MAKANAN TRADISIONAL YANG WAJIB DI HARI RAYA

MAKANAN TRADISIONAL YANG WAJIB DI HARI RAYA | Kalau bercerita mengenai makanan, ianya akan menjadi perkara penting bagi orang kita kalau sambut Hari Raya atau apa-apa pesta keraian. Tidak mustahillah negara kita ni ada pelbagai jenis kuih muih atau makanan tradisional . *tambah pula Malaysia ni ada berbilang bangsa dan budayakan?. Jadi makin meriahla kan.
Sumber_www.wonderfulmalaysia.com
Kali ni MY nak share sikit apa jenis makanan yang wajib di buat di kampung kalau tiba Hari Raya Aidilfitri. Tidak banyak cuma 2 jenis iaitu Ketupat Daun Palas, Tapai Pulut dan Kuih Siput. Memang cukup tradisional dan simple. *maklumla pure village la katakan. Mak MY mana tahu buat kuih-kuih modern ni bagai, sedangkan ketuhar nak buat bakar kuih pun tak ada kat rumah. Jadi cukuplah buat makanan yang simple-simple.
Ketupat Daun Palas
Ketupat ni boleh dikatakan menjadi makanan signature bila tiba Hari Raya Aidilfitri. *tak ada ketupat tak sah la kan. Ketupat palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang mana ia menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya. Seperti dalam gambar di atas bentuk ketupat palas pula berbentuk tiga segi dan mudah dibuat cara pembungkusannya berbanding ketupat beras. Beras yang digunakan untuk ketupat palas ini ialah beras pulut dan cara penyediaannya sebelum dibungkus dan direbus juga memerlukan skill yang bagus untuk hasil rasa yang bagus.

Tapai Pulut _ Sumber www.sijangkang.com

Bagi mereka yang berada di sebelah pantai timur Malaysia, mereka akan cukup biasa dengan makanan tradisional ni. Ia juiga biasa dapat dilihat bila adanya hari penting seperti perayaan.

Bahan utama yang digunakan untuk membuat tapai pulut adalah, beras pulut dan ragi. Beras pulut ini dikukus terlebih dahulu dan kemudiannya dicampurkan dengan serbuk ragi. Kemudian, nasi pulut bercampur ragi ini dibungkus di dalam daun getah dan kemudiannya diperam beberapa hari sehingga masak dan rasa masam. Biasanya ia dibuat 2 hari sebelum tarikh perayaan.

Kuih Siput
Kuih Siput ni juga memang menjadi makanan wajib kalau tiba Hari Raya. Resepi yang cukup simple. Antara bahan yang kami gunakan hayalah tepung gandum, telur dan margerin dibentuk menjadi seakan fizikal dengan menggunakan acuan sebelum digoreng dengan minyak masak. Kami juga biasa sira kuih siput dengan gula. Jadi ada pilihan lah nak yang original atau manis kan. 

Kuih dan biskut lain pun ada, tapi biasanya kakak ipar buat atau beli je kat kedai. Apapon Selamat Hari Raya kepada semua :).

Post a Comment

6 Comments

  1. kuih siput is my favourite... he he he....

    ReplyDelete
  2. Banyak2 makanan kat situ, kuih siput je iday belum try lagi. Raya ni banyak makan ketupat palas. Hahaha

    ReplyDelete
  3. Kuih siput memang rare..dah susah nak jumpa

    ReplyDelete
  4. Zaman sekarang tapai agak sukar untuk didapatkan di majelis -majelis rumah terbuka kecuali di kampong yang masih mengekalkan tradisi pembuatan tapai.

    ReplyDelete
  5. letih buat kuih siput...
    nok tenyeh suruh jadi siput comey-lotey tu susoh, haha

    ReplyDelete
  6. Ye ek.. kesian aku selama jadi menantu keluarga kelantan.. xde plak rse makanan yg tersebut diatas.. aku jek yg blk beraya kat sana.. masakkan segala makanan tradisi hari raya kat keluarga suami..

    ReplyDelete