APA SEBENARNYA MEK MULUNG? MAK YONG AKU TAHU LAH

APA SEBENARNYA MEK MULUNG? MAK YONG AKU TAHU LAH | Hari ni MY berpeluang ke Istana Budaya untuk sidang media persembahan gala Mek Mulung. *Mek Mulung, siapa sebenarnya dia? Sehinggakan diwujudkan teater tentangnya. Malah dipentaskan di pentas eklusif Istana Budaya  lagi. 
"Eee.. taklah ghalit amboi didagang la eee... dok bilang
La amboi ambiklah sisiaq cek sisiaqla eee... bersurai
La amboi anaklah rambut cek sunting la eee... membelai
La amboi ekoqlah pipit dibelah eee.. berjuntai
La amboi belang berjalan membelang la eee... melenggang.."

ASAL USUL MEK MULUNG


Mek Mulung dikatakan berasal dari Ligor, Siam dan diperkenalkan di negeri Kedah ketika berlakunya persengketaan di antara Kedah dan Siam. Tempat mulanya ia diperkenalkan ialah di Kampung Perit, Mukim Kurung Itam, Jajahan Kuala Nerang dan seterusnya ia berkembang ke Kampung Belukar Mulung, Kampung Paya Keladi dan akhirnya di Kampung Wang Tepus, Jitra, Kedah.

Dahulunya ia hanya dimainkan di bangsal-bangsal terbuka di rumah penduduk kampung sebagai hiburan di waktu malam di mana pemain dikelilingi oleh para penonton sahaja. Mek Mulung merupakan adunan lakonan, nyanyian, tarian dan muzik dalam suatu persembahan.

Persembahan tarian dan nyanyian turut menjadi elemen utama dalam persembahan ini
Persembahan tarian dan nyanyian turut menjadi elemen utama dalam persembahan ini


MEK MULUNG HAMPIR MENYAMAI MAK YONG

Persembahan Mek Mulung seakan-akan sama seperti Mak Yong yang membawa watak-watak seperti Raja, Permaisuri, Awang Selamat dan Awang Pengasuh, Inang dan watak antagonis yang memiliki magis.

Arjalee memegang watak utama (Putera Cahaya Bulan) dalam pementasan ini
Watak Rajanya masih lagi memegang seikat rotan yang digelar 'rotan ke tujuh' (dalam Mak Yong digelar rotan berai) manakala prop lain yang digunakan adalah topeng untuk watak peran, golok (diperbuat daripada kayu), dan sebatang kayu yang disebut tongkat wak.

Selain lakonan dan dialog-dialog yang mencuit hati, persembahan tarian dan nyanyian turut menjadi elemen utama dalam persembahan ini.Tidak ada persembahan mengadap rebab seperti Mak Yong.

Jika Mak Yong mempunyai berbelas-belas cerita manakala Mek Mulung hanya berulang-ulang kepada lima kisah seperti Cahaya Bulan, Malim Bongsu dan Dewa Muda.
"Jika Mak Yong telah dikenali sehingga diiktiraf sebagai Karya Agung Dunia oleh UNESCO, kita juga perlu mempertahankan Mek Mulung agar dikenali sebagai satu lagi warisan seni tanahair, Supaya ianya tidak hilang ditelan permodenan."

MEK MULUNG DI ISTANA BUDAYA

Untuk pengetahuan korang. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dengan kerjasama Istana Budaya akan membuat PEMENTASAN MEK MULUNG “PUTERA CAHAYA BULAN” . *ini merupakan pementasan teater yang julung-julung kalinya dari kerjasama dua pihak dari JKKN dan Istana Budaya.



Dengan berjayanya pementasan Teater Tradisional Mek Mulung ni di Istana Budaya, ia akan mengukuhkan dan membuka jalan untuk menjadikan Mek Mulung sebagai Seni Warisan Kedah dan diiktiraf oleh UNESCO seperti Mak Yong.

Sidang media persembahan gala Mek Mulung
Sidang media persembahan gala Mek Mulung
Kalau korang nak tahu macamana teater Mek Mulung yang bergenre komedi ni di pentaskan Meh kita tengok video pementasan Mek Mulung pada 2013 ni.

TIKET PEMENTASAN MEK MULUNG


Pementasan yang akan mula dipentaskan pada 28 Feb 2015 dan 1 Mac 2015 di Panggung Sari, Istana Budaya Kuala Lumpur. Tiket akan dijual bermula pada harga RM23 , RM53 dan RM83 dan boleh didapati secara dalam talian dengan melayari www.airasiaredtix.com [klik] atau dengan membelinya di kaunter tiket box-office Istana Budaya atau di lokasi berikut:

Rock Corner
The Garden, Mid Valley (03-22014893)
KLCC (03-21815560)
Subang Parade (03-56131139)

Victoria Music
Sg Wang (03-21487208)
Amcorp (03-79560592)
Tropicana (03-77222955)

Pulau Pinang
Artist Gallery, Gurney Plaza
Artist Galerry, Queensbay Mall


Post a Comment

2 Comments