Pengalaman Sehari di Krabi (Thailand: กระบี่) | Fuh !! First time MY datang Krabi. Memang agak kekok sikit sebab tak tahu apa. Semua benda kami rancang bila kami dah sampai di jeti *lupa pulak nama jeti tu.
Oleh kerana Jeti agak jauh dari Amphoe Muang (Krabi Town) dan Ao Nang Beach , kami telah bersepakat untuk meyewa van untuk memudahkan perjalanan kami. Memandang kan masa kami di Krabi ni juga terhad. Kami telah megambil keputusan untuk ke Ao Nang Beach sahaja.
Dekat Thailand ni kita mungkin akan terkejut kalau tengok sistem wirering elektrik diorang. *pergh serabut habis. Memang jauh sangat nak dibandingkan dengan sistem wirering elektrik kat negara kita Malaysia. Gambar yang MY tunjuk kat atas ni masih ok. Kalau dekat sesetengah tempat. Kalau korang tengok * yaampunnn. geram je rasa nak susun-susun bagi nampak kemas. huhu
|
Dalam perjalanan ke pantai, sempat kami ambil gambar di sekitar kawasan-kawasan yang kami lalu. Memang tak salah, banyak yang menarik perhatian kami.
Ambil gambar banyak-banyak untuk buat kenangan. Lagipun banyak benda yang MY perasan yang ada di Thailand ni tak ada di Malaysia.
SEKITAR AO NANG BEACH
Ok, tak sampai beberapa minitpun kami dah sampai di Ao Nang Beach. Cuaca hari ni memang cukup panas, memang sesuailah untuk mereka yang suka berjemur tu. *kalau MY berjemur, harap maklumla. Jadi chicken wing panggang la gamaknya. Legam, hangus.
Dihadapan Golden Beach Resort |
Golden Beach Resort ni berada betul-betul dihadapan Ao Nang Beach. MY tumpang ambil gambar sekejap je. Tak sempat nak check in #eh. hehehe. Lagipon kami kat sini sekejap je. Seleain dari resort ni. Banyak lagi pilihan resort yang bertentangan dengan Ao Nang Beach ni. Just cari yang sesuai dengan kehendak dan taste korang je.
Plan asal kami sebenarnya ialah untuk buat Island Hoping. Tapi, sebab kekangan masa. Kami ambil keputusan untuk stay dan jalan-jalan di sekitar Ao Nang Beach ni je. Bagi MY, pantai ni biasa je. Tapi ada keunikannya tersendiri. *yang tak bestnya, mat salleh yang dok berjemur tu semua dah tua-tua huhu
|
Kat pantai ni korang boleh tengok ramai penjaja-penjaja. Kebanyakannya adalah dari penduduk setempat. Termasuk abang yang jual jagung bakar ni. Tapi apa yang kami tahu, mereka meniaga tanpa ada permit. Walaupun selalu berlari kesana ke sini kerana takut kepada pihat penguatkuasa mereka. Bagi yang tak sempat lari, mereka terpaksa meninggalkan barangang yang diorang jual sehingga barang jualan mereka dirampas oleh pihat penguatkuasa. *tetiba terdetik dalam diri, demi mencari sesuap nasik mereka sanggup ambil risiko ni. .
|
Ha.. nila kerja budak dua orang ni. Dok usha mat saleh berjemur kat pantai. Sekali tak ada yang cun. yang berkedut pun diorang belasah. *cuci mata katanya. hahahaha.
BERMACAM JENIS PANCAKES
Bila dah penat jalan-jalan di pantai, tibalah masa untuk isi perut ni. *Apa agaknya yang special kat Krabi ni ya?
Gerai Pancake |
Tak sah la kalau ke Krabi tak makan Pancake yang ada kat sini. Dari sebelum kami ke Phuket [kisah di Phuket] lagi, Penaberkala dok mengidam nak makan Pancake kat Krabi ni. So, untuk memenuhi permintaan dia, kami carilah kedai berdekatan .
Harga Pancake mengikut jenis |
Tak sangka pulak MY yang pancake kat sini berjenis-jenis banyaknya. Sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. At last, demi diet dan kesihatan MY pilih Pancake with Honey. *cis diet konon. kbai
|
Apa lagi jom tengok cara diorang buat pancake ni. Bukan kami kalau tak ganggu orang tengah masak. Nasib baik tak paham apa diorang cakap. Kalau tak, habis rahsia Pancake diorang MY korek. hahhaha.
Ok sudah !! Jangan ganggu kami. kami nak menikmati kesedapan Pancake dari Krabi ni. Tambah lagi syok bila dapat makan kat bawah pokok redup menghadap pulak pantai. *wallawei, heaven kot. Mau tak tertidur kat situ.
Apa yang penting, semua jenis pancake yang kami beli semua sedap walaupun simple. Nasib baik sedap. *ha kalau tak sedap MY la orang pertama akan carut si Penaberkala tu.
Masa untuk Shopping |
Dalam tempoh menunggu van yang kami sewa tadi sampai. Sempat kami ambil masa untuk shopping di pekan berdekatan dengan pantai. MY tengok-tengok je. Tak ada duit sangat nak shopping. Tambah pulak bikini je yang bergantung-gantungan di setiap kedai. hahaaha. *takkan korang nak tengok MY beli dan pakai bikini plak kan. Nanti naya. Ibarat span diikat dengan getah la . eeeeee. huhu
Apapon. next time kalau berpeluang ke Krabi lagi, MY ada menanam niat untuk buat Island Hoping.
Sapa nak join? Jom kita.
4 Comments
Hahahah... rasa nak susun2 cable letrik dorang ehhh... tp kebanyakan citer wajib dgr bile org g sana adalah psal cable letrik bersepah2 tu... rare la kirenyer kann..
ReplyDeleteok. nak tgk MY pakai bikini please
ReplyDeleteteringin jugak nak pergi krabi one day nanti hehe
ReplyDeletefuhh.. sesekali best jgk jln2 kt sni ~ tgk gmbo pn dh jeles hahah ..
ReplyDeletejemput singgah ye hehe
http://mohdkhairi9197.blogspot.com/