Percutian 2 Hari 1 Malam di Avillion Port Dickson | 20 Disember 2014 yang lepas, MY telah berpeluang bercuti di Port Dickson, Negeri Sembilan. Seperti biasa, percutian kali ditemani Penaberkala dan Fauzi Aryaan yang mana mereka juga sebahagian dari krew Projek Travel [klik]. Apa yang menarik sangat semasa percutian kami di port dickson ni adalah mengenai Resort yang kami stay iaitu Avillion Port Dickson .
*siapa sangka village people macam MY ni mampu stay kat resort mewah macam Avillion ni kan. Itulah rezeki namanya, kalau nak harapkan duit sendiri tak tahu bila akan sampai ke sini.
Premium Water Chalet | Di Avillion Port Dickson ni, kami berpeluang untuk menginap di Premium Water Chalet . Premium Water Chalet merupakan salah satu dari chalet mewah yang terletak jauh ke laut dan dilengkapi dengan balkoni peribadi yang menjanjikan pemandangan laut yang menakjubkan di Selat Melaka.
Korang boleh mandi dan menikmati kesegaran air pancuran di bawah langit terbuka atau memilih bathtab mengikut citarasa sendiri.Kalau rasa tak cukup dengan air pancuran dan bathtab tu, korang juga ada pilihan untuk mandi di kolam renang yang berada di luar chalet.
Untuk pengetahuan korang, Premium Water Chalet juga dilengkapi dengan signature 4-poster bed and a Pangkin daybed. *pergh romantik habis weh. Antara kemudahan lain yang disediakan di Premium Water Chalet ialah seperti berikut.
Food Hunting | Memandangkan makan malam kami tidak termasuk dalam pakage yang kami dapat. Kami telah bersepakat untuk dinner kat luar kawasan resort sambil menonton perlawanan akhir bolasepak Piala Suzuki Malaysia - Thai. Tempat yang kami pilih untuk dinner kali ni ialah di Ghodang Kopi Tiam, yang mana ia berada di area Teluk Kemang.
Apa yang menarik perhatian kami tentang makanan disini ialah Coconut Shake dia. *pergh menyelerakan, besar pulak tu.
Coconut Shake |
Selain dari itu, kami juga ada try Banana Cheese diorang. Memang korang kena cuba. Lain dari yang lain. Tengok pun dah tahu macamana rasa dia.
Banana Cheese |
Kami juga ada oder makanan panas seperti nasi goreng. Apa yang MY nak katakan, makanan dia semua sedap. *Highly recommended la kat sini. Kalau tanya MY, seriusly kalau MY datang lagi ke Port Dickson ni, MY akan singgah lagi kat Ghodang Kopi Tiam, Teluk Kemang ni.
Selesai makan, bola pun dah habis, kami terus balik ke resort untuk setelkan kerja yang mana tertangguh. *cuti pun keje tetap kena siapkan hehe. Bila dah siap semua, baru lah boleh tidur dengan lenanya.
-------------------------------------------------------------------
Apa yang MY nak kongsikan serba sedikit mengenai Avillion Port Dickson ni, walaupun resort ni cukup mewah di pandangan kita yang marhaen. Tetapi ia juga ada kekurangan dari segi kecekapan servicenya terutama di bahagian registration.
Pesanan MY, jika anda berpeluang ke sana, pastikan anda kaji betol-betol harga dan kemudahan yang korang akan dapat . Ia untuk mengelakkan kekeliruan bila tiba masa pembayaran.
Untuk pihak resort, MY ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menerina kehadiran kami krew #projektravel ke sana. MY berharap pihak Avillion Port Dickson boleh kaji balik sistem perkhidmatan pendaftaran khususnya untuk online booking. Sekian terima kasih.
5 Comments
Wah menariknya, seronoknya... ini pun planning nak bawa Ash ni MY...
ReplyDeletepergh tempat die..berapa kos ni
ReplyDeleteGood choice for the weekend! Will def check!
ReplyDeletedah pernah pergi sebelum ni...mmg best tapi klu ke PD saya prefer menginap di grand lexis sebab ada private pool :-)
ReplyDeleteThis website was... how do you say it? Relevant!!
ReplyDeleteFinally I have found something that helped me.
Thank you!