Walaupun Berstatus Gunung Berapi Aktif, Tetapi Masih Aman Untuk Dikunjungi

Walaupun Berstatus Gunung Berapi Aktif, Tetapi Masih Aman Untuk Dikunjungi |  Sudah lama rasanya MY peram kisah percutian ke Bandung *kalau tak silap tahun 2010 lagi. Ini merupakan percutian pertama MY ke luar negara. *lawatan sambil belajar ke Jakarta dan Bandung.

Gunung Tangkuban Perahu
Gunung Tangkuban Perahu
Tempat yang paling best dan terkesan lagi sampai sekarang yang MY pergi ialah Gunung Tangkuban Perahu [klik] yang berkoordinat 6,77°LS 107,6°BT di Jawa Barat, Indonesia.

GUNUNG BERAPI AKTIF

Korang jangan terkejut kalau MY katakan bahawa Gunung Tangkuban Perahu ni merupakan sebuah gunung berapi yang masih aktif yang mana ianya berada di Bandung Utara, tepatnya di Cikole, Lembang, atau sekitar 20 km dari pusat Kota Bandung. *apa yang paling membuatkan MY terkejut, letusan terakhir gunung ini dikatakan tercatat pada tahun 2013 *wallaweh masih baru lagi tu, agak-agak 3 tahun selepas lawatan MY ke sana, fuh. Walaupun begitu, Gunung Tangkuban Perahu ini masih aman dan selamat untuk dikunjungi . Gunung Tangkuban Perahu ini dibuka seawal 7 pagi sehingga 5 petang setiap hari.

Kawah Gunung Tangkuban Perahu
Kawah Gunung Tangkuban Perahu
Beberapa tanda aktifnya gunung ini adalah adanya gas belerang dan juga sumber air panas yang mengalir di kaki gunung. Kalau korang nak datang berkunjung ke gunung ini, korang dinasihatkan untuk membawa "mask"penutup mulut untuk menghindari bau gas belerang yang kuat.

Ada tiga kawah utama di Gunung Tangkuban Perahu
Ada tiga kawah utama di Gunung Tangkuban Perahu
MY difahamkan bahawa puncak Gunung Tangkuban Perahu ini berbentuk memanjang dan menyerupai sebuah perahu yang terbalik. Pada lereng gunung juga terdapat hamparan kebun teh yang membuat korang betul-betul teruja dan menikmati keindahannya. 

Ada tiga kawah utama di Gunung Tangkuban Perahu. Kawah Paguyangan Badak, berumur kurang lebih 90.000-40.000 tahun lalu. Dalam fasa pembentukan kawah secara geologi, seterusnya terbentuk Kawah Upas yang ditaksir berumur 40.000-10.000 tahun lalu. Di fasaterakhir, terbentuklah Kawah Ratu yang berumur 10.000 tahun lalu sehingga sekarang.

BERSUHU DINGIN

Gunung Tangkuban Perahu memiliki ketinggian 2.084 di atas permukaan laut atau sekitar 6.873 kaki. Suhu di gunung ini adalah sekitar 17 darjah Celcius pada siang hari dan dikatakan boleh mencapai sehingga 2 darjah Celcius pada malam hari. Oleh kerana suhunya yang dingin, korang memang sangat dinasihatkan untuk membawa dan memakai sweater atau jaket yang sesuai.

pelbagai pilihan topi , sarung tangan untuk korang beli
pelbagai pilihan topi , sarung tangan untuk korang beli
Cuaca tidak menentu, kadang kala ada kabus tebal yang sangat dingin. Jika cuaca terlalu dingin. Korang boleh membeli sarung tangan dan topi yang ada di jual di sana. *awas, hati-hati ketika tawar-menawar harga.

BERHATI-HATI KETIKA MEMBELI BELAH

Ada kedai-kedai yang jual cenderahati
Ada kedai-kedai yang jual cenderahati
Apa yang MY boleh nasihatkan, hati-hati jika ingin membeli belah di sini. Jika rasa tidak perlu, jangan sesekali bertaya atau tunjukkan bahawa diri kita berminat dengan barang yang dijual. Kalau tidak, jangan salahkan mereka jika mereka ikut korang kemana saja korang pergi, sampailah korang beli barang tersebut.

Jika korang ingin membeli sesuatu. MY nasihatkan, gunakan masa-masa terakhir anda sebelum balik untuk membeli belah. Biasanya harga akan melambung tinggi jika mereka tahu bahawa kita adalah pelancong. *jangan terkejut kalau, harga 100 boleh kita tawar sehingga 20 Gunakan kebolehan korang untuk tawar -menawar. 

KEWUJUDAN POKOK UNIK

pelbagai cenderamata unik dijual
pelbagai cenderamata unik dijual
Di Gunung Tangkuban Perahu ini mempunyai sejenis tumbuhan unik yang dikatakan hanya tumbuh subur disini. Batangnya dipotong dan dibuang kulitnya untuk menghasilkan pelbagai jenis cenderahati.

proses membuat cenderahati
proses membuat cenderahati 
Siapa sangka ia hanya merupakan pokok dari jenis paku pakis. Paku pakis ini dikatakan mengambil masa hampir 50 tahun untuk membentuk corak seperti itu di dalam kulit daun nya. Bila di kikis, corak batik akan mula kelihatan. Bila dah lama-lama, larikan kayu tu akan merekah keluar, nampak seolah-olah ukir. Hanya perlu buang kulit pada batangnya, corak menarik akan kelihatan . *menarik kan?.

Keunikan corak yang ada pada pokok paku pakis tersebut
Keunikan corak yang ada pada pokok paku pakis tersebut
Kalau korang minat untuk membelinya, pastikan korang letak di tempat yang dingin. Jika tidak ia akan mula mengecut .

Kalau diberi kesempatan, MY memang menenam niat untuk kesini lagi. Tempat yang sangat menarik dan perlu korang kunjungi jika ke daerah Bandung.

Post a Comment

1 Comments

  1. This website was... how do I say it? Relevant!! Finally I've found something which
    helped me. Kudos!

    ReplyDelete