LIVE VIEWING PARTY ANJURAN DCODE | MAN UTD vs MAN CITY

LIVE VIEWING PARTY ANJURAN DCODE | MAN UTD vs MAN CITY | Semalam MY dan beberapa blogger ada lepak di Encorp Strand Mall Kota Damansara, sempena berlangsungnya Live Viewing Party anjuran DCODE. Parti ini ialah sempena game EPL di antara pasukan pilihan Man Utd vs Man City . Pelbagai acara di adakan termasuk konsert oleh artis-artis popular seperti Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Forteen, Amir Jahari dan Hanny Madu + Keyda.


Dengan perancangan perjalanan yang baik, MY dan blogger Fauzi sampai ke lokasi seawal 5.30 petang, party pula akan bermula pada jam 7.00 pm. *takpe sampai awal, asalkan jangan lewat kan. Party ini diadakan di ruangan terbuka Encorp Strand Mall Kota Damansara.

Pendaftaran dibuka tepat jam 7pm
Setiap pegunjung yang datang haruslah mendaftar di kaunter-kaunter yang telah mereka sediakan. Parti ini hanya boleh disertai mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja. 

kaunter pendaftaran
Apa yang paling best kat sini bila dapat lihat ramai yang hadir bersama rakan-rakan dengan memakai jersy pasukan pilihan masing-masing.

Layar hijau
Perkara pertama yang kami buat setelah menjejakkan kaki kat dalam ni ialah ambil gambar kat layar hijau. Korang akan diberi 2 pilihan latar belakang stadium bola sepak. Jadi, ianya akan membawa kita seolah-olah berada di Stadium Old Trafford. *wow. haha.

Capture dan terus print
*macamana, style tak? Jadi gambar yang diorang capture ni akan terus diprint dan kita boleh bawak balik . *yeay.

Pelbagai merchandise dijual
Sementara menunggu perlawanan EPL yang akan bermula jam 10.05 malam, kita juga berpeluang untuk bermain  3 jenis game yang disediakan untuk memenangi hadiah-hadiah yang cukup hebat dan menarik. Antara hadiah yang boleh dimenangi ialah iPhone 6S, iPad mini, jersey Man Utd dan Man City yang ada autograph pemain dan macam-macam lagi.


Permainan pertama yang korang boleh main. Bagi MY yang ni paling mencabar antara ketiga-tiga permainan yang ada. Peraturannya, korang kena Dribble bola selaju yang mungkin untuk mencipta rekod. Laju-laju jugak, tapi jangan ingat semudah itu. Dalam padang berbentuk 50 ini, korang kena dribble bola selaju mungkin tanpa bola meyentuh dinding.*nah ambik kau, bernanah kaki nak bawak bola laju-lajukan.


Game yang kedua ni macam konsep main pool. *nampak sebiji bola merah kat situ? Korang kena tendang bola silver untuk memasukkan bola merah ke dalam lubang dengan hanya 5 kali tendangan sahaja. Ok game ni MY gagal. *kaki bangku katanya. hahahaha.


Last game !! Game paling mudah, bahkan gegadis pun boleh score. Main teka puzzle. Lengkapkan tekaan puzzle dalam hanya beberapa saat. Boleh kejang otot lengan jugak main benda ni. hahahaha. Dan iannya memang tidak mengecewakan. MY berjaya. yeay.

pin untuk menebus hadiah
Bila anda dapat memenuhi keperluan permainan yang korang main tadi. Atau dalam kata erti lainnya, korang menang. Maka, sebiji pin merah ni akan diberikan kepada korang untuk korang menebus hadiah. Cara menebus hadiahnya juga boleh buat korang rasa berdebar-debar. Serah pin yang korang ada untuk memilih satu dari ratusan sampul surat di wall yang diorang sediakan. Jika nasib anda baik. iPhone 6s akan menjadi milik korang. Tapi, nasib tak menyebelahi kita sebab kita hanya mampu menang air coka cola je. wuwuwu.

Layan konsert
Lepas letih bersukan melayan game-game tadi, masa untuk terapi jiwa dengan konsert. Untuk pengetahuan korang, party ini telah dihidupkan dengan pengacara yang cukup meriah iaitu Ray Era FM. Antara artis yang kami tunggu-tunggu malam tu ialah Dayang Nurfaizah, Forteen dan Faizal Tahir, manakala artis lain yang turut membuat persembahan adalah Amir Jahari dan gandingan Hunny Madu dan Kayda.


Tepat jam 10.05 pm. Semua pegunjung tertumpu di screen besar di pentas utama dimana konsert berlansung. Kini skrin besar itu telah memulakan tayangan untuk game Man Utd vs Man City.

Antara penyokong Man Utd yang hadir
Ramai diantara penonton yang hadir adalah dari kalangan peyokong Man Utd. Walaupun perlawanan diakhiri dengan 0-0. Semua peyokong yang hadir memang sangat awesome dengan semangat yang diorang bawa.

Tayangan di skrin di bahagian permainan._foto Faizal Fredley
Oh sebelum terlupa, disini juga turut dimeriahkan dengan food trucks. macam-macam makanan best ada dijual.

food truck
Apapon, party kalini memang best. Kalau boleh, pihak DCODE boleh anjurkan lagi pada masa-masa akan datang. 

Post a Comment

3 Comments