MUSLIMFIT | JATOMI FITNESS MENYEDIAKAN KELENGKAPAN PERALATAN GIMNASIUM BERKUALITI TINGGI | Selain menjadi food blogger, MY pernah dijemput oleh Muadz Dzulkefly * siapa tak kenal dengan saudara muadz kan. untuk menyertai aktiviti sihat yang mana ianya dikenali sebagai #MuaslimFit. Nampaknya inilah peluang MY nak tahu lebih lanjut tentang dunia kesihatan. *mana taknaya, asyik makan, tido, makan tido jer kerja. mau tak perut makin ke depan.
Bersama rakan Blogger di Jatomi Fitness |
Program #MuslimFit ini telah diadakan di Jatomi Fitness yang mana ianya berada di The Weld, Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan korang, Jatomi merupakan gimnasium yang luas dan dilengkapi dengan pelbagai peralatan yang canggih. Mereka menawarkan peralatan berkualiti tinggi, zon latihan berfungsi, Studio Latihan Berkumpulan, latihan peribadi khusus, ruang tamu yang luas, minuman percuma, dan banyak lagi.
suasana didalam Jatomi Fitness, Kuala Lumpur |
Jatomi juga mempunyai pelatih peribadi yang berbakat besar untuk membantu anda dalam membina kehidupan yang sihat. MY dan rakan-rakan bernasib baik kerana dapat kenal dengan En. Naim iaitu selaku ketua pelatih peribadi disini.
Taklimat ringkas bersama En. Naim |
Apa yang boleh MY katakan, En. Naim merupakan seorang ketua pelatih yang sangat bagus. Apa yang penting, beliau tidak kedekut untuk berkongsi ilmu dengan kami. Walaupun kami datang bukan untuk mendaftar kat sini.
Mudah berkongsi ilmu kesihatan dengan sesiapa sahaja |
Mereka juga ada menyediakan pelbagai jenis kelas kecergasan yang dijalankan oleh tenaga pengajar yang professional termasuk BodyJam, Grit, BodyPump, Sh'bam, BodyCombat, RPM, dan banyak lagi!
Mind Studio |
Pelbagai kemudahan mesin untuk senaman |
Razi dan Penaberkala |
sebahagian aktiviti dalam #muslimfit |
wefie |
Di sini juga, mereka ada menyediakan kemudahan untuk bersosial seperti kemudahan internet dan tempat untuk lepak.
Kemudahan internet percuma |
Tempat lepak yang sangat selesa |
Bagi MY, Jatomi Fitness ni cukup besar dan selesa. Tidak perlu takut mesin senaman tidak cukup untuk korang guna kerana ianya bukan hanya disediakan hanya untuk 2,3 orang sahaja. Bilik untuk salin pakaian juga cukup luas dan selesa.
bilik persalinan |
Okay, mari kita tengok apa beberapa info mengenai JATOMI nie.
Terima kasih kepada saudara Muadz kerana sudi menjemput kami. Terima kasih juga kepada pihak Jatomi dan En. Naim kerana menerima kehadiran kami dan sudi berkongsi banyak tip-tip mengenai kesihatan.
Jatomi Fitness Weld
Level 3, The Weld Shopping Mall
No 76, Jalan Raja Chulan
50200 Kuala Lumpur
Opening hours:
Monday – Friday: 6:00am - Midnight
Saturday: 6:00am - 8:00pm
Sunday and Public Holidays: 8:00am - 8:00pm
Contact:
Tel. +60321610129
Facebook:
Twitter:
Website:
1 Comments
boleh datang sini bakar kalori yang ada.
ReplyDelete