Pendaftaran Perniagaan di SSM



Pendaftaran Perniagaan | Daftar Syarikat di SSM Putrajaya | Perniagaan dianggap sebagai punca rezeki yang paling banyak. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud: 

“9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” 
(Hadis riwayat Tirmizi)

Dalam Islam perniagaan dianggap sebagai satu aktiviti yang sangat mulia. Ia merupakan ibadah dan juga sunnah Rasul SAW. Bagi mereka yang melaksanakan aktiviti peniaga dengan amanah, mereka turut dijanjikan balasan syurga bersama para nabi, orang soleh dan syuhada’. Namun demikian, sekiranya ia dilakukan luar dari batasan syariat Islam maka ianya tidak lagi dianggap ibadat tetapi tetapi aktiviti yang boleh mendatangkan padah kebinasaan baik di dunia dan akhirat.


Sudah menjadi terlalu banyak isu tentang kepercayaan dalam dunia perniagaan ini. Tidak hanya untuk si penjual, kadang pula ada kesnya pada si pembeli, Biasanya ia terjadi dengan Perniagaan Online.

Ada akta dan undang-undang yang boleh melindungi diri kita dari tertipu dengan perkara yang tak sepatutnya. Jadi gunakan kelebihan ini untuk diri kita apabila membeli belah terutama di alam maya. Mengikut Akta Perniagaan 1956 - semua jenis perniagaan perlu didaftarkan tidak kira ia dijalankan secara sambilan atau sepenuh masa. Kepada blogger yang punyai perniagaan sendiri di alam maya, tidak kira korang hanya menjual sekecil-kecil barang atau apa sahaja yang melibatkan transaksi wang jual-beli, anda perlu daftarkan perniagaan anda.

Sebagai contoh MY sendiri, dengan meniaga secara sambilan Lotion Intense Energie BC100, MY telah mendaftarkan perniagaan ini melalui  Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pendaftaran Perniagaan dengan SSM cukup mudah. Korang boleh memilih cara online atau terus ke SSM terdekat. 

MY telah mendaftarkan perniagaan MY diatas nama Mawardi Yunus Enterprise . Dengan RM 70 setahun, MY telah mendaftarkan perniagaan ini di SSM Putrajaya

Daftar perniagaan adalah perkara yang harus untuk melindungi perniagaan korang dari disabotaj, selain dari itu juga, ia menjadi jaminan untuk melindungi pelanggan-pelanggan anda. Ini adalah salah satu cara untuk memberi keyakinan dengan perniaagaan yang kita jalankan. Kepada mereka yang suka membeli secara online, berhati-hati dan carilah perniagaan yang sah berdaftar untuk menjaga hak korang sebagai pembeli.

Sebagai pengguna, korang boleh akses info dan maklumat perniagaan atau syarikat berdaftar menerusi SSM, ia satu perkhidmatan percuma bagi membolehkan para pengguna mengetahui apakah jenis perniagaan, lokasi, siapa pemilik dan sebagainya. Setidaknya korang boleh bandingkan dengan maklumat yang ada di blog niaga yang berkenaan. Dan ia sebagai keperluan bagi korang jika ingin dakwa atau melakukan laporan penipuan kelak.

Jika korang meniaga tanpa berdaftar, tanggunglah akibat kerana korang boleh didakwa melakukan perniagaan haram di sisi undang-undang dan akta perniagaan 1956. Jadi, apa tunggu lagi, luangkan sedikit masa dan wang ringgit untuk pelaburan korang yang sah.

Post a Comment

3 Comments

  1. dah lama daftar dulu rm70 skrg xtau

    ReplyDelete
  2. Tanniah sudah syarikat sendiri untuk menjalankan perniagaan. :)

    ReplyDelete
  3. Tahniah sebab dah mendaftarkan perniagaan dengan SSM. Saya belum buat lagi nih

    ReplyDelete