"OCEANS 11" Pesta Makanan Laut di Tengah Bandaraya | Seafood Dinner Buffet Grand Millennium KL


Pesta Makanan Laut di Tengah Bandaraya | Seafood Dinner Buffet Grand Millennium KL | Wallaweh !!! pengalaman yang cukup hebat bila dikelilingi dengan makanan laut yang cukup segar dan paling penting ianya bersaiz gergasi *hahahaha. sangat teruja. Kalau sebelum ni hanya mampu rasa makanan laut yang bersaiz biasa dan sederhana. Kali ni, suasana cukup berbeza, pelbagai jenis makanan laut dari pelbagai negara terhidang di depan mata *rasa nak pitam kejap tengok.

Secara tepatnya, dengan bertemakan "Oceans 11", Seafood Buffet Dinner ini mempunyai 11 jenis makanan laut yang segar. *tersedia untuk dimakan  Hidangan yang cukup besar seolah-olah makanan laut yang segar terdampar di lautan yang luas. Bayangkan semua menu makanan laut yang cukup menggoda selera anda dengan oysters, rare treasured Alaska king crabs, slipper lobsters, yabbies, flower crabs, tiger prawns, scallops, mussels dan clams yang semuanya semua diisi penuh sesak dalam mangkuk perak yang cukup "exclusive". Anda kini boleh merasainya sendiri di The Mill Café. *pergh.. mohon sediakan tisu sebelum lihat gambar-gambar kat bawah nie.

Semua makanan laut  sudah tersedia untuk dimakan kerana ianya sudah masak. Sangat suka dengan perapan dan rasa "mussels" yang berwarna hitam di sebelah kanan tu. Rasa yang cukup sedap dan berempah. Tapi mengikut kata chef, ianya hanya resepi biasa tanpa ada bahan yang rahsia. *tapi apa yang diceritakan tidak seperti apa yang kami rasa. Rasanya sangat mengujakan.
Ketam dengan beberapa menu berbeza, boleh dipilih mengikut citarasa diri sendiri. *tersedia untuk makan.

Post a Comment

8 Comments

  1. Oh man oh man, aku memang lemah bila tengok gambar seafood ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha, tu baru tgok. tak makan lagi. huhu

      Delete
  2. sedapnya... nice pictures, teringat pulak makanan yang sedap2 semua... lain kali insyaallah kita terjah lagi k... hehehe...

    ReplyDelete
  3. sedap nampak, saye bukan penggemar tegar seafood, tp bile tgk gambo2 ni mmg rase teliuq plak...

    ReplyDelete