KLANA RESORT SEREMBAN | LOKASI TEAM BUILDING DI SEREMBAN

Pada hujung minggu lepas, MY bersama 5 lagi admin #projektravel telah turun ke Seremban untuk memanjakan diri di KLANA RESORT SEREMBAN . *manja tak manja jugak lah, sebab kami ke sini untuk melakukan aktiviti team building hahahahaha. 

Klana Resort Seremban
Berlokasi betul-betul di pusat bandar Seremban, menjadikan KLANA RESORT SEREMBAN sebagai destinasi percutian terpilih di Seremban. Dengan hanya mengambil masa selama 45-minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ia bukan sahaja menjadi tumpuan kepada warga sekitar Seremban, tetapi juga mereka yang berada di Kuala Lumpur dan sekitarnya.



KLANA RESORT SEREMBAN ini telah diiktiraf sebagai hotel 4 bintang yang mempunyai kolam renang luaran yang besar dan 3 pilihan restoran terbaik di Seremban. Bilik-bilik yang luas berhawa dingin yang menjanjikan keselesaan kepada penghuninya dilengkapi dengan TV, peti ais, sterika,peti keselamatan peribadi, pengering rambut dan bermacam-macam lagi.



KLANA RESORT SEREMBAN ini juga menyediakan internet percuma di restoran, lobi dan Klana Lounge. Tempat meletak kereta terbuka percuma disediakan untuk setiap pengunjung. Bagi mereka yang berada di sekitar Seremban, KLANA RESORT SEREMBAN ini cukup terkenal dengan restoran-restorannya yang menghidangkan makanan yang cukup enak dan berkualiti. Yuri Japanese Restaurant menawarkan makanan jepun yang terbaik dimana ada hidangan buffet yang berharga RM75 per pax setiap hari ahad untuk makan tengahari. Yuri Japanese Restaurant ini telah mendapat peniktirafan sebagai restoran makanan Jepun terbaik di Seremban.


'Award winning Japanese Specialty Restaurant offers authentic Japanese cuisine. It has four private Tatami rooms, Sushi bar and Teppanyaki counter'

Indulge in Sashimi, Sushi, Oysters, Prawns and more at the Sunday Japanese Buffet Lunch from 11.30am to 2.30pm. The buffet is available on Sundays only.

Operation Hours:
11.30pm to 2.30 / 6.30pm to 10.30pm
Opens daily for Lunch and Dinner

Seating Capacity:
85 seats

For reservation, please call (606) 766 7888 ext. 3555.


Pilihan tempat makan yang lain termasuk Selera Coffee House, The Bakers Cafe dan Cascade Lobby Lounge *sambil makan boleh layan orang nyanyi secara live. Rujuk sini untuk maklumat lanjut mengenai restoran di KLANA RESORT SEREMBAN [KLIK]


Offers an array of International and Asian Cuisine.

Daily Breakfast, Lunch and Dinner offers a generous choice of delicacies.

Operation Hours:
Saturday & Sunday Hi-Tea: 12.00nn - 5.00pm
Saturday BBQ night: 7.00pm - 10.30pm

Seating Capacity:
214 pax

For reservation, please call (606) 766 7888 ext. 3222.


KLANA RESORT SEREMBAN  ada menyediakan kemudahan kolam permainan kanak-kanak yang baharu,*kerja naik taraf kolam renang di hotel ini dikatakan baru sahaja selesai hujung September lalu. Antara permainan air disediakan adalah air pancut  dan gelongsor ikan paus, gelongsor air sotong serta kolam renang untuk dewasa dengan kedalaman 5 kaki.


Saiz kolam renang yang besar


Air pancut dan gelongsor


Kolam renang untuk dewasa dengan kedalaman 5 kaki


Selain permainan air, pihak KLANA RESORT SEREMBAN  juga menyediakan aktiviti luar bagi mereka gemarkan sukan lasak.*sangat sesuai untuk aktiviti team building.


Antara yang disediakan adalah berkayak, 'flying fox', 'commando crawl', 'spider web', 'paintball', 'mini explore race', 'treasure hunt', 'rappelling', dan banyak lagi. * aktiviti "rappelling" sehingga 60 kaki.



Maklumat penting:

Check-In: dari 15:00 hours
Check-Out: sehingga 12:00 hours

KLANA RESORT SEREMBAN
PT 4388 JALAN PENGHULU CANTIK
TAMAN TASIK SEREMBAN
70100 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

Tel :
06 7667888 ext 3181 or 3005
Fax :
06 7667999
.

Post a Comment

6 Comments

  1. Tempat ni memang best.. dah 3 kali tido kat sini. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. memang terbaiklah. makanan dia pun sedap2

      Delete
  2. Eh murah juga pakejnya ya, boleh sangat nk bawa anak2 mandi kolam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. stay sini murah je. berbaloi la kalau nk bawak family

      Delete
  3. menarik jugak kolam renang dia, rm188 kira murah la

    ReplyDelete