KARNIVAL PEACEYALL.FM DI DATARAN AYER KEROH MELAKA

dari kiri Kartunis Ubi, Dato' AC Mizal dan Cik Liza
DATO’ AC MIZAL BAWA LEBIH 150 USAHAWAN JELAJAH MALAYSIA DALAM KARNIVAL PEACEYALL | Buat julung kalinya, radio online berkonsepkan radio interaktif pertama Malaysia yang dimiliki sepenuhnya oleh Dato’ AC Mizal akan mengadakan satu karnival besar-besaran sempena mempromosikan dan meraikan peminat-peminat setia stesen Peaceyall.FM di seluruh Malaysia. 

Karnival tersebut akan bermula dinegeri Melaka pada 2-3 April 2016 bertempat di Dataran Ayer Keroh, Melaka dan di ikuti di Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Johor dan berakhir di Kuala Lumpur.

Karnival Peaceyall ini akan memperlihatkan kelainan berbanding karnival lain yang mana ia menekankan konsep rekreasi santai dan riadah khususnya untuk seisi keluarga berkumpul dan bergembira bersama-sama. Dengan lebih 150 usahaawan-usahawan yang juga akan terdiri dari artis dan selebriti akan bersama-sama memeriahkan karnival ini dengan jualan produk terkini dengan harga yang sangat berpatutan.

Tujuan utama Karnival Peaceyall ini diadakan sebagai satu landasan pihak stesen berinteraksi dengan penonton setianya dengan lebih dekat disamping membantu para usahawan untuk mempromosikan produk mereka ke seluruh dunia dengan kos lebih rendah tetapi impak yang tinggi. Dengan kerjasama bersama OMGFest Ventures, pelbagai aktiviti menarik telah dirancangkan seperti ujibakat mencari VJ Peaceyall.FM, permainan kanak-kanak , persembahan menarik dari VJ dan selebriti dan semestinya dari Dato AC Mizal sendiri.

Bukan itu sahaja, karnival 2 hari ini merupakan karnival  pertama di Malaysia yang akan dipancar dan dipertontonkan secara langsung atau “live streaming” ke seluruh dunia melalui applikasi Peaceyall.FM.

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi antara usahawan bersama di Karnival Peaceyall, boleh hubungi talian di +6011 2626 1656 (Daz) / +6019-279 6275 (Lieza) atau email ke [email protected]. Segala info boleh didapati di laman sosial PEACEYALL.FM atau di OMGFEST2014.

Kartunis Ubi
KARTUNIS UBI KEMBALI DENGAN KOMIK SKOOLASTIK | Bagi peminat komik terutamanya komik “Ujang”, pasti akan kenal dengan kartunis Ubi atau nama sebenarnya Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar yang popular dengan siri kartun “Budak Hostel”, “Aku, Dia & Volkswagen” suatu ketika dahulu kini kembali dengan hasil karya komik terbaru berjudul “Skoolastik”.

Dengan corak penghasilan idea yang lebih menarik dan berbeza, komik “Skoolastic” ini diilhamkan untuk menarik minat semula peminat-peminat komik dan sebagai satu “come-back” kepada kartunis Ubi sendiri. 

“Skoolastik” ini menceritakan kisah 3 rakan karib iaitu Khairy, Pian dan Aina yang menjalani kehidupan sebagai pelajar sekolah yang penuh dengan kisah menarik, lucu, penuh dengan nasihat dan tauladan serta pelbagai cabaran yang mereka terpaksa lalui yang akan membuat anda semua tidak kering gusing menghayati komik “Skoolastik” ini. Komik 100 muka surat ini mengambil masa lebih 8 tahun ini untuk dihasilkan dengan penuh teliti agar ia dapat menepati citarasa pembaca dahulu dan sekarang.


Menurut kartunis Ubi sendiri, penghasilan komik ini adalah bertujuan untuk menaikkan semula “trending” membaca komik ini terutamanya kalangan remaja masa kini yang lebih cenderung ke arah gadjet dan teknologi sehingga komik kartun tempatan telah dilupakan. Beliau berharap dengan terhasilnya komik “Skoolastik” ini akan membawa lebih sifat membaca di kalangan belia dan dapat mengimbas kembali nostalgia lama aktiviti-aktiviti pada masa dahulu. Beliau juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penaja-penaja yang memberi sokongan kepada beliau untuk menghasilkan komik menarik ini terutamanya kepada Peaceyall.FM yang dipengerusikan oleh Dato AC Mizal sebagai Penaja Online Broadcast Utama komik ini.

Komik “Skoolastik” ini yang hanya berharga RM 19.90 senaskah boleh dibeli secara online di www.kedai.kartunisubi.com atau di semua cawangan kedai buku seluruh Malaysia bermula 20 Februari 2016. Untuk info lanjut juga boleh lawati sosial media beliau sendiri di Facebook atau Instagram : @kartunisubi.


PERMAINAN APLIKASI “DAC PEACEYALL” CARA BARU BERINTERAKSI DATO AC MIZAL BERSAMA PEMINAT | Pengasas Peaceyall.FM, radio online pertama Malaysia , Dato AC Mizal kembali lagi dengan cara baru untuk berinteraksi dengan beliau. 

“DAC Peaceyall” satu aplikasi permainan baru yang diilhamkan oleh beliau untuk berhubung dengan peminat-peminat setia yang sentiasa menyokong karier beliau dari dahulu sehingga sekarang. Permainan alaf baru ini adalah satu platfom baru yang dibuat untuk menarik minat pemain “game” tegar di mana ia dihasilkan dengan latar belakang yang trendy dan catchy sesuai dengan penampilan Dato AC Mizal sendiri. Disamping itu, dengan aplikasi permainan ini, anda berpeluang mengetahui aktiviti Dato AC Mizal disamping menerima pesanan istimewa beliau dari masa ke semasa.

“DAC Peaceyall”
Bukan itu sahaja, aplikasi permainan ini juga membolehkan anda mengetahui sambil membeli produk wangian keluaran Dato AC Mizal yang tengah hangat di pasaran sekarang. Jadi anda tidak perlu risau atau rasa was-was untuk mendapatkan produk beliau ini. Pelbagai hadiah menarik dan kejutan bakal anda alami dengan aplikasi permainan ini.

Jika anda sudah penat bermain aplikasi permainan “DAC Peaceyall” ini, dengan platfom ini juga membolehkan anda mendengar terus ke stesen Peaceyall.FM yang memberi hiburan terkini. “DAC Peaceyall” ini boleh dimuat turun dengan percuma di Google Play Store dan Apple Apps Store bermula hari ini.

Post a Comment

2 Comments