TONTON WAYANG DI HALL BEANIE TGV CINEMAS


Selesai saja menghadiri majlis persmian OUTLET KE-100 SUSHI KING DI AEON MALL SHAH ALAM, kami telah berkesempatan ke Sunway Piramid untuk menonton wayang. Pengalaman menonton wayang kali ni cukup berbeza bagi saya kerana ianya bukan pengalaman biasa-biasa dan sudah semestinya agak exclusive.

Kalau sebelum ni, harga tiket RM 18 pun saya dah membebel berhari-hari. Inikan pula kalau harganya lebih dari harga tersebut. Untuk kali ni saya berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman hebat menonton di dalam ruangan hall yang berkonsepkan beanie dan ianya dikatakan hanya ada di TGV Cinemas. Untuk maklumat lanjut leh rujuk sini www.tgv.com.my.

Sumber : sevilla.abc.es


Seat dalam hall ni masih ada penghadang dan ada juga yang jenisnya satu-satu, tak asing seperti yang kami duduk ni. *memang syok, boleh bentuk-bentukkan dia ikut keselesaan kita. huhu


Nasib baik kami tengok cerita action (London Has Fallen), kalau tak boleh bawak berdengkur masing-masing ha. Seat ni dengar cerita harga dia boleh tahan RM50 satu kepala. Masa ni nasib baik Khai Artzfar belanja kan. Kalau nak harapkan diri sendiri memang tak merasa lah.


Post a Comment

3 Comments