Pengalaman Pelayaran Bersama Superstar Libra | November Disember 2014 Part II | Untuk aktiviti seterusnya, jom kita tengok apa yang telah kami lalui untuk menghabiskan waktu untuk hati pertama di atas kapal ni.
30 November 2014
Baca artikel sebelum :
1.09pm : kami hanya diberi masa 5 minit untuk meyimpan barang di cabin masing-masing sebelum event pertama kami bersama Pak Nil iaitu Meet and Greet & Photo Session with PAK NIL + Afternoon Snacks .
![]() |
persiapan pantas sebelum ke event seterusnya |
Alhamdulillah, walaupun agak rushing, kami tetap berjaya mengikut jadual dengan jayanya. *Gambar di atas dan dibawah ni merupakan gambaran ringkas mengenai bilik/cabin yang kami akan stay untuk tidur.
![]() |
Bilik kami untuk 3 malam di sini |
Walaupun bilik ni agak kecil bagi kami, tetapi ia tetap selesa dan boleh muat sehingga 3 orang untuk tidur dalam satu masa.
1.15pm : Para peminat Pak Nil mula berkumpul di Stardust Lounge, yang mana ianya terletak di deck 5 untuk sesi Meet and Greet & Photo Session with PAK NIL + Afternoon Snacks .
![]() |
Meet and Greet & Photo Session with PAK NIL + Afternoon Snacks |
Sebelum bertemu Pak Nil, peminat-peminat beliau dibenarkan untuk makan terlebih dahulu. *almaklumlah semua sudah kelaparan. Jalan jauh katanya. hehe.
![]() |
peminat PakNil beratur untuk megambil makanan |
Makanan tengahari disediakan khas untuk peminat-peminat Pak Nil di Stardust Lounge ni, dimana tempat yang akan berlangsungnya event Meet and Greet & Photo Session with PAK NIL.
![]() |
sahabat media yang turut serta dalam pelayaran ini |
Selain dari MY, ini merupakan sahabat media yang turut serta bersama untuk pelayaran kali ini. *abaikan perut yang makin membesar tu. ekekkekeke.
![]() |
Jamuan buffet untuk makan tengahari |
Jamuan yang disediakan untuk lunch di sini merupakan berkonsepkan buffet. Apa yang penting ianya sangat banyak pilihan dan sedap. *untuk air korang jangan risau, diorang akan layan kita sorang-sorang untuk oder. ehheehe.
![]() |
Pak Nil in the house |
Okay, bila semua dah kekeyangan, Pak Nil telah muncul sambil menyayikan lagu "Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang". Dan kemeriahan di Stardust Lounge mula terasa dengan sorakan peminat-peminat Pak Nil.
Sambil beramah mesra bersama peminat-peminatnya, Pak Nil juga menerangkan itineri pelayaran bersamanya selama 4hari 3 malam bersamanya ke PHUKET dan KRABI.
Majlis tidak habis diditu sahaja, ini kerana Pak Nil telah membuat kejutan besar yang pertama untuk peminat-peminatnya dengan mencari pemenang Samsung Galaxy Note. *pergh menggelabah semua mencari klu untuk menang smartphone tu.
![]() |
Peserta yang hampir bertuah |
![]() |
Pemenang hadiah misteri |
Ini merupakan pemenang hadiah misteri dari Pak Nil. Ia merupakan semangat awat yang telah Pak Nil berikan untuk peminat-peminatnya yang turut serta dalam pelayaran kali ini. Bak kata Pak Nil, "ada banyak lagi kejutan selama 4 hari 3 malam pelayaran kita" . Dan yang pasti ianya memang tidak mengecewakan.
3.00pm : Tepat jam 3 petang kami mula beredar dari Stardust Lounge dan memulakan aktiviti "free and easy" . Pada waktu ini, ada yang terus ke cabin untuk berehat dan ada yang bersiar-siar sekitar cruises untuk megambil gambar.
Bagi yang inginkan makan malam formal bersama kapten kapal (Gala Evening) , pada masa ini kaunter Reservation telah dibuka .
4.45pm : Pada jam 4.45 petang, bertempat di Assambly station di Pool Side yang berada si Deck 9 telah diadakan "Safety Drill For All Guests" . Taklimat ini sangat penting untuk semua peserta pelayaran untuk mengetahui cara-cara untuk menyelamatkan diri jika berlaku kecemasan.
![]() |
"Safety Drill For All Guests" |
![]() |
belajar sesuatu yang baru mengenai keselamatan di atas kapal |
5.00pm : Selepas taklimat keselamatan. Program kami diteruskan dengan “Sail Away Party With PAK NIL” di tempat yang sama iaitu di Pool Side.
![]() |
Ucapan dari Pak Nil |
![]() |
Persembahan |
![]() |
Tarian oleh crew cruise bersama peserta |
![]() |
Bergambar bersama Pak Nil |
6.00pm : BBQ dinner party telah bermula pada jam 6 petang di tempat yang sama iaitu pool side. Dinner yang sangat meriah dengan pelbagai pilihan makanan termasuk seafood.
![]() |
BBQ dinner party |
Sambil kami menikmati makan malam yang cukup hebat ini, kami juga telah dihiburkan dengan LIVE SHOW BAND.
Untuk aktiviti kami pada sebelah malamnya, jom kita tengok itineri di bawah nie.
![]() |
Selesailah program sehari kami di atas Superstar Libra ni. Tak sabar untuk cerita perjalanan hari seterusnya yang sudah pasti sangat best. Nantikan sambungannya untuk Part III dan seterusnya.
1 Comments
Bestnya...Hopely dpt bercuti ngan family atas cruise nanti...
ReplyDelete