ULANG TAHUN KE 15 MAJALAH MASKULIN | Majalah Maskulin telah menjadi manual utama gaya hidup lelaki terutama di Malaysia ini sudah hampir 15 tahun. Bersempena dengan ulang tahun ini, Majalah Maskulin dengan tagline TAKRIF TERKINI LELAKI MUDA dan peneraju utama majalah gaya hidup lelaki di Malaysia, pertama kalinya mereka telah tampil dengan naskah edisi bumper khas untuk pembaca dan penyokong mereka.
Kewujudan edisi bumper ini dikatakan amat istimewa dan ianya bukan sekadar 'buah tangan' untuk rakan niaga dan klien, tetapi lebih penting bagi menghargai rakan-rakan media, pemain industri serta permbaca setia bersama Majalah Maskulin.
Edisi ini merupakan edisi yang lebih tebal dan padat dengan info, tip serta panduan berguna rutin harian lelaki masa kini. Bersempena dengan edisi ini juga, Maskulin telah memilih 15 ikon lelaki yang mempunyai pengaruh tersendiri dan boleh dijadikan sumber inspirasi kepeada pembaca mereka.
15 IKON MASKULIN | Antara 15 ikon lelaki tersebut ialah YB Khairy Jamaluddin, Dato' Aliff Syukri, Dato' Lee Chong Wei, Datuk AC Mizal, Dr. Azizan Osman, Dr. Faiz Khaleed, Fairuz Fauzy, Tengku Djan, Peter Davis, Sherson Lian, Jovian Mandagie, Edry Abdul Halim, Ajai, Wak Doyok dan Bront Palarae.
MASKULIN COCTAIL PARTY | Starbucks Sri Hartamas telah menjadi penaja lokasi dan makanan 'MASKULIN COCTAIL PARTY' untuk meraikan ketibaan ulang tahun ke 15 majalah Maskulin. Antara penaja lain yang terlibat ialah binqareem dan Ombak Wear.
Sekitar MASKULIN COCTAIL PARTY |
Antara acara yang diselitkan dalam MASKULIN COCTAIL PARTY ni adalah tayangan video 15 tahun Majalah Maskulin, memperkenalkan barisan editorial majalah, pemberian cenderahati penghargaan kepada 15 ikon yang hadir. Tahniah juga kepada editor baru mereka iaitu Mohamad Shahir Abdul Rahim .
Ikon Maskulin yang hadir |
2 orang Ikon Maskulin yang hadir semalam ialah @WakDoyok dan @drfaizkhaleed . Tahniah kepada mereka dari MY.
Penampilan khas dari Sakura band |
Sazrinaizul "Bersumpah Demi Cinta |
Majlis ini di lengkapkan dengan 10 orang pemenang kontes foto di Instagram bertuah dengan hashtag #maskulin15, dan MY juga merupakan salah seorang dari pemenang tu.. Alhamdulillah. *walaupun pada awalnya hanya join untuk memeriahkan, tapi rezeki Allah nak bagi kan.
Hadiah tajaan dari Starbucks |
Menang kontes foto Instagram |
Selain dari kehadiran ikon-ikon Maskulin, majlis ini juga tutut hadir oleh ramai artis lelaki dan model-model lelaki popular tanah air. Antara artis yang hadir ialah Norman Hakim, Shah Iskandar, Mark Adam, Fezrul Khan dan ramai lagi.
Sekitar MASKULIN COCTAIL PARTY |
Sekitar MASKULIN COCTAIL PARTY |
Antara artis dan model popular yang hadir |
Dari kiri Azuan Mazlan , @azrelismail dan safwan_yahya .
Bersama manager Sakura band, @ericka_luv |
Blogger MahaMahu, FauziAryaan, KhaiArtzfar dan HizamiLi |
Tahniah lagi sekali dari saya Mawardi Yunus diatas ulang tahun yang ke-15 Majalah Maskulin. Semoga terus sukses dan menjadi inspirasi utama kepada semua lelaki di luar sana. Terima kasih diatas jemputan untuk memeriahkan " Maskulin Towards 15th Anniversary Party ' .
Jangan lupa untuk follow mereka di Instagram @MaskulinMag .
7 Comments
Tahniah Maskulin dan tahniah juga buat Madi sebab menang hadiah cabutan bertuah hehe
ReplyDeleteterima kasih kak :)
DeleteSakura band... WOW...
ReplyDeletePeminat sakura band ke? :)
DeleteRugi tak dapat join. Kalau tak mesti dapat jumpa retis-retis especially abe MY!
ReplyDeletecharutans disitu kan
DeleteWah seronok!
ReplyDelete