#AirAsiaLine | Kerjasama AirAsia Bersama Line | Pada entri kali ini, MY ingin kongsikan kepada pembaca mengenai kerjasama LINE dengan syarikat penerbangan tambang murah utama dunia iaitu AirAsia.
Untuk pengetahuan pembaca, pada 21 November yang lalu MY telah berkesempatan untuk menghadiri majlis pelancaran kerjasama antara LINE Plus Corporation bersama AirAsia yang telah berlangsung di Hilton Hotel Kuala Lumpur *iaitu bersebelahan KL Sentral. Pada pelnacaran kali ini, pihak media dan blogger dari Malaysia, Thailand dan Singapura telah dijemput dan berpeluang melihat replika pesawat ekslusif ini.
Hadir sama dalam majlis ini ialah Spenser Lee, selau Ketua Bahagian Komersial AirAsia Berhad dan EJ Lee, Naib Presiden Kanan LINE Plus Corporation. Untuk pengetahuan semua, AirAsia telah bekerjasama dengan LINE pada bulan Ogos yang lepas dan telah berjaya mendapat 13.4 juta pengikut dalam waktu yang singkat itu.
Harga Tiket Air Asia Serendah RM39
Semperna dengan pengenalan akaun Line AirAsia ini, para pengguna dan rakan Line AirAsia ditawarkan dengan harga promosi bagi tiket perjalanan ke Nanning, Johor Bharu, lombok , Siem Reap dan banyak lagi pada harga serendah RM39.
Apapon terima kasih kepada AirAsia kerana sudi menjemput MY untuk memeriahkan majlis tersebut. Jadikan Air Asia pilihan pertama anda :)
2 Comments
murahnya starting harga tiket T_T
ReplyDeletehanisamanina.com
Cantik flight..belum ada rezeki nak naik flight.nak kata tiket mahal,mcm menipu pulak kan. Cuma mgkin belum rezeki lg
ReplyDeleteCENDOL SEDAP