PERAK “WORLD OF WONDERS” 2016 | HARI KE-2 : HUTAN ROYAL BELUM


Pagi 24 Mac 2016 tidur kami telah di sedarkan oleh bunyi dari 3 buah jam dari smartphone kami yang dikunci semalam. Pojiegraphy bersiap awal kerana ada urusan perlu diselesaikan, kerana kali ni dia mengikuti program ini bukan sebagai peserta tetapi sebagai salah seorang dari penganjur. Sementara beliau bersiap, saya dan Amir masih melekat diatas tilam yang sangat empuk tu. huhu.


Selepas saya dan Amir selesai bersiap, kami terus menuju ke Hornbill Restuarant untuk sarapan pagi. Walaupun kami sudah agak lewat, tetapi perut mesti diisi kerana hari ini kami bakal melakukan aktiviti yang agakberat dan mencabar dari segi fizikal iaitu meneroka Hutan Royal Belum.


Selepas bersarapan pagi, kami terus menuju ke jeti untuk menunggu bot untuk ke Hutan Royal Belum. Di sini kami dapat melihat ada sebuah House Boat yang mana ianya juga boleh disewa. *sudah semestinya bermalam di dalam house boat munkin akan memberi satu pengalaman baru untuk mereka yang sukakan sesuatu hal lain dari yang lain.



Kira-kira megambil masa  20 minit perjalanan dengan menaiki bot, kami telah berhenti di Kem Pelancongan Sg.Tiang dimana ianya juga merupakan salah satu tempat untuk sewa penginapan popular di sini.



Kem Pelancongan Sg.Tiang lengkap dengan dapur, dewan makan yang menghadap ke tasik, surau, tandas dan BBQ griller. Mereka juga mempunyai pejabat, dan kaunter penyambut tetamu. Kemudahan yang ada Kem Sungai Tiang adalah seperti berikut:

Kemudahan
Unit
Tandas
1
Dapur
1
Bbq griller
2
VIP chalet
5
A-shape chalet
2
Dewan makan
1
Surau
1
Campsite
6
Wakaf
4
Pos kawalan, pejabat
1




Mereka menggunakan nama jenis ikan, haiwan dan burung utuk setiap chalet VIP. Sebagai contoh, Chalet Enggang, Chalet Kijang, Chalet Jelawat, Kelah Chalet dan Chalet Taman. Manakala, untuk Wakaf mereka meletakkan nama berdasarkan nama bunga seperti Cempaka, Mawar, Angsana dan Bidara. Bagi dapur, mereka hanya menyediakan peralatan sahaja. Jadi anda semua perlu membawa barangan basah anda sendiri untuk memasak di sana. *sila ambil perhatian okay!


Selesai kami bersiar-siar disekitar Kem Pelancongan Sg.Tiang kami mula dipanggil untuk kembali ke boat untuk meneruskan perjalanan ke destinasi setrusnya iaitu untuk menjejaki Air Terjun Sungai Kooi. Untuk sampai ke lokasi tersebut, kami perlu berjalan meredah hutan selama beberapa puluh minit .*hati-hati kerana keadaan jalan berbatu. Ketika ini saya nasihatkan supaya korang bawa bekalan air kosong secukupnya.


Sepanjang perjalanan ke sana, kita boleh menikmati sendiri keindahan kehijauan hutan tertua ini. Banyak pokok-pokok hutan yang sudah semestinya tidak ada di bandar Kuala Lumpur. Jadi inilah masa yang sesuai untuk kita mendekati dan menikmati alam semulajadi yang sudah ada di hadapan kita.


Sampainya kami di lokasi yang dicari ternyata keindahannya cukup untuk menghilangkan lelah kami mendaki dan meniti atas batu-batu hutan tadi. Subhanallah, *terdetik di hati, ada juga tempat seindah ini di Malaysia tanah tumpah darah kita sendiri.


Selepas selesai semuanya, kami mula kembali meredah hutan untuk kembali ke bot. Destinasi kami seterusnya adalah Perkampungan Orang Asli Aman Damai yang dihuni oleh Puak Jahai .


Alhamdulillah kedatangan kami di sambut baik oleh penduduk kampung aman damai. Kanak-kanak pula seperti sudah mengetahui ada saguhati yang bakal mereka terima. Di sini kita dapat melihat rumah-rumah yang di bina menggunakan daun pelepah, batang buloh dan batang pokok kayu yang cukup untuk melindungi mereka dari hujan dan panas mentari.


Setelah beberapa ketika disini, kami meneruskan lagi perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Santuari Ikan Sungai Ruok.



Selain korang dapat melihat ikan-ikan kelah yang hidup sihat, disini juga ada air terjun yang cukup untuk menyegarkan badan korang. *tak perlu takut untuk mandi manda dengan ikan-ikan yang sangat jinak ni. 


Peringatan mesra amatlah dilarang untuk mengambil ikan disini atau memancing, dan menjadi satu kesalahan sekiranya anda melakukan perkara tersebut dan sekiranya ditangkap boleh didenda.

Selesai menikmati keindahan disini, kami terus kembali ke bot untuk balik ke BELUM RAINFOREST RESORT untuk check out dan bergerak ke IPOH.



Catatan blog ini dapat diwujudkan menerusi program Perak World of Wonders, iaitu lawatan media yang diadakan pada 23 Mac hingga 26 Mac 2016 lalu. Acara itu telah dianjurkan oleh Gaya Travel Magazine dan Tourism Perak sempena meraikan "Tahun Melawat Perak 2017".


Post a Comment

4 Comments

  1. wow! banyak betul ikan tu. macam fish spa alami

    ReplyDelete
  2. Baca penulisan madi pun rasa macam kita ni pergi sekali kat sana hee

    ReplyDelete