KEMPEN #TakNakSeludup ! | Pada 29 Mei yang lepas, MY telah berpeluang menghadiri satu majlis pelancaran Kempen #TakNakSeludup yang telah dilancarkan oleh salah sebuah syarikat media berintegrasi terkemuka Malaysia iaitu Media Prima Berhad.
Jika dulu kita pernah tahu tengan kempen #TakNakMerokok, kempen #TakNakSeludup ini pula merupakan kesinambungan dari kempen yang lepas . Ianya sempena dengan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2015 yang bertemakan 'Hentikan Perdagangan Haram Produk - produk Tembakau '. Media Prima Berhad telah melancarakan kempen ini bagi membawa mesej dan bekerjasama dalam menghentikan perdagangan produk - produk tembakau haram terutamanya rokok.
Memandangkan perdgangan tembakau haram semakin berleluasa di negara ini dan di dunia, kempen #TakNakSeludup ini bertujuan untuk menggalakkan pengguna berikrar untuk menentang dan menjauhi perdagangan tembakau haram, seterusnya megamalkan gaya hidup yang sihat. Selain itu, dengan menghapuskan rokok haram yang lebih murah *salah satu sebab rokok mudah dibeli oleh golongan remaja, kempen ini berharap dapat mengurangkan akses kepada produk tembakau bagi golongan perokok bawah umur.
HARI TANPA TEMPAKAU SEDUNIA
Untuk pengetahuan korang, Hari Tanpa Tembakau Sedunia akan diraikan di seluruh dunia pada 31 Mei setiap tahun. Ianya merupakan tanggungjawab dan usaha yang berterusan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mendidik orang ramai mengenai risiko-risiko kesihatan yang dikaitkan dengan penggunaan tembakau dan menggalakkan polisi-polisi yang efektif untuk mengurangkan pegambilan tembakau. Megenal pasti perdagangan tembakau haram sebagai ancaman yang berpotensi untuk mengurangkan insiden merokok, WHO mendedikasikan Hari Tampa Tembakau Sedunia tahun ini untuk meningkatkan kesedaran dan memerangi masalah yang makin berleluasa ini.
Jom kita lihat salah satu video kempen di thailand yang cukup berkesan :"
Jangan terkejut jika MY katakan bahawa, Malaysia telah disenaraikan sebagai negara yang ketiga tertinggi dari 11 negara Asia lain dalam pengambilan rokok haram. Ianya bukan sekadar bercakap kosong, tetapi statistik dan kajian telah dilakukan oleh International Tax and Investment Centre dan Oxford Economics pada 2013.
Apa yang jelas kita dapat lihat, perdagangan haram di Malaysia meninggalkan kesan yang mendalam kepada sosio-ekonimi di negara ini. Bukan sekadar itu, ia juga menjejaskan kesihatan dan keselamatah diri dan masyarakat. Usaha yang ditingkatkan oleh pihak berkuasa melalui pelbagai operasi di seluruh negara telah menbantu megurangkan perdagangan ini, Namun, disebabkan harganya yang lebih murah dan kandungan bahan kimia menagihkan yang tinggi, pegambilan rokok haram ini kekal tinggi.
Dengan ini saya juga turut berikrat #TakNakSeludup.
4 Comments
tak nak merokok hei hei
ReplyDeletetak nak merokok hei hei
tak mau seludup jugak........
ReplyDeleteJangan jadi 'penyeludup'...
ReplyDeleteno merokok.. no seludup!!
ReplyDelete