CUTI RAYA DAH HABIS

CUTI RAYA DAH HABIS | Masa mecemburui kita, bum bum bum dah masuk raya ke-6, jadi dah sampai masa untuk melupakan masa bersenang-senang di kampung dan kembali ke dunia realiti di Kuala Lumpur. *eh kenapa Kuala Lumpur pulak, padahal dok Bangi je pun. Lulzz. Tapi ada ke yang baru nak balik ke kampung raya ke-6 ni. *lulz.. charut sangat kan.
Bersama Blogger Azhari
Plan sebenar untuk stay di kampung lama tak tercapai bila kepala dok runsing pasal banyak kerja yang perlu di selesaikan di sini. Nasib baiklah ada Azhari iaitu pemilik blog ilhamhaikal.blogspot.com [KLIK], boleh la MY tumpang kereta.huhu. Kalau tak, jawabnya naik bas ajelah. Tu pun tak tau bila tiket bas yang available untuk ke Kuala Lumpur ni.
Jalan jammed ke Kuala Lumpur dari Kelantan
Jadi macam biasalah, bila dah mudah perayaan macam ni memang kena bersiap sedialah dengan kemungkinan untuk jammed. Tapi hari ni Alhamdulillah kami konvoi 3 kereta. Jadi adalah yang tahu jalan-jalan alternatif untuk ke Kuala Lumpur yang kebarangkalian tidak jammed tu. *biasalah bila lalu jalan alternatif ni sah-sah la masuk kampung dan jarak mungkin jauh sikit dari jalan biasa. Tapi bagi MY oklah kot dari dok megadap jammed kan. Lalu jalan kampung pun boleh dikira makan angin la kan. hahahah.

Tapi perjalanan kami hari ni hampir 12 jam jugak la dari Machang. Itu tempoh masa yang biasa la kalau di musim cuti perayaan macam ni.
Kawan-kawan konvoi dari Kelantan
Bila sampai je Kuala Lumpur, selepas solat di stesen petrol terus kami cari kedai makan. Apapon, Alhamdulillah syukur kami selamat sampai di destinasi masing-masing. Terima kasih pada yang belanja dinner.

SELAMAT HARI RAYA 
MAAF ZAHIR DAN BATIN 
kepada semua pembaca blog

Post a Comment

4 Comments

  1. Selamat kembali ke realiti sebenar! hahaha

    ReplyDelete
  2. Balik kerja, balik sekolah, balik kolej semua.... boleh start diet balik...

    ReplyDelete
  3. selamat kembali bekerja...done follow your blog.

    ReplyDelete
  4. Walaupun masih dalam mood raya tapi kena balik kerja atau berniaga jugak. Kalau asyik cuti beraya je nanti banyak duit keluar haha.

    ReplyDelete