Jus Mangga Pran |
Kita hanya mampu duduk diam-diam je kat meja makan. Mampu memerhati dari jauh wajah-wajah gembira pemenang-pemenang kontes tu. *waaaaa kalah diperingkat saringan. eh huhu.
JENAMA PRAN SETANDING JENAMA TERKENAL
Untuk pengetahuan korang, Jenama PRAN ini adalah berasal dari BANGLADESH dan telah mendapat pengesahan HALAL dari JAKIM. *tak perlu was-was lagi. Dan telah banyak dieksport ke negara tertentu kerana permintaan yang sangat tinggi di peringkat global. Kalau korang perasan, Jenama PRAN ni khususnya JUS MANGGA PRAN telah bersaing dan sudah setanding jenama-jenama hebat yang ada di Malaysia ni. Memang mudah untuk MY katakan, kenapa mereka mudah menambat hati rakyat Malaysia? Ya sudah semestinya kerana kualiti dan kelazatan rasa Jus aslinya.
Pelbagai Jenis Jus Keluaran Pran |
Selain dari JUS MANGGA PRAN yang sedang viral. Pelbagai jenis jus lain juga dikeluarkan oleh Jenama PRAN ini khusus untuk peminat-peminat rasa jus asli mereka. Bagi MY selain dari JUS MANGGA PRAN yang sangat hebat, JUS EPAL PRAN juga akan menjadi kegilaan MY bila ke kedai runcit. *kenapa? Sudah semestinya kerana rasanya yang sangat asli dan pekat.
PRAN Junior Juice |
Selain dari pelbagai saiz botol, mereka juga ada mengeluarkan jus kegemaran ini dalam bentuk pakaging kotak. Dan apa yang istimewanya, pack PRAN JUNIOR juga ada dipasarkan sesuai untuk anak-anak kecil. *alahai comelnya.
Biskut |
*jangan terkejut. Selain dari Jus yang sedap. Mereka juga ada mengeluarkan pelbagai jenis makanan lain seperti gula-gula, biskut dan lain-lain.
Serbuk masakan |
Apa yang membuatkan MY teruja. Serbuk masakan untuk memasak pun mereka ada keluarkan. *wallaweh memang terbaiklah. Ini semua untuk pengguna yang setia dengan jenama PRAN.
Artikel berkaitan : JUS MANGGA PRAN | TASTE OF TROPICAL MANGO [klik]
Untuk mereka tertanya-tanya dimana boleh mendapatkan produk PRAN ini. Korang boleh lah dapatkan produk-produk ini di kedai-kedai runcit dan pasaraya ternama seperti, Tesco, Aeon Big, Sogo, Preto, SegiFresh dan Jaya Grocer.
PEMENANG HADIAH MINUM DAN MENANG JUS MANGGA PRAN
Majlis penyampaian hadiah telah bermula sekitar lepas makan tengahari, semua pemenang mingguan yang terpilih memenangi hadiah berupa wang tunai RM100 tunai dan di samping hadiah-hadiah utama.
Pemenang Mingguan_ Foto Potia |
*eh kita pun ada la. Gimik je lebih tu, sebenarnya MY hanya wakil blogger DkNa untuk pemenang hadiah mingguan. Ramai jugak dikalangan Geng Kelab Blogger Ben Ashaari menang untuk hadiah mingguan. Mr. Ujang pun menang dapat seratus. Dahla dapat seratus, dapat lagi cabutan bertuah hamper besar. *ini tidak adil. ahahhahaha. Gurau je.
Pemenang ketiga_ Foto Potia |
3 hadiah tempat ketiga berupa hamper, hadiah tempat kedua berupa smart Phone (Lenovo) dan Oppo dan hadiah utamanya berupa TV Sony 42'inchi. Semua hadiah di sampaikan oleh pengarah eksekutif bahagian pemasaran PRAN.
Info lanjut mengenai peraduan minium dan menang jus mangga PRAN serta lain-lain info mengenai pruduk keluaran PRAN boleh rujuk di instagram "Jusmanggapran" atau terus boleh berhubung di talian : 016-553 0491.
7 Comments
typo detected JUS MANNGA PRAN...
ReplyDeleteWah terbaik la jus mangga pran nie...boleh la cuba nnt..
ReplyDeleteRasanya pernah nampak dalam 7e tapi tak tahu lah kalu salah brand
ReplyDeletei love pran juice. semasa kat India, inilah juice paling i suke
ReplyDeleteble la eden dapat merasa keriangan minum ngan ampa. :D
ReplyDeletekenapa ayat ko dah macam iklan tv plak nie. eh
DeleteMana gambar aku menang ni.. takde punnn.... huhu
ReplyDelete