TANJAK WARISAN TRADISI MELAYU

Haaa. ingat lagi tak tempoh hari MY telah ke Manjung, Perak kerana memenuhi undangan majlis perkahwinan sahabat baik sejak dari Matrik dulu. Kami telah berkesempatan untuk menginap di rumah blogger Dikbee selama 2 hari satu malam.*apa lagi berjalan sakan la jawabnya. Dari satu tempat ke satu tempat kami singgah.

Selain dari berjalan-jalan ke tempat-tempat menarik di sekitar Manjung, Lumut dan Ipoh. Kami juga berpeluang belajar banyak perkara mengenai ilmu warisan berkenaan dengan tanjak dengan adik dikbee. Memang sebelum ni kami pernah dikhabarkan oleh dikbee tentang kemahiran yang dimiliki oleh adik beliau dalam membuat tanjak dan mengikat sampin ni. *jom kita belajar serba sedikit mengenai salah satu tanjak yang MY sempat pakai tempoh hari .

Solok timbo / Seluk Timba (Negeri Sembilan)
TANJAK WARISAN TRADISI MELAYU | Tanjak merupakan salah satu busana yang dipakai pada bahagian kepala lelaki Melayu yang sering dikaitkan dengan istana, kepahlawanan dan sering juga diperagakan di pelbagai acara dalam adat istiadat rasmi bangsa melayu. Tanjak seperti dalam gambar di atas ni dikenali sebagai warisan Solok Timbo ataupun Seluk Timba yang mana dikatakan berasal dari negeri yang penuh adat iaitu Negeri Sembilan. *amacam ada nampak gaya keturunan pahlawan tak? ekekekeke

Setiap dari perinciannya mempunyai maksud-maksud tersendiri dan melambangkan sesuatu. Pemakaiannya pula dikatakan sesuai untuk majlis-majlis rasmi. Tanjak dari jenis ini dikatakan tanjak yang paling susah dan memakan masa untuk membuatnya.*ok bila dah kacak bertanjak bagai, meh kita jual pantun  pulak. eh hahaha . Silalah beli ya.

TANJAK, KERIS PAKAIAN DIRAJA,
SAMPING BERSULAM EMAS SUASA,
LUPA SAHABAT ITU BIASA,
LUPA TUHAN HA... YANG INI BERDOSA.

Subhanallah, indahnya seni budaya tradisi Melayu. Ada yang berminat nak tempah. Boleh pm tepi, nanti kita inform detail ya. Jom kita tengok tanjak-tanjak lain.



Persoalannya disini ialah, seramai mana generasi muda kita khususnya, mempunyai bakat sebegini dan rela hati untuk menjaga warisan kita untuk golongan pada masa hadapan? 

Post a Comment

3 Comments