PENGALAMAN SEHARI DI PHUKET THAILAND | Pada awal Disember 2014 yang lepas, MY telah berpeluang bersama sahabat seperjuangan dari #ProjekTravel telah bercuti ke Phuket dan Krabi dengan berlayar bersama PakNil di atas Kapal Mewah SuperstarLibra.
Admin ProjekTravel |
Walaupun agak sedih kerana salah seorang dari admin Projek Travel iaitu Zulhilmi tempoyak tidak dapat sertai percutian ini, kami tetap meneruskan agenda percutian kami dengan baik dan lancar. *Insyaallah Zul, satu hari nanti kita semua pasti akan dapat cuti bersama.
Kisah Sehari di Phuket, Thailand
Ini merupakan kali kedua MY menjejakkan kaki ke bumi PHUKET selepas percutian pada bulan 4 yang lepas. Jika dulu, MY hanya bersiar di sekitar Bangla Road dan Patong Beach. Kali ini dengan masa dan peluang yang ada, kami telah menyewa van untuk bersiar-siar sekitar Phuket.
Didalam van yang disewa |
Bermula dari Jeti di Patong Beach. Perjalanan kami di Phuket bermula dari tengahari dengan menaiki van yang disewa hanya dengan harga beberapa puluh ringgit untuk 4 jam. Ianya merupakan van executive berhawa dingin yang cukup luas dan selesa. *pastikan anda menawarkan harga logik serendah yang boleh supaya anda tidak tertipu dengan rayuan mereka. Dan apa yang penting, sila clearkan dengan mereka tempat-tempat yang mereka akan bawa korang dalam tempoh sewaan kenderaan tersebut.
|
Cadangan destinasi pilihan di Phuket |
Tempat yang kami sempat lawati adalah seperti Kedai Makanan Kering, T-Shirt Outlet, Tokong, dan macam-macam lagi.
Kedai Makanan Kering |
Disini korang boleh shopping makanan kering seperti buah-buahan , makanan laut, coklat , kacang gajus dan pelbagai jenis cenderahati juga.
T-shirt Outlet |
Kalau korang ingin membeli baju sebagai cenderahati untuk dibawa balik ke Malaysia, T-shirt Outlet ini sangat di recommand kan. Harga yang cukup murah dan yang paling penting kualiti kainnya adalah tip top.
Pelbagai pilihan baju |
Dari segi pilihan korang tak perlu risau kerana MY yakin korang akan pening untuk membuat pilihan beribu design yang ada. Apa yang penting, beli sepuluh helai baju korang akan dapat sehelai lagi baju percuma. *dengar cerita, baju design pisang tu paling laris kat sini. ehehehe.
Tokong |
Kami juga sempat singgah di salah sebuah tokong yang ada di daerah Phuket ini. Disini kami sempat melihat rami pelancong asing datang untuk membakar niat dengan mercun. *orang putih pun ramai yang membakar niat. tetiba terfikir, agama apakah mereka. Adakah mereka buat hanya kerana suka-suka atau mereka percaya?
Kilang kacang gajus |
Tempat seterusnya adalah diatas permintaan Penaberkala. *minat sangat dia dengan kacang gajus ni. Sini merupakan tempat korang boleh dapat pelbagai jenis kacang gajus yang di proses dengan pelbagai rasa.
Demonstrasi kacang gajus di proses |
Disini juga korang akan berpeluang untuk melihat sendiri demonstrasi bagaimana kacang gajus ini di proses dari kulitnya secara komersial.
Patong Beach Signboard |
Pada akhir perjalanan kami di Phuket, kami telah kembali ke Patong Beach untuk megambil sedikit waktu menghayati keindahan malam disini dan melihat dengan sendiri bagaimana hidupnya kawasan ni di waktu malam.
Patong Beach is the most popular and well-developed beach on Phuket Island. Long recognized as one of the world's Top 10 diving sites, Phuket is now Thailand's most important tourist destination, offering a variety of beaches, attractions and exciting night life.
_www.beachpatong.com
Berjalan sekitar Patong Beach |
Bagi pandangan MY, suasana di Phuket ni sangat best. Waktu malam disini lebih hidup berbanding waktu siang. Jika korang ada keinginan untuk membeli cenderahati, anda dinasihatkan supaya tidak membeli di sekitar gerai berhadapan dengan Patong Beach kerana mereka akan meletakkan harga yang sangat tinggi. Kecuali korang ada skill untuk menawar harga sehingga boleh dapat harga paling rendah.
MY berharap suatu hari nanti mungkin boleh datang balik ke Phuket ni untuk bercuti dan stay lebih lama. Serius tidak akan puas kalau datang kesini hanya untuk beberapa jam.
8 Comments
Seronoknya MY..
ReplyDeleteEh, kacang gajus. masa kecik-kecik kat kampung pernah buat, bakar2 then ketuk2 bagi keluar kacang gajus. hehehehe Seronok dapat berjalan. hehehe :)
ReplyDeleteHanya sampai di Golok sahaja beberapa tahun dahulu.
ReplyDeleteTak masukkan kisah urutan gersang ke?? wakakaka
ReplyDeleteMacam nak komen
ReplyDelete#TakHajak
#Sentap2Tahun
tapi takut kena carutssss
Takutttttt
Untungla..
ReplyDeleteBro tshirt outlet tu kt area mne?
ReplyDeletebole bg detail x nama tempat tu semua?
ReplyDelete