RUMAH DIMASUKI PENCURI 2 KALI | Malang sungguh nasib kami serumah kerana baru-baru ni rumah kami telah di masuki pencuri buat kali ke dua. Apa yang membuatkan MY lagi pelik kerana semasa tempoh pencuri memasuki rumah kami tu MY ada di dalam bilik sedang membuat kerja. *hurmmm acano tue?. Tapi MY tak sedar apa pun yang berlaku.
Gambar hiasan_Sumber |
Jika dulu bilik tengah yang menjadi mangsa dan hilangnya sebiji laptop, kini bilik berdekatan dengan pintu utama rumah pula yang menjadi mangsa. Kali ini sebiji laptop termasuk chager dan bag laptop beserta sebiji tab milik housemate telah hilang. Apa yang membuatkan kami tergelak ialah dengan kehilangan kek lapis milik housemate kami yang baru dibeli dari sarawak. *what?? kek lapis pon dia kebas? lapar ke?. Nampaknya pencuri cukup cerdik kerana ianya memilih kek lapis berperisa cheese yang agak mahal tu. *hurmmm, tapi kenapa tak ambil semua kan kek lapis yang ada kan?. pandai pulak dia memilih. Nasib baik kek lapis yang dioder oleh kawan housemate tidak dirembatnya.
Kalau didengar dari cerita, itu merupakan salah satu dari pantang larang dalam ilmu pukau? makan sesuatu makanan milik tuan rumah? Tapi sejauh mana kebenaran semua itu? Adakah benar aku di pukau?
Apapon MY bersyukur kerana tidak diapa-apakan oleh mereka. Semoga Allah memberi kesedaran dan balasan yang setimpal kepada si pencuri.
7 Comments
ada juga dengar tentang makan tu. tak tahu sama ada benar atau tidak.. Alhamdulillah, semuanya selamat, tidak di apa-apakan..
ReplyDeleteMacam2 patern mencuri la ni...
ReplyDeleteada doa pendinding daripada penjahat ni. cuba google. tp alhamdulillah semua selamat
ReplyDeletebahaya gak tu...
ReplyDeletebaca doa pendinding untuk rumah adi .. bahayanya ..
ReplyDeletesabar ye madi.
ReplyDeleteKena buat 'pagar' rumah MY ni supaya tidak dimasuki pencuri lagi
ReplyDelete