5 Comments
Aaaah! Rindu ah percutian di private island ni. Part tertendang coral tu tak boleh blah! bhahaha
ReplyDeletehey, parut masih ada di kaki okay. hahaha
DeleteSeronoknya. Nih yang tiba-tiba rasa nak pergi bercuti juga.
ReplyDeleteCantiknya pemadangan ^_^ :)
ReplyDeletebestnya dapat pi langkawi
ReplyDelete