My AirAsia Free Seats ! | Jika saya mempunyai 10 Tempat Duduk Percuma AirAsia, saya akan ke Bali, Indonesia dan saya akan bawa bersama 9 orang sahabat rapat saya, yang juga merupakan blogger yang masing-masing mempunyai kelebihan dan kepakaran tersendiri di dalam segi penulisan dan juga jaringan.
Kenapa saya memilih mereka? Jika kami terpilih, ianya cukup hebat untuk mempromosikan AirAsia lebih dari hanya diri saya seorang. Ini kerana, mereka juga akan turut bersama membawa nama AirAsia dalam setiap update media social sepanjang percutian ini, apatah lagi di dalam entry pengalaman terbang bersama AirAsia ke Bali, Indonesia.
Ianya benar-benar dikatakan secara kebetulan bila kami juga sedang merancang untuk ke suatu destinasi dalam masa terdekat ini untuk #ProjekTravel kami yang pertama iaitu #BloggerTravel2014 yang mana , kami akan memilih destinasi luar negara. Dan dengan peluang yang dibuka oleh pihak AirAsia ini, saya dan rakan-rakan telah bersepakat untuk ke Bali, Indonesia. Bak kata pepatah melayu " umpama orang mengantuk disorongkan bantal ".
Selain dari itu, saya juga mempunyai satu blog travel baru yang mana hanya mengkhususkan pada TRAVEL iaitu www.projektravel.com [klik] . Blog ini merupakan blog perkongsian cerita-cerita dan pengalaman travel beberapa orang penulis termasuk saya sebagai admin blog tersebut.
Saya memilih untuk menggunakan khidmat AirAsia lagi kerana saya pernah mengalami pengalaman yang sangat awesome terbang bersama AirAsia ke Negeri Sabah [klik] suatu ketika dahulu. Dan ianya masih menjadi kenangan terindah di dalam lipatan sejarah kehidupan saya. Oleh yang demikian, ia memberi harapan untuk saya terbang bersama Air Asia lagi.
Kenapa Destinasi Bali, Indonesia Dipilih? Destinasi Bali, Indonesia dipilih adalah kerana, pertamanya ia merupakan salah satu tempat yang mana telah tersenarai di dalam wish lish travel saya pada 2014 ini. Mengukuhkan lagi alasan itu, semua antara kami masih belum menjejakkan kaki ke sana. Dan ia juga salah satu tempat yang menjadi tarikan hebat untuk bercuti. Lebih menguatkan lagi alasan untuk ke sana, apabila pengalaman hebat orang terdekat telah dikongsi bersama saya.
Apapun saya menyerahkan keputusannya kepada pihak yang AirAsia untuk meneliti dan menilai, cuma saya akan menanti dengan penuh harapan agar pihak AirAsia menimbangkan peluang terbaik ini untuk kami terbang bersama Air Asia dan kuatkan lagi ikatan bersama team AirAsia.
Tapi bagi yang menginginkan sesuatu yang lebih menarik, korang boleh rujuk poster di atas untuk lebih banyak destinasi hebat hanya *FREE SEATS. Jom ambil peluang keemasan ini dengan merancang percutian hebat anda bersama AirAsia pada tempoh perjalanan dari 1 MAC - 24 OKTOBER 2014. Tempah sekarang sebelum 31 Ogos ini berakhir !!
25 Comments
All the best wadie.....semoga wist list tercapai....amin
ReplyDeleteTerima kasih Remy sbb x putus2 support wadi
DeletePergh! Good luck!
ReplyDeleteTq bro. minta tunjuk ajar huhu
DeleteTunjuk ajar apa pulak ni? *garu kepala* Haha!
DeleteGood luck bro. Semoga berjaya. InsyaAllah..amin :)
ReplyDeleteInsyaallah amin, tq bro
Deletegood luck abam madi
ReplyDeleteirrayyan.com
Tq Irrayan, :)
DeleteI've been there twice, nak pergi 5 kali lagi !!
ReplyDeleteInsyaallah kak :)
DeleteGood Luck!
ReplyDeletetq ty :) gud luck jugak
Deletegood luck!
ReplyDeletei wanna join aabc as well
MY-Emily
Tq Emily tang, nnti jangan lupa isi form ya :)
Deletegood luck madi..
ReplyDeleteTq ain, :)
Deletesemoga berjaya!
ReplyDeleteTq ya Mai Has
DeleteAll the best
ReplyDeleteSemoga impian tercapai
Insyaallah Ameen. Tq
Deletegood luck madi...
ReplyDeleteTq dikbee.
DeleteGood luck madi.. :)
ReplyDeleteBoleh berjaya dpt tiket ni. Good luck.
ReplyDelete