Dah lama rasanya tak dapat jemputan dari Pizza Hut untuk food review menu baru diorang, tapi baru-baru ni MY telah dijemput untuk menghadiri Pizza Hut Blogger Party yang diadakan di Pizza Hut, Pavilion, Kuala Lumpur.*rezeki makan malam.
Kemeriahan Pizza Hut Blogger Party kali ni sangat berbeza dengan sebelumnya, dekorasi majlis yang sangat mengujakan sesiapa saja yang datang. *kenapa?. Kata mereka malam ni kami akan dilayan sepertimana makan malam diraja. *nampak gayanya bukan sekadar rezeki makan malam je ni kan.
Sapa tak teruja bila tengok hiasan macam ni kan, MY sendiri rasa seolah-olah berada dalam istana raja. *tetiba rasa macam baru dapat jemputan makan malam dengan Tuanku pulak . eh
Apa agaknya menu baru diorang? Jom kita tengok.
Wah rupa-rupanya, Pizza Hut ada memperkenalkan menu baru iaitu Pizza Cheesy Crown. *agaknya apa yang membuatkan pizza terbaru ni special ya?
Pizza Cheesy Crown dihidangkan dengan 12 poket keemasan yang diisi dengan keju dua perisa iaitu mozzarella dan chedar, dilitupi fondue Alfredo dan chedar. Ditambahkan lagi kelazatan dengan isi ketam, cebisan ayam, hirisan lada benggala, bawang, nenas dengan sos pedas dan masam.
Jangan tengok aje, kalau korang nak rasa kehebatan Pizza Cheesy Crown ni, bolehlah pergi ke mana-mana Pizza Hut berdekatan dengan korang di seluruh Malaysia. Pizza Cheesy Crown ni boleh dibeli dalam bentuk hidangan Hidangan Ala'Carte atau Hidangan Kombo. Pilihan ditangan korang.
Hidangan Ala'Carte
Pizza Cheesy Crown saiz biasa berharga RM32.20*
Hidangan Kombo
Hidangan lengkap pada harga serendah RM39.90*
* Harga jualan dan kombo mungkin berbeza-beza mengikut lokasi
Jangan sampai jadi macam 2 budak kat atas ni. *berebut pizza hahahaha.
Kami dah rasa Pizza Cheesy Crown ni, *korang pulak bila lagi?. Untuk maklumat lanjut, boleh terjah laman media sosial Pizza Hut Malaysia.
Delivery
1 300 88 2525
Kalau dah try, jangan lupa share feedback korang di Instagram dengan hashtag #MyCheesyCrown.
2 Comments
Meriah meriah! Pizza Hut tidak pernah mengecewakan. Thank you for spreading this Mawardi. Nanti nak try! ;)
ReplyDeletesama2
Delete