HAPPY BIRTHDAY TO ME


17 November datang lagi !!! Maka, umurku juga meningkat naik seiring dengannya. Sedar tak sedar umur dah makin lanjut. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ILAHI kerana masih diberi peluang untuk bernafas dengan nikmat diatas bumi NYA. Dari umur seawal sehari, sehingga umur MY boleh berjalan, bersekolah, masuk universiti dan bekerja, terima kasih tak terhingga kepada Mek dan Ayah di kampung untuk kasih sayang dan didikan selama ni. Semoga ALLAH membalas jasa kalian kini dan di syurga kelak.Amin


Terima kasih juga kepada teman, sahabat dan kenalan yang memberi ucapan serta doa kepada MY. Semoga kalian juga diberkati oleh NYA. Amin. Walaupun sangat sibuk dengan thesis, tapi Alhamdulillah dapat juga balas semua ucapan yang telah mereka berikan tidak kira di Whatsapps, Facebook, Wechat ataupun Instagram. Doakan juga supaya MY berjaya dalam bidang master ni ya. Terima kasih semua. 

Post a Comment

2 Comments