Siapa Sangka Restoran Semewah Ini Harga Makanannya Murah | Memang tak dinafikan, kalau bercerita sahaja tentang Cyberjaya, ianya cukup popular dengan penduduknya yang majoritinya adalah dari bangsa asing seperti arab dan lain-lain. Jadi tak mustahil kalau banyak restoran makanan arab wujud di Cyberjaya ni. Termasuklah Restoran Al-Qasr ni. *maaf bukan Restoran Saba. Jangan hanya tahu Restoran Saba aja menyajikan makanan arab di Cyberjaya ni.
MEWAH TAPI MURAH | Pertama kali lalu dihadapan Restoran Al-Qasr ni memang tiada niat langsung untuk masuk. Apatah lagi kalau nak makan di sini. *terdetik dalam hati, tentu harga dia mahal kan, restoran ni nampak mewah kot.
papan tanda restoran |
Tengok dari luar pun dah terpegun dengan rekabentuk dia. *ni kalau MY masuk mau tergadai harta benda, silap-silap dirini pon turut digadaikan. eh. haha. Tapi perasaan tu tak lama. Gara-gara perasaan ingin tahu tu lagi kuat dari segalanya, MY dan beberapa orang rakan blogger telah sepakat untuk lunch di sana.
rekabentuk dalaman restoran |
Sejurus kami melangkah masuk ke dalam Restoran Al-Qasr ni. Secara tiba-tiba mood tertukar. Seolah-olah bukan lagi berada di Malaysia. *serius tak tipu. Ha ah, rasa seolah-olah di Istanbul, Turkey. *chewah, macam pernah pergi.
rekabentuk dalaman yang sangat cantik |
Arabic Bread |
Roti ni dihidangkan secara percuma kepada setiap pelanggan yang datang sementara menunggu makanan yang dioder siap. Apa yang lebih terkejut, makanan disini sangat-sangat murah. *tetiba rasa macam tak sesuai pulak dengan restoran yang macam ni gahnya. Tapi, itulah hakikatnya yang MY kena terima. Makanan dia murah. makanan dia murah.
Spicy Mandi Chicken |
Untuk pengetahuan korang juga, Restoran Al-Qasr ni baru setahun beroperasi, tapi apa yang membanggakan mereka, Restoran Al-Qasr sudah berjaya menarik perhatian media tempatan seperti majalah Nona yang menjadikan restoran ini sebagai lokasi photoshoot mereka. Sekilas pandang, memang tak expect pun photoshoot ni dibuat dalam sebuah restoran. Memang betul-betul exclusive!
Majalah Nona_ sumber Penaberkala |
So, kalau korang taya pendapat MY dengan restoran ni. MY bagi bintang penuh. Suasana persekitaran yang selesa, harga murah, dan yang paling penting layanan yang sangat mesra dari pekerja -pekerjanya . Pekerja-pekerjanya kebanyakan dari arab. Termasuklah chef mereka. Jadi, dengan cara ni diorang dapat pastikan yang makanan dan menu diorang memang asli dari budaya diorang. *pastikan korang bercakap dalam bahasa Inggeris ya, diorang tak tahu bahasa melayu. Maklumlah restoran timur tengah katakan.
Restoran Al-Qasr ni sangat sesuai kalau bagi mereka yang bergelar businessman yang mana perlukan tempat meeting yang sesuai dengan client. Sesuai juga untuk pasangan kekasih untuk date . hehe
Bersama owner restoran_ sumber Penaberkala |
Tapi korang jangan terkejut kalau MY katakan bahawa owner dia merupakan orang melayu kita. *wallaweh memang tak disnagka-sangka. MY sangkakan hanya pekerja biasa, rupanya owner restoran . wuwuwuwuwu. *ampunkan saya pak cik, saya ngak tahu. huhu. Serius sangat rendah diri orangnya.
Tak salah kalau MY ingin katakan disini bahawa Restoran Al-Qasr ni merupakan restoran nasi arab terbaik pernah MY datang. Memiliki harga yang murah dan berpatutan. Apa yang paling MY suka adalah layanannya yang sangat ramah dan selesa. *restoran nasi arab murah di cyberjaya.
Bagi korang yang nak datang kat Restoran Al-Qasr ni. Ianya terletak di Street Mall , Cyberjaya. Berdekatan dengan KRU Academy dan terminal bas Cyberjaya.
------------------------------------------------
Al-Qasr,
Lot B Street Mall,
Jalan Persiaran Multimedia,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehs
Facebook:
No telefon:
03-8322 2220
011-1570 8721
012-313 3184
Waktu Beroperasi:
12:00pm - 12:00am
Email:
Marhaba Cyberjaya,
G008, Cyberjaya Commercial Center,
Jalan Multimedia,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan
23 Comments
Klu biasa selalunya saba dgn san'a la.. Klu murah jugak boleh la cuba nnt..
ReplyDeleteTq MY
Memang best restoran ni, murah Dan sedap. Byk Kali pegi.. Mandi chicken N okdah D Best!
ReplyDeleteHaritu ada org cakap kedai ni dah tutup.. bila last awk pegi eh ?? Nak tau still buka lagi ke 😅
DeleteBaru beberapa hari lepas merancang nk makan makanan arab. Mesti kena pergi ni. Tapi kalau nk ke cyberjaya tu jauh sgt..
ReplyDeleteBerapa harga sepingga nasi arab tu MY?
ReplyDeleteNak tau gak brape price makanan kat situ
ReplyDeleteNak tau gak brape price makanan kat situ
ReplyDeleteTq Tuan MY.
ReplyDeleteKat masjid tanah ada jugak jual nasi Arab.
Paling murah sepinggan ialh dgn harga RM 15.
Tp kawan2 panggil nasi arab celup.
Maklumlah depa dh biasa makan kt kedai nasi arab yg owner dia arab.
Tp bg haji , walaupun nasi arab celup tetap antara terbaik sebab sedap & murah.
Sebab tu tertanya-tanya juga betapa murahkah nasi kat al qasr tu..
Tq tuan MY.
Meleleh ayaq liuq baca artikel ni.
:)
Boleh try lain kali kalau pi Cyberjaya
ReplyDeleteberapa harga yang dikatakan murah tu? nak juga tahu..sebab mungkin takrif 'murah' tak sama.. =)
ReplyDeleteMurah tu berapa? Kalau murah sangat pun suspicious jugak sebab maksudnya ingredient low quality.
ReplyDeletesekarang nie restoran tu dlm process bertukar owner..actually owner dia org arab..so mmg dh lama tutup sejak ramadhan 2015 hari tu..syg nya..
ReplyDeletemanager dia yang hensem pun dah tak tau p mana.. :p
So skrg ni dah tutup lah ni ??? 😔
DeleteHAAH DAH TUTUP
DeleteComo Ganhar Numerário na Rede Com Marketing Multinivel.
ReplyDelete赤ちゃんの準備は何をすればいいのか?色々と不安があると思います。
ReplyDeleteにんかつ・にんしん・しゅっさん・こそだてを安心する情報サイト。
不妊には数年前よりDHEAサプリメントを提案することを始めました。
妊活!ベビーが欲しい、子供が欲しい夫婦の基礎知識の特集です。
妊活中の人へ朗報です。有名な芸能人も飲んでいる妊活葉酸サプリです。
基礎体温、妊活、妊娠超初期症状や出産準備、葉酸で流産予防、ミネラルや鉄分の必要性や妊婦とお母さんの心配、赤ちゃんとの悩みを解決します。
不妊治療って果たしてどんな医療を実施するのでしょうか?
不妊治療と呼ばれるものを、安易にイメージしてほしくないと思っています。
その助けになるのが妊活サプリ。葉酸のように、ベビーのためには必ず飲まないとならないものもあります。
Os casinos brasileiros acessível são todos diferentes.
ReplyDeleteReceba sem custo no seu email este e-book maravilhoso.
ReplyDeleteIt's very easy to find out any matter on web as compared to books, as I found this
ReplyDeleteparagraph at this web site.
restoran taiba pun sedap. orang tak ramai pn..tp lg sedap dari saba
ReplyDeleteاحمد اريد منك خدمه اريدك تهكرلي لعبه
ReplyDeleteانته مو عندك جلبريك اذا تقبل تهكر
العبه الي علمود ادزلك حسابي
الكيم سنتر ممكن الرد حبيبي
My relatives always say that I am wasting my time here at web, except I know I am
ReplyDeletegetting knowledge every day by reading thes nice articles
or reviews.
Awesome article.
ReplyDelete