PLAZA PREMIUM LOUNGE KLIA2 | TEMPAT REHAT SEMENTARA MENUNGGU FLIGHT



Perjalanan jauh dari utara cukup memenatkan badan. Sampai di KL Sentral saya terus menuju ke tempat menunggu bas untuk ke KLIA2. Perjalanan saya ke KLIA2 tidak kesorangan kerana ditemani oleh sahabat dari Indonesia iaitu saudara Helmi. Memandangkan waktu penerbangan kami pada keesokan hari hampir sama, jadi tidak salah untuk mempelawa beliau bergerak bersama-sama. *sekurang-kurangnya ada juga teman untuk berborak ketika atas bas nanti. Perjalanan kami menaiki bas dari KL Sentral ke KLIA2 mengambil masa hampir 1 jam 15 minit. 


Tepat jam 11.15 malam kami telah sampai di KLIA2Memandangkan waktu penerbangan kami ialah di awal pagi iaitu pada jam 7 kami megambil keputusan untuk bermalam di PLAZA PREMIUM LOUNGE KLIA2 yang berada di Lavel 2M KLIA2 .


Sedikit info berkenaan dengan PLAZA PREMIUM LOUNGE yang mesti korang tahu. PLAZA PREMIUM LOUNGE sebenarnya sudah lama ditubuhkan di setiap Lapangan Terbang Antarabangsa di seluruh negara. Tapi apa yang membanggakan kita, PLAZA PREMIUM LOUNGE yang pertama di buka ialah di Malaysia dan Hong Kong.

Ilham untuk membuka PLAZA PREMIUM LOUNGE ini adalah dari Mr Song Hoi See merangkap CEO, apabila beliau mendapati di setiap Lapangan Terbang Antarabangsa tiada lounge yang istimewa dan selesa untuk berehat sebelum menunggu penerbangan yang seterusnya dalam beberapa jam yang singkat. Oleh sebab yang demikian Mr Song Hoi See cuba mengeluarkan satu idea dan mencipta satu lounge yang selesa dan boleh membenarkan pelanggannya menginap beberapa jam sebelum berlepas dan boleh berehat sambil menjalankan tugasan anda seperti biasa secara layanan exclusive.


Dengan lebih daripada 16 tahun pengalaman, PLAZA PREMIUM LOUNGE  menawarkan perkhidmatan istimewa premium airport services. Perkhidmatan syarikat kini terdiri daripada mereka bentuk, mengendali dan menguruskan PLAZA PREMIUM LOUNGE , hotel transit, private relaxing suites, meet & greet services, dining concept dan perkhidmatan limosin.


PLAZA PREMIUM LOUNGE  yang unik dan exclusive ini juga termasuk hotel transit dengan bilik-bilik peribadi untuk membolehkan para tetamu untuk berehat, segarkan badan dan bersantai di KLIA2 sementara menunggu penerbangan yang seterusnya. Ianya tidak hanya terhad kepada mereka yang menunggu penerbangan sahaja, bagi mereka yang ingin saja - saja bersantai di PLAZA PREMIUM LOUNGE KLIA2 juga sangat dialu-alukan.

Berikut merupakan perkhidmatan yang korang boleh dapat di PREMIUM LOUNGE KLIA2 .

PLAZA PREMIUM LOUNGE KLIA2 juga ada menyediakan stesen kerja yang dilengkapi dengan Wi-Fi berkelajuan tinggi dan perkhidmatan percetakkan untuk memudahkan pelanggan mereka untuk melakukan urusan kerja atau business. Selain dari itu, PLAZA PREMIUM LOUNGE KLIA2 juga menawarkan pengendalian bagasi dan perkhidmatan dobi kepada pengunjung yang memerlukan. Bagi pelancong yang memerlukan tempat untuk berehat secara express, mereka telah menawarkan tempat rehat peribadi yang sangat selesa.



Jika menginap di PLAZA PREMIUM LOUNGE ini pelancong dapat menikmati masa mereka dengan baik di KLIA2 sementara menunggu penerbangan mereka karena mereka juga ada menyediakan tempat duduk yang selesa dan pelbagai makanan dan minuman untuk dinikmati di ruang tamu.




Location
Level 2, Gateway@klia2,
Kuala Lumpur International Airport

Opening Hours
24 hours daily

Contact Information

+603 4065 0156

Website

Jika mempunyai masa yang banyak, korang boleh menikmati makan malam di The Green Market KLIA2 yang terletak tidak jauh dari PLAZA PREMIUM LOUNGE KLIA2.




Post a Comment

5 Comments