Makanan Exotic |
PENGALAMAN MAKAN MAKANAN EXOTIC DAGING RUSA DAN LANDAK DI SELANGOR | Biasa kita makan daging ayam, daging lembu, daging kambing je kan. Ha kali ni MY berpeluang rasa sendiri bagaimana daging RUSA dan daging LANDAK. *ayoooo ramai yang terkejut bila i makan daging LANDAK.
Rilek.. rilek sudah. Benda boleh makan MY makan ajela kan. Eh. Tapi sebenarnya MY jamah sikit je. heheheheh. Segan katanya. Bukan segan tapi perut dah full. Ye lah makan minum tak henti-henti bila ikut program Eat.Travel.Write Selangor Culinary Adventure 2015 ni.
Daging Landak dan Daging Rusa |
Ha.. inila rupanya daging landak masak rendang dan daging rusa masak blackpaper. Bagi mereka yang sukakan daging-daging exotik ni boleh la datang ke restoran ni untuk cuba. Restoran yang kami singgah ni ialah Restoran Lembah Bernam yang mana ianya terletak di daerah Sekincan, Selangor.
Selain dari hidangan makanan exotik seperti daging rusa dan daging landak, RESTORAN LEMBAH BERNAM ini juga ada menyediakan pelbagai pilihan menu masakan kampung yang cukup menyelerakan seperti, ayam kampung goreng, ikan sungai, udang galah, tapai beras, ikan pekasam, masak lemak ikan baung. Mereka juga ada menghidangkan masakan daging arnab, burung puyuh, belut dan macam-macam lagi.
Semua kata sedap |
Kalau korang nak tahu masakan kat restoran ni sedap ke tidak, boleh tengok gambar kat atas ni. *ha semua kata best. So apa lagi datanglah beramai-ramai untuk rasa sendiri pengalaman makan daging RUSA dan LANDAK di sini.
_________________________________
Alamat :
RESTORAN LEMBAH BERNAM
Jalan Main Canal,
45400 Sekincan,
Selangor, Malaysia
Waktu Operasi :
Isnin - Khamis:
11:00 am - 5:00 pm
Sabtu - Ahad:
11:00 am - 5:00 pm
Jumaat :
cuti
No Telefon :
+60192133665
Facebook :
www.projektravel.com
10 Comments
Pergh mahal dak harga
ReplyDeletekami makan free ritu. lpa plak nak tya harga. xpe nnti kita tya ye
Deletewahhh..daging rusa tu ok lg..landak tu cmne rasneye tu?
ReplyDeletekena pergi rasa sendirilah. hehehehe
DeleteSaya pernah tengok daging landak masa ayah nak makan dulu, tapi tak teringin nak merasa pun..hihi
ReplyDeleteteringin nak rasa daging landak. Ayah ena cakap sedap dari daging lembu lagi.
ReplyDeletekena p try la kan baru tahu
DeleteRusa dan kuda pernah makan tp landak tak terlintas pulak nak makan...hurmm..
ReplyDeleteayooo daging kuda ka? huhu
Deletekat sini boleh tapau tak. hehehe
ReplyDelete