BERMALAM DI HOTEL BERTEMAKAN LEGO DI MALAYSIA

BERMALAM DI HOTEL BERTEMAKAN LEGO DI MALAYSIA  | Siapa pernah sangka MY akan stay di Hotel Mewah seperti Hotel Legoland ni. Jika dulu, MY hanya mampu pandang dan bayangkan je bagaimana bilik-bilik yang ada di Hotel Legoland ni. Tapi, Alhamdulillah. 2 hari yang lepas, MY telah berpeluang untuk stay di Hotel Legoland ni selama 1 malam. *serius memang pengalaman yang sangat mengujakan

Bergambar di hadapan Hotel Legoland Malaysia
Kali ni Projek Travel bersama Kelab Blogger Ben Ashaari untuk short vacation di Legoland Malaysia. Selain dari rakan KBBA, MY juga berpeluang kenal dengan seorang lagi blogger kelahiran negeri Kelantan iaitu Azhari yang mana merupakan pemilik blog ilhamhaikal [klik].

Azhari dan Faizal Fredley di Lobi Hotel
12,528 LEGO Mini Figures di pamerkan di belakang check-in desk

Bagi MY, Hotel Legoland ini bukan hanya sekadar tempat untuk berteduh. Apa yang bestnya, ia merupakan sebuah hotel yang penuh dengan "Lego Adventure". Keseronokan, keriangan kanak-kanak memang tidak boleh dinafikan disini. Semuanya boleh buat kita terpegun. Dan memang benar kalau MY nak katakan bahawa Legoland adalah dunia keriangan khususnya untuk kanak-kanak. *tak rugi bawa anak-anak ke sini.

Lego di Lobi Hotel
Apa yang menariknya, korang boleh tengok sendiri bagaimana pengalaman pengembaraan dunia lego korang bermula. 

Sambil tunggu masa untuk check in
Pengembaraan ini telah bermula seawal kita di lobi lagi. Lebih dari 100,000 LEGO brick tersedia di kawasan permainan kanak-kanak di lobi hotel. Memandangkan waktu untuk check in hotel agak lewat iaitu dalam jam 4 ptg. Jadi, masa tak terbuang dengan pelbagai aktiviti menarik yang korang dan anak-anak boleh buat di lobi hotel ni. *jom buat raksaksa dengan lego-lego yang ada. yeay 

Bilik Bertemakan Pegembaraan "Adventure Themed "


Untuk pengetahuan korang, kat Hotel Legoland ni diorang ada sebanyak 249 bilik tetamu dengan 3 jenis tema iaitu  Pirate, Kingdoms or Adventure.

Setiap bilik mempunyai dua ruangan tempat tidur yang berasingan, dengan katil bersaiz king untuk orang dewasa, dan kawasan yang berasingan untuk anak kecil yang boleh muat sehingga 3 orang, yang mana lengkap dengan katil saiz dua tingkat, pull-out trundle bed dan TV mereka sendiri!

Artikel BerkaitanLegoland Hotel Room Types[klik]

Semua bilik Deluxe dan Suite  boleh memuatkan sehingga 8 orang (maksimum 4 Dewasa sebilik). manakala semua bilik Standard dan Premium boleh menampung sehingga 5 orang (maksimum 3 Dewasa sebilik).

Adventure Themed
Kami telah berpeluang untuk stay di bilik yang bertemakan Pengembaraan ( Adventure Themed ). *korang mesti ingat. Pengembaraan di hotel ni tak berakhir di lobi je. Sudah semestinya dibilik korang akan temui lebih banyak cabaran.


Dengan menyelesaikan kata kunci dari spot-spot yang ada di dalam bilik, korang boleh memiliki harta karun yang tersimpan dalam kotak kayu di ruangan tempat-tidur anak-anak korang. *make sure korang cari klu dan dapatkan harta karun yang ada dalam kotak tu.


Dalam bilik juga, mereka ada sediakan set lego untuk anak-anak bermain. bagi yang tak bawak anak tu, mainlah lego tu dengan isteri atau partner holiday korang. ehhehehe.

Set lego yang disediakan di bilik
Memandangkan makan malam kami tidak disediakan di hotel, maka pandai-pandailah korang bawak bekal makanan sendiri. Kalau tak keluarkanlah duit untuk beli makanan diorang. *kalau rasa banyak duitlah. hehehehe.

masa untuk makan
Memandangkan meja hanya disediakan dalam bilik master dengan sebiji kerusi je. Maka kami bertika makan bersila je kat bawah. *feeling orang kaya rendah diri. eh kbai .Kami makan bungkus je. Guna voucer makan yang diorang bagi. 

Masa untuk tidur 

SARAPAN DI BRICKS FAMILY RESTAURANT


Sarapan pagi pada keesokan harinya disediakan di Bricks Family Restaurant yang berada satu aras dengan lobi hotel. Korang boleh megambil sarapan seawal 7.00am sehingga 11.00 am

Bricks Family Restaurant
Menunggu turn untuk sarapan
Restoran ni hanya boleh muat 465 dalam satu-satu masa. Pastikan korang pilih waktu yang tepat untuk bersarapan di sini. Ini kerana orang terlalu ramai dan menyebabkan korang terpaksa megambil nombor dan menunggu giliran. *bagi no bilik kat staff diorang untuk no giliran kita. Apa yang pasti, korang boleh makan buffet yang disediakan sampai puas.


Bagi mereka yang ingin mandi di kolam renang, bolehlah ke tingkat 5 hotel. Di sana korang tak perlu risau tentang keselamatan, kerana pihak hotel juga ada menyediakan lifeguard untuk menjaminkan keselamatan setiap pegunjungnya.



Nampaknya, menjadi satu permulaan yang baik kepada MY untuk ProjekTravel di tahun 2015 ni. Semoga, dipermudahkan dan dimurahkan rezeki hendakNYA. Jom baca sambungan pengembaraan kami di Miniland, Themepark dan Water Theme park Legoland. Ada banyak benda menarik yang MY nak kongsikan dengan korang mengenai LEGOLAND MALAYSIA ni.

Post a Comment

13 Comments

  1. nyesal lak aku tak p hari tu. huhu

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum... MY,

    wahhhh... best jejalan kat legoland... siap main lego.... terbaik. Last bawah keluarga ke sini rasanyer tahun lepas...lalala

    mselim3

    ReplyDelete
  3. Hehehe bestkannn...lama dulu seawal bukak sis duk jalan2 dalam tu je, cuma nak amik gambo bateri hp kong huhuhu...
    Lps ni nak pi lagi le, amik gambo main lego kat lobby hotel mcm kowang tu hahahahaaa

    ReplyDelete
  4. nampak menarik juga ni..hehe...budak budak memang suka sangat la pergi sana kan

    ReplyDelete
  5. Serius nak g lagi ke sini... huhuhu

    ReplyDelete
  6. Syoknyaaa...good job bro MY!

    ReplyDelete
  7. Yang penting katil dia besar...hahahhaha.. muat 3 orang teruna..

    Wey.. korang tidur bertiga ni wat apa ha?? Hikhikhik

    ReplyDelete
  8. Terasa kembali zaman kanak-kanak Rebina apabila berada di Legolang ini. :)

    ReplyDelete
  9. perghh katil diee..empukk..hahaha

    ReplyDelete
  10. Bestnya menikmati permainan legoland sambil bersantai...

    ReplyDelete
  11. teringinnnnnnnnnnnnnnnnn amat2 nak ke hotel ni. ajak la kitew gak.. ekekeke

    ReplyDelete