Marina Island Pangkor merupakan sebuah pulau buatan seluas 316.9 ekar yang mana ianya dihubungkan dengan tanah besar menggunakan jambatan sepanjang 400m. Untuk pengetahuan korang, dekat sini juga terletaknya jeti kedua untuk ke Pulau Pangkor, yang mana ia merupakan jeti yang akan membantu anda mengambil masa 10 minit untuk ke Pulau Pangkor berbanding Jeti Lumut yang mana ianya dikatakan mengambil masa sehingga 30-40 minit.
Tujuan kami ke Pulau Marina ni sebenarnya bukan untuk ke Pulau Pangkor. Apa yang lebih menarik minat kami ke sini adalah untuk ke sebuah chalet yang sangat unik dan mendamaikan iaitu ROCKBUND FISHING CHALET. Sudah semestinya fungsi utama chalet ini adalah untuk menarik kaki pancing kerana ianya merupakan lokasi yang sangat strategik untuk kaki pancing melepaskan gian. Beberapa buah platfom yang besar di bina untuk memudahkan kaki pancing.
Platfom untuk memancing_Foto rockbund.inndesk.com
Bagi MY, oleh kerana lokasi chalet yang agak privacy dan suasana yang cukup mendamaikan ditambah pula dengan keunikan chalet ini sendiri, ia sangat sesuai untuk honeymoon mungkin.
_Foto rockbund.inndesk.com
_Foto rockbund.inndesk.com
Ini merupakan kali ke 2 MY ke sini selepas lawatan media anjuran Gaya Travel pada tahun lepas (2015). Banyak juga perubahan dan penambahbaikan yang telah dilakukan oleh mereka. Tapi apa yang MY nak katakan tempat ni memang best.
Artikel berkaitan : LOKASI MEMANCING DI ROCKBUND FISHING CHALET
Alamat :
Marina island ,
Lumut, 32200 Perak.
Email :
Website :
http://rockbund.inndesk.com/
Facebook :
Contact No. :
+6016-5580388
3 Comments
cantik tempat ni...
ReplyDeletePost Terkini Pak Det : Dividen KWSP Turun dari 6.75 Peratus kepada 6.40 Peratus pada Tahun 2015
ok korang kalau ke mana mana selalu tak ajak aku
ReplyDeleteKalau bawa anak kecil susah nak kawal ni sebab mereka memang suka sangat dengan pantai
ReplyDelete