Sudah menjadi perkara wajib kalau ada cerita hantu thai di pawagam mesti kena pergi tengok. Hujung minggu lepas, selepas program bersama 9 blogger thailand di Serai Pavillion KL, MY telah ke GSC Pavillion untuk menonton movie Mon Son Phee (มอญซ่อนผี, a.k.a. Ghost Ship) bersama beberapa orang blogger Malaysia lain. *btw ni first time MY tengok movie kat Pavillion .
Ghost Ship (2015) merupakan jenis Film bergenre Comedy Horror Thailand yang diarahkan oleh Phontharis Chotkijsadarsopon, dengan didukung oleh pelakon-pelakon utama: Sean Jindachote, Bhuvadol Vejvongsa, Dharmthai Plangsilp, Pongsatorn Sripinta, dan Nutcha Jeka.
Sinopsis Film Horror Thailand Ghost Ship (2015)
Seorang kapten kapal dan pasangannya bersiap-siap untuk mengatur kapal layar, 3 orang anak kapal telah menemukan mayat Mia (yaitu isteri dari pemilik boat) yang berada di dalam sebuah kotak yang dijadikan meja di dalam dapur kapal. Mayat tersebut dirahsiakan dari orang lain termasuk kapten kapal kerana dikhuatiri mereka dituduh membunuh dan membawa wanita ke atas kapal. Setelah kapal tersebut berlayar, tubuh/mayat Mia tiba-tiba menghilang.
Roh Mia mulai berkeliaran ke seluruh kapal, hingga menyebabkan malapetaka, juga menghantui para penumpang dan awak kapal. Satu-satunya cara bagi mereka untuk menyelamatkan diri adalah dengan mencari mayat Mia yang hilang. Pada waktu yang sama, mereka juga harus mencari tahu siapa yang membunuh Mia.
Filem yang megandungi banyak teka-teki. Apa yang MY boleh katakan, ianya cukup menghiburkan dan berbaloi untuk ditonton. Saya bagi 8/10.
4 Comments
tinggi tu 8/10..
ReplyDeletesetakat ni kalau filem seram Thai memang x mengecewakan.
betul2 horror
sebenarnya ni cerita lawak seram. haha
DeleteAku cadang nak gi tengok petang ni..huhu
ReplyDeleteAku bru nk tgk..tgh2 mlm ni..bru rsa keseraman tu terserlah..haha
ReplyDelete