BUFFET BUKA PUASA 2016 | KLANA RESORT SEREMBAN



Kalau beberapa minggu lepas, saya ada kongsi di dalam sebuah entry saya berkenaan dengan aktiviti menarik yang korang boleh buat di Klana Resort Seremban. Sempena bulan ramadan yang bakal tiba ni pula, saya akan kongsikan pakej buffet buka puasa yang mereka ada sediakan.


Apa yang menariknya untuk Buffet Buka Puasa di Klana Resort Seremban pada tahun ini, mereka memperkenalkan menu baru iaitu "KIBAS" (dorper sheep) yang diimport khas dari Australia. Mereka juga ada menyediakan sos istimewa iaitu Sos Kurma BBQ ala Morrocan untuk di cicah dengan daging kibas pasti melazatkan ketika berbuka puasa.


Selain dari itu, korang juga boleh merasa pelbagai masakan negeri sembilan serta beberapa menu lain yang pastinya sangat menyelerakan. Anda boleh menikmati masakan tempatan serta hidangan eksklusif daripada dapur yang di masak oleh tukang chef yang berpengalaman.



Buffet Ramadan di Klana Resort Seremban ini akan bermula pada 6 Jun 2016 hingga 5 Julai 2016 (7pm - 10pm). Harga Buffet Buka Puasa yang mereka tawarkan adalah seperti berikut.

Dewasa RM75seorang
Kanak-kanak RM55seorang
Warga Emas RM55seorang

*warga Emas 60 tahun ke atas sahaja.

Pertanyaan & tempahan:
06-7667888 sambungan 3222/ 318

Post a Comment

2 Comments

  1. wah macam menarik..nanti nak usha lah dah dekat je nie..hehehe

    ReplyDelete
  2. wahh klana beach resort.. minggu depan yanie pi situ ada kursus.. hihihi

    ReplyDelete