Perkongsian santai Tips Bijak Urus Wang_kredit foto www.feeqsays.com |
PENCARIAN PEMIMPIN ABADI BERSAMA DR. NIKI SHUHADA SHUKOR | Secara jujurnya MY sangat rasa bertuah dengan peluang yang diberikan untuk bersama-sama rakan blogger untuk bersama-sama secara dekat dengan pakar motivasi kewangan dan mentor perunding kewangan tersohor di Malaysia iaitu Dr. Niki Shuhada Shukor. Terima kasih kepada Halim Brothers atas jemputan.
KENALI MENTOR KEUWANGAN Dr. NIKKI SHUHADA SHUKOR
Dr Niki Shuhada Shukor merupakan seorang pakar motivasi kewangan dan mentor perunding kewangan yang sangat disegani kerana beliau telah memenangi lebih dari 112 anugerah kecemerlangan sepanjang 18 tahun berkecimpung dalam bidang ini. Beliau telah melatih lebih dari 5000 usahawan kewangan sama ada secara persendirian, berkumpulan hinggalah untuk sektor korporat. Beliau juga merupakan mentor yang diiktiraf melalui pengiktirafan Independent Licenced Life Success Consultant (Bob Proctor, USA) dan kini menerajui 5 buah syarikat yang merupakan agensi nombor satu syarikat unit amanah terkemuka di Malaysia.
Dr Niki Shuhada atau lebih mesra dengan panggilan Mummy Niki merupakan ibu kepada 2 orang cahaya mata dan isteri kepada Tuan Haji Amirul Shukri Kadri . Mereka suami isteri adalah perancang utama untuk kejayaan yang dikecapi. Kini impian mereka bukan sahaja untuk keluarga tetapi juga kepada masyarakat yang ingin maju mengubah nasib kehidupan. Beliau telah menerbitkan sebuah buku berjudul ‘Ambition, Aspiration & Achievement’ yang mana MY yakin ia mampu memberi inspirasi kepada mereka yang ingin berjaya. Selain dari itu, beliau juga turut berkongsi ilmu dan pengalaman beliau di corong radio menerusi program Bijak Wang di Radio 93.9FM.
PROGRAM PEMIMPIN ABADI BERSAMA Dr. NIKI SHUHADA SHUKOR
Program Pemimpin Abadi Bersama Dr Niki Shuhada ini merupakan hasrat dari Dr Niki Shuhada sendiri untuk mencungkil bakat kepimpinan sesiapa jua yang berhasrat memajukan diri sebagai perunding kewangan yang berkaliber, professional dan berjaya di dunia dan akhirat. Pencarian Pemimpin Abadi ini bermaksud membentuk pemimpin yang cemerlang untuk diri sendiri, keluarga serta masyarakat seluruhnya dalam konteks kerjaya, kewangan dan kehidupan. Dapat memimpin bukan hanya di tempat kerja, tetapi juga sebaliknya.
Bergambar selepas makan tengahari bersama Dr. Niki_kredit foto www.feeqsays.com |
BIJAK MENGURUSKAN WANG
Masih belum terlambat rasanya untuk MY katakan untuk kita mula bertindak untuk menguruskan pendapatan kita dengan cara sebetulnya. Tahukah anda, dengan hanya serendah RM200.00 sebulan kita mampu mengubah masa depan kita kepada lebih baik. Bukan sekadar itu, ia amat membantu sebagai persediaan persaraan yang sangat lumayan. Apa yang penting, yakin dan teruskannya secara berdisiplin dan tawakkal. Insyaallah. Kejayaan dan kesenangan menanti kita di hadapan.
MY ada tertarik dengan satu petikan kata-kata Dr. Niki Shuhada Shukor :
>> "Satu pokok yang kuat biasanya akan berada di tempat angin yang kuat" <<
Jadi tidak perlulah MY terangkan apa maksudnya. Ianya sangat mudah difahami dan mudah untuk kita sentiasa ingat tentang petikan kata-kata ini.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Program Pencarian Pemimpin Abadi Bersama Dr Niki Shuhada dan tips-tips bijak wang. Korang boleh merujuk pada Fb fanpage Dr Shuhada Shukor [klik].
5 Comments
bagus jugak ni perkongsian bijak mengurus wang ni! :) sebab ye lah sekarang ni semua mahal. kena pandai simpan dan urus duit
ReplyDeletewah menarik ni...
ReplyDeletemenarik perkongsian ni MY.. kos hidup pun dah semakin tinggi.. perlu ada cara2 utk berjimat..
ReplyDelete"Satu pokok yang kuat biasanya akan berada di tempat angin yang kuat" Deep..
ReplyDeleteBijak Wang, Bijak Sana, Bijak Sini
ReplyDelete