Makanan Rusia Yang Halal | Menu Popular Rusia


Makanan Rusia Yang Halal | Menu Popular Rusia | Kita di Malaysia sudah terbiasa dengan pelbagai jenis juadah yang hebat- hebat oleh kerana kepelbagaian etnik yang ada. Kadang kata oleh kerana keserasian dari etnik-etnik ini juga, makanan tradisional dari pelbagai atnik ni juga diolah menjadi citarasa kita di Malaysia. 

Bagi MY, walaupun ianya sudah terjadi sehingga ke tahap itu. MY tetap ingin cuba mencari kelainan untuk merasai hidangan-hidangan khususnya dari citarasa antarabangsa. Maksud MY di sini, menu dan citarasa dari negara lain khususnya negara yang tidak mempunyai iklim yang sama dengan negara kita.

Duta Besar Rusia di Malaysia, Lyudmila G. Vorobyeva

Jadi MY telah berpeluang untuk rasa sendiri bagaimana hidangan hebat air tangan orang Rusia dengan menu-menu popular diorang semasa Lunch Bersama Media di Russian Centre for Science and Culture baru-baru ini. *Hidangan ini disediakan halal khas untuk kami. 

Menu Makanan Rusia Yang Halal


Menu Makanan Rusia Yang Halal
Banyak hidangan Rusia yang populor di seluruh dunia. Makanan-makanan tersebut yang MY sempat rasa antaranya ialah  Blini s Semgoi (pancake tipis yang disajikan dengan salmon asap atau isian lain dan krim asam)

Blini s Semgoi | Pancakes with Salmon
Hidangan popular seterusnya ialah piroshki (adonan tepung yang dipanggang atau digoreng dan diisi dengan daging dan kubis).

Pirozhki s Kuritsei | Puffs with Chicken

Makanan seterusnya ni sangat unik, hidangan terung gulung yang didalamnya berintikan sayuran seperti cendawan. *ha MY ni memang suka makan terung sejak dari kecik. Dan ia di panggil Rulet iz Baklazhanov s Gribami yang mana dalam bahasa inggerisnnya adalah Eggplant Rools with Mushrooms.

Rulet iz Baklazhanov s Gribami | Eggplant Rools with Mushrooms

Ada satu lagi hidangan berasaskan mushroom ni yang MY sempat rasa di Kedutaan Rusia nie. Dan ia di panggil Marinovannye Gribiy yang mana dalam bahasa inggerisnnya adalah Marinated Mushrooms.

Marinovannye Gribiy | Marinated Mushrooms

Dan seterusnya adalah Chicken Rolls with Mushrooms. Dan dalam bahasa Rusianya ialah Kyrinyi Rulet s Gribami. Dari rupa yang sangat menyelerakan memang tidak mengecewakan bila dirasa.

Kyrinyi Rulet s Gribami | Chicken Rolls with Mushrooms
Menu seterusnya ni juga berasaskan Mushroon. Dan ianya dipanggil  Koorinie Kotleti s Gribami manakala dalam inggerisnya ialah Chicken Rissoles Stuffed with Mushrooms.
Sekarang kita tengok hidangan yang berasaskan sayuran pulak. Dan hidangan seterusnya ni adalah sejenis salad. Dan ia dikenali sebagai Salat Olivie (Olivier Salad).

Salat Olivie | Olivier Salad
Ikhlas MY nak bagitau, pada awalnya perasaan takut tu ada jugak bila nak cuba menu dari Rusia ni. Manalah tahu takut tak kena dengan selera ni. Tapi hakikatnya, tak ingat berapa kali MY tambah bila makan makanan yang dihidangkan. *pergh memang boleh bagi "double thumb up" la.

Masa untuk menjamu selera
Russian Centre for Science and Culture
Walaupun sesetengah dari hidangannya hanya nampak biasa, tetapi hakikatnya licin kami kerjakan. Apapon terima kasih kepada Cik Paris Ashiqin, pihak Kedutaan Rusia  dan Destination Malaysia kerana sudi menjemput dan membuka peluang kami untuk merasai sendiri hidangan hebat-hebat ni.


p/s: Halal disini adalah tertakhluk kepada cara masakan tersebut.

Post a Comment

8 Comments

  1. nampak sedap semua makanan wei....

    ReplyDelete
  2. Pertama kali dapat melihat makanan tempatan rakyat Russia.

    ReplyDelete
  3. Nak repeat boleh tak..... sedapppp...

    ReplyDelete
  4. ermmmm nampak menyelerakan,terung tu cik sue suka macam sedap je...

    ReplyDelete
  5. sedapnye menu menu .bikin jeles

    ReplyDelete
  6. Alamak... story ke sini ari tu tak buat lg... x sempat... uhuhuhu...

    ReplyDelete
  7. semuanya mknn sihat jek! heee ~

    ReplyDelete