MAGIC FEST @ PUTRAJAYA | Pertama kali dalam hidup MY berpeluang meyaksikan persembahan Silap mata betol-betol di depan mata ni di MAGIC FEST @PUTRAJAYA. *Putrajaya di mana ya? Di mana lagi kalau bukan tempat paling gah Putrajaya International Convention Center atau lebih senang dikenali sebagai PICC. Dikatakan ramai ahli silap mata yang datang dari pelbagai negara berkapung di MAGIC FEST PUTRAJAYA ni.
Antara ahli silap mata yang hadir adalah pemenang Magic Fest tahun lalu Kenji Minemura (Jepun), Avery & Silva (Malaysia), Henning Nielson (Denmark), Viktor Voitko (Ukraine), Mike Chow (Taiwan) dab Ma Yan Yan (China).
Apa yang membuatkan MY lebih teruja bila dapat merasai sendiri pengalaman bila bersemuka dengan ahli-ahli silap mata dan dapat merasai sendiri bagaimana membantu mereka melakukan silap mata.
PERTANDINGAN SILAP MATA MEMERIAHKAN LAGI MAGIC FEST PUTRAJAYA
Untuk pengetahuan korang sepanjang MAGIC FEST PUTRAJAYA berlangsung, banyak pertandingan silap mata dari pelbagai peringkat telah diadakan seperti, 'Malaysia Open' 'Junior Open' dan "International All Star'.
Bagi pertandingan korang kena beli tiket masuk berharga RM8 dewasa dan RM2 kanak-kanak, pertandingan lebih kurang 2 jam di dalam dewan.
MAGIC WORKSHOP by Henning Nielsen
Tak berkesempatan untuk meyaksikan persembahan di atas pentas, tapi MY berpeluang untuk join MAGIC WORKSHOP oleh Henning Nielsen [klik] yang merupakan salah seorang Magician yang terlibat untuk menghiburkan kiata di MAGIC FEST PUTRAJAYA ni. Seorang yang sangat peramah dan lawak.
JADUAL SEPANJANG MAGIC FEST PUTRAJAYA
_________________________________
Hampir terlupa nak bagitau korang, MAGIC FEST PUTRAJAYA akan berlangsung dari 12-15 September 2-14 *sempena cuti sekolah nie. Aktiviti sangat padat dan memang sangat meriah. Apapon jom kita tengok jadual yang pihak penganjur telah sediakan.
Untuk malam International Gala Night Show ,tiket masuk RM50 dewasa dan RM25 kanak-kanak,yang malam gala ni adalah persembahan dari ahli silap mata terbaik seluruh dunia. Semua peserta pertandingan dan beberapa orang Ahli Silap Mata Jemputan akan terlibat untuk memberi persembahan yang sangat hebat.
Tiket tiket boleh dibeli melalui pembelian tunai atau kredit kad dari tiket kaunter ' Business Centre @PICC ‘ yg dibuka setiap hari. Dari jam 9 pagi hingga 8 malam.
Tiket tiket boleh dibeli melalui pembelian tunai atau kredit kad dari tiket kaunter ' Business Centre @PICC ‘ yg dibuka setiap hari. Dari jam 9 pagi hingga 8 malam.
PERTUNJUKAN SILAP MATA PERCUMA
Bagi yang tak berpeluang untuk membeli tiket untuk menonton pertandingan di atas stage. Korang masih berpeluang untuk meyaksikan pertunjukan silap mata secara percuma oleh ahli-ahli silap mata amatur di booth-booth yang di sediakan di sebelah luar dewan.
Minta je diorang tunjukkan skill yang diorang ada, memang diorang akan tunjukkan. Kalau tak percaya korang kena datang sendiri lah hehe. Apa yang penting semua yang datang sini nampak gembira dan puas hati.
Macamana? Meriah giler kan program kat PICC nie. Sepanjang MY berada di MAGIC FEST PUTRAJAYA ni, boleh lihat sendiri, kanak-kanak yang datang memang terhibur. Bukan cukup sekadar ahli silap mata je. Ada pula badut-badut bagi belon percuma lagi.
_________________________________
MAGIC FEST @PUTRAJAYA
Putrajaya International Convention Centre Sdn. Bhd.
Precinct 5, 62000 Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Malaysia
2° 53′ 42″ N, 101° 40′ 36″ E
2.895, 101.676667
Email : [email protected]
Tel : +603 8887 6000
7 Comments
Wow seronoknya tengok magic live
ReplyDeletesangat happening kannn adi??? *_^...
ReplyDeleteSlm.... salam singgah.
ReplyDeleteHi kawan baruuuuuuuuu kita pun singggah jugak ni
ReplyDeleteWah syoknyer ;)
ReplyDeleteSy dah pergi hari ahad. Boleh baca entry sy
ReplyDeletehttp://mrsjaysblog.blogspot.com/2014/09/magic-fest-putrajaya.html?m=1
saya tak dapat pergi sebab ade urusan lain..sedihnyaaa
ReplyDelete