PERSIDANGAN & PAMERAN BIOMALAYSIA & ASEAN BIOECONOMY 2015


PERSIDANGAN & PAMERAN BIOMALAYSIA & ASEAN BIOECONOMY 2015 | Pada 2 Julai 2015 yang lepas, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp) telah mengumumkan bahawa  Persidangan & Pameran BioMalaysia & ASEAN Bioekonomi akan diadakan pada 17-19 Ogos 2015 ini, dan akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. 

Dengan kerjasama bersama Malaysia‘s Chairmanship of ASEAN 2015, MOSTI dan BiotechCorp berkerjasama sekali lagi dengan peserta-peserta dari ASEAN & industri Bioteknologi di BioMalaysia 2015.
Dato 'Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi | Tahun ini kita akan bakal melihat beberapa perubahan menarik dalam BioMalaysia 2015. Satu perubahan yang ketara adalah melalui kerjasama Bioekonomi ASEAN, yang akan mendorong perubahan industri berasaskan bioteknologi dan dapat memberikan faedah ekonomi kepada semua.

BioMalaysia & ASEAN Bioekonomi telah mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu key meeting points for industry professionals di rantau ini. Selama bertahun-tahun, program ini terus menjadi platform untuk melahirkan idea-idea baru, penyelesaian yang lebih praktikal dan kerjasama yang efektif untuk peringkat peserta-peserta Malaysia dari industri bioteknologi dan juga peringkat global.


Bertemakan "Bioekonomi ASEAN: Biodiversiti untuk Kesejahteraan", BioMalaysia tahun ini & Acara Bioekonomi ASEAN akan dirasmikan oleh Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Acara yang akan berlangsung selama 3 hari itu dijangkakan akan menerima lebih 10,000 trade visitors, 250 exhibitors termasuk dari Gulf Cooperation Council (GCC), Multi-national Corporations (MNCs), badan-badan kerajaan dan agensi-agensi berkaitan. GCC ni apa? GCC is a political and economic alliance yang terdiri daripada enam negara Middle East; Saudi Arabia, Kuwait, the United Arab Emirates, Qatar, Bahrain, and Oman.

Dengan kerjasama daripada Small and Medium Enterprises (SMEs) dan 10 negara ASEAN; Malaysia, Brunei Darussalam, Cambodia, Indonesia, Lao PDR, Myanmar, Singapore, Thailand, Vietnam dan Philippines, exhibitors akan showcase their best and most innovative products & services, membuka peluang business dan banyak lagi. 

Speakers dari pelbagai company yang besar dan sukses juga akan berada di sana untuk berkongsi rahsia kejayaan, tips, dan ilmu-ilmu dalam industri ni dalam conference yang akan berlangsung selama tiga hari. Antara speakers yang akan hadir ialah:





BioMalaysia & ASEAN Bioekonomi 2015 bersedia untuk mendorong perkongsian dengan peserta global dan merangsang inovasi dan pertumbuhan dalam sektor berasaskan bio, dengan bertujuan untuk menjadikan kedudukan Malaysia sebagai kuasa besar Bioekonomi di masa hadapan. Fokus tahun ini ialah juga pada kesihatan dan penjagaan kesihatan - fasa yang berbeza untuk menjaga kesejahteraan rakyat.

Jom kita beramai-ramai ke Biomalaysia & ASEAN Bioeconomy Conference & Exhibition 2015 yang akan diadakan pada 17 hingga 19 Ogos 2015 di PWTC, Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut tentang event ni boleh terus lawati website mereka di www.biomalaysia.com.my[klik].

Post a Comment

5 Comments

  1. doe to follow :) hope sudi follow me back at www.yayacendana.com
    tq :)

    ReplyDelete
  2. Wahh bnyk inovasi cnggih lg la pasni eykk.. Kot2 setara jepun ke kan

    ReplyDelete
  3. wahhh byk pengetahuan boleh dpt dgn attend conference camni..

    ReplyDelete
  4. Negara maju rakyatnya harus sihat seiring dengan kemajuan sains dan teknologi. Syabas Malaysia.. syabas Mosti, majikan kita tu..

    ReplyDelete
  5. Sempena persidangan Asean la pameran biomalaysia Asean ni kan?

    ReplyDelete