PENAWAR MUDAH DEMAM DENGGI

PENAWAR MUDAH DEMAM DENGGI | Siapa sangka, sakit menyerang secara tiba-tiba. Panas seluruh badan dan diri terus tak bermaya. Selama 2 hari tak lalu nak makan apapon. Bila ke satu klinik di Seksyen 7 Bangi, Dr hanya mengatakan yang MY hanya demam biasa. Katanya, MY ada masalah dengan pernafasan je.*demam biasa wak lu. Apa lagi, berbakul la ubat dia bagi. So, duit pun berbakul la kena bayar.


Tetapi, bila 3 hari dirumah tidak pernah miss makan ubat yang Dr bagi, demam masih tidak reda, malah rasa makin teruk. Bila pergi ke Pusat Perubatan Az-Zahrah bangi, Blood test telah dibuat dan Dr mengesahkan yang MY telah terkena DENGGI. *hurmm, Allah je tahu perasaan masa ni.


Demam makin teruk apabila masalah tongsil jugak berlaku pada masa yang sama. *semua benda MY tak boleh makan kecuali minum air. Memang berat ujian kali ni. Perut mula masuk angin. Setiap hari terpaksa ulang alik ke klinik ambil darah untuk rawatan susulan.

Oleh kerana MY tak mampu untuk makan semua benda dan ditambah pula tiada siapa nak jaga MY kat KL ni, Abang MY megambil keputusan untuk hantar MY balik ke kampung. *sekurang-kurangnya di kampung parents MY ada untuk jaga MY. Bila di kampung, makan dan minum sudah mula kena berpantang. Biasalah orang tua lebih mengetahui. Alhamdulillah. Tongsil mula hilang dan boleh makan seperti biasa. *tapi masih makan makanan orang berpantang kerana takut tongsil datang lagi.

Dekat kampung pun MY masih berulang alik ke klinik untuk ambil darah. Berkat doa dan nasihat Dr dan kawan-kawan tentang rawatan alternatif untuk sakit Denggi ni. MY cuba amalkan dan Alhamdulillah, MY makin pulih dari demam denggi.

6 tips bagi rawatan alternatif sebagai penawar demam denggi:


1. Air Masak - Minum air suam / air masak dalam kuantiti yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

2. Jus Daun Betik - Jus daun betik juga dikatakan mujarab sebagai penawar denggi dengan menumbuk  daun betik matang sehingga lumat dan dapatkan jusnya. Berikan satu sudu kecil jus daun betik kepada pesakit. *omg..omg.. rasa dia tuhan aja yang tahu.

3. Buah Kiwi - Jus buah kiwi juga boleh dicuba dengan mengisar buah kiwi yang segar dan kemudian minum jusnya. 

4. Sup Ketam Nipah - Reneh sup ketam nipah, kemudian beri kepada pesakit untuk dimakan dan pastikan sup ketam itu dihirup dalam kuantiti yang perlu. Anda boleh rujuk Khasiat Sup Ketam untuk tahu lebih lanjut.

5. Jus Kurma - Jus kurma juga sama konsepnya dengan buah kiwi tadi. Cuma kisar bersama-sama air suam dan berikanlah pesakit untuk minum waktu pagi dan petang.

6. Buah Tembikai - Makan tembikai dalam kuantiti yang banyak. Sebenarnya konsep ini adalah untuk mendapatkan jus tembikai tersebut bagi menggantikan cecair tubuh dan sifat buah tembikai itu sendiri yang menyejukkan badan.


Secara jujur MY hanya berpegalaman menjadikan Air Masak, Jus Daun Betik dan Buah Kiwi sahaja untuk rawatan demam denggi MY *Alhamdulillah ia benar-benar berkesan. Ramai juga mencadangkan Sup Ketam Nipah. * tetapi masalah utama dengan sup ketam nipah ialah kerana ianya sukar untuk ditemui berbanding yang lain

Post a Comment

9 Comments

  1. Syukur alhamdullilah dah baik...... Akak dah kena tahun lepas... tahulah perasaan nyer.... huhuhu

    ReplyDelete
  2. get well soon

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dh ok... jg diri yer bro...

    ReplyDelete
  4. Apa2pun , get well soon ye Madi!

    ReplyDelete
  5. Biasanya org kampung rebus daun betik utk penawarnya dan ternyata ia berkesan bila mana ramai yg terkena denggi sembuh setelah mengamalkannya.
    Hari tu client omputeh pun kena jg & suruh dia minum air betik yg direbus...

    ReplyDelete
  6. Pernah la juga duduk hospital seminggu sebab denggi ni. Waktu mula2 pergi klinik, naik bas sorg2 sambil guna payung sbg tongkat sebab tak larat nak jalan, heh!

    Harap2 dah sembuh sepenuhnya. Dan tak akan kena lagi, insya Allah :)

    ReplyDelete
  7. boleh minum PD gantikan 100 plus..tak tau apa PD? jemput lawat saya ye.

    ReplyDelete
  8. boleh minum PD gantikan 100 plus..tak tau apa PD? jemput lawat saya ye.

    ReplyDelete
  9. Rupanya banyak juga tip yang perlu diikuti agar Deman denggi semakin berkurangan. Terima kasih bro...

    ReplyDelete