Pengalaman Pelayaran Bersama Superstar Libra | November Disember 2014 Part I

Pengalaman Pelayaran Bersama Superstar Libra  | November Disember 2014 Part 1 | Dengan izin Allah, MY dan kawan-kawan [ #projektravel ] telah berpeluang untuk meyertai #PelayaranPeminatBersamaPakNil ke Phuket dan Krabi, Thailand pada 30 November hingga 3 Disember 2014 yang lepas.

30 November 2014

Seawal jam 4.00 pagi MY telah bersiap, memandangkan KHAI dan ZULHILMI juga tidur di rumah MY, untuk memudahkan lagi plan perjalanan kami di awal pagi tu. Memandangkan Zulhilmi tidak dapat join kami berlayar, beliau tidur di rumah MY semata-mata nak hantar kami ke Times Square pada awal pagi tu. 

4.45am : Kami mula bertolak ke Times Square dari rumah MY di Kajang. Kalau diikutkan pada tentatif program. Kami perlu berkumpul disana untuk menaiki bas ke Penang pada seawal jam 6.00 pagi. Jadi untuk mengelakkan perkara tak diingini berlaku, kami telah megatur dan megambil keputusan untuk bergerak awal ke sana. *faham ajelah Kuala Lumpur kan

5.15am : Lebih kurang jam 5.15 pagi macam tu, kami telah megambil keputusan untuk singgah di Kedai Mamak untuk mengisi perut sebelum menaiki bas. *memandangkan Dikbee, Moka dan Potia parking kereta disana.

Breakfast
6.00am : Alhamdulillah, tepat jam 6.00 pagi kami telah berkumpul disana sepertimana yang telah dijanjikan. Di Time Square ni merupakan pick up point untuk semua peserta pelayaran yang tinggal di area Kuala Lumpur dan Selangor. Jika peserta dari negeri lain atau berdekatan dengan Penang, kebiasaannya mereka akan terus tunggu di Penang Port [ Swettenham Pier Cruise Terminal ] dimana tempat Pelabuhan Star Cruises Libra yang bakal kitaorang naik.

6.45am : Hampir jam 7.00 pagi, kami telah mula menaiki bas masing-masing untuk menuju ke Penang Port [ Swettenham Pier Cruise Terminal ] . Memandangkan ramai yang masih belum breakfast, dalam perjalanan kami sempat singgah di RnR Tapah sekejap untuk breakfast. Selepas setengah jam, kami meyambung kembali perjalanan menuju ke Port Penang. *oleh kerana terlalu excited, boleh kedegaran dengkuran disana sini di dalam bas. ekekekekek.

12.00pm : Alhamdulillah, tepat jam 12.00 tengahari, rombongan kami telah selamat sampai di Penang Port [ Swettenham Pier Cruise Terminal ] .

Penang Port [ Swettenham Pier Cruise Terminal ]

Alhamdulillah, cuaca di Pulau Pinang panas dan tidak hujan memudahkan lagi urusan kami disini.

12.15pm : Kami sudah mula memasuki area imegresen sebelum masuk ke dalam Cruise. Disini anda perlu bersiap sedia dengan Passport korang. Pastikan ia berada di tempat yang selamat dan mudah untuk dicapai oleh korang untuk kelancaran urusan di imegresen. Bertabahlah korang beratur kerana sudah semestinya korang kena pandai megatur masa untuk megambil peluang beratur megambil giliran. Sebelum itu juga , kami telah menerima ID kad yang bakal menggantikan IC kami sepanjang berurusan di atas kapal.

Menunggu turn untuk pelepasan imigresen
1.30pm : Pintu dibuka untuk laluan masuk ke Superstar Libra. Bermula dari sini, masing-masing semakin excited kerana ini adalah percutian dan kerja kami team #projektravel yang pertama bersama.

Sebelum menaiki kapal
Ia seolah-oleh memanggil kami supaya merakam setiap detik moments kami untuk dijadikan sebagai kenangan. *terima kasih Zul, untuk kamera yang awesome nie.

Sebelum menjejakkan kaki ke dalam Kapal
Tepat jam 1.00pm, kami terlah berada di dalam Kapal Mewah Superstar Libra yang bakal membawa kami berlayar ke Phuket dan Krabi. Di sinilah bagasi kami akan di scan dan bermulalah IC kita tak akan berfungsi lagi dan ID kad yang telah kita terima tadi menjadi penggantinya sepanjang masa percutian. 

*Apa yang MY nak nasihatkan. Oleh kerana kad itu akan digunakan untuk setiap urusan termasuk pembelian di atas kapal. Kad itu mesti disimpan seperti nyawa kita sendiri untuk mengelakkan, orang lain menggunakan kad kita untuk urusan peribadi seperti membeli sesuatu. Di akhirnya sudah pasti kita yang perlu membayarnya.

1.09pm : Selesai urusan, kami terus ke bilik, bersiap untuk event pertama kami bersama Pak Nil. *Untuk pengetahuan korang, ID kad tu juga merupakan kunci kepada bilik kami


Cabin yang boleh muat sehingga 3 orang dalam satu masa
Sebelum MY terlupa, Pelayaran bersama Pak Nil ini adalah anjuran Malaysian Harmony Tours and Travels

Selesai MY cerita Part I untuk kisah Pengalaman Pelayaran Bersama Superstar Libra ni. Nantikan sambungannya untuk Part II dan seterusnya. 

Post a Comment

3 Comments

  1. Asalam blog anda tersenarai dalam list blog Suka Sama Suka Follower Blogwalking Etuza Siri#1 klik ya mus

    ReplyDelete
  2. bestnyaaa. Bilalah dapat rasa bermalam di atas kapal.

    ReplyDelete
  3. Wah.... bestnya. Kalau ramai-ramai pun best jugak.

    ReplyDelete