Promosi Pizza Hut's Citarasa Ramadan | Aneka Selera Eksotik Ramadan

Pizza Hut's Citarasa Ramadan | Aneka Selera Eksotik Ramadan | Menampilkan piza Asiana, Sajian Asiana dan minuman Zesty Selasih yang lazat lagi menyegarkan. Resipi berinspirasikan bulan Ramadan ini direka khas untuk seisi keluarga dan rakan taulan berkongsi pengalaman manis bersama ketika menikmati aneka juadah dari Pizza Hut. Aneka Selera Eksotik Ramadan”
Maria Tunku Sabri (TV host), Nur Fathia Latiff (actress), Sharon Khor, Deputy General Manager, Pizza Hut Malaysia, and Wak Doyok (fashion icon) poses with food items in the Citarasa Ramadan promo
Piza Asiana menampilkan ayam tandoori lazat yang empuk, sos tandoori, bawang, kapsikum, tomato dan perahan limau nipis, di atas piza pan crust kegemaran ramai. Sajian Asiana pula mengandungi sate bebola ayam, jejari ayam berempah, tacos ayam, kek ikan Thai, dan salad segar. Menyerikan lagi hidangan ini ialah minuman Zesty Selasih, campuran Mirinda Strawberi, selasih dan perahan limau nipis yang menyegarkan.

“Ciptaan terbaru ini memberi peluang untuk semua rakyat Malaysia menikmati limpahan rasa untuk juadah berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat handai," kata Low Kang Moon, Pengurus Besar Kanan, Pizza Hut Malaysia.Piza Asiana dijual ala’carte dengan harga berpatutan, iaitu RM26.80 (saiz sederhana) dan RM36.80 (saiz besar), manakala Sajian Asiana dijual pada harga RM21.90 sepinggan. Minuman Zesty Selasih pula berharga RM3.20 untuk setiap gelas. Set Citarasa Ramadan 1 menawarkan satu piza Asiana (saiz sederhana), satu Sajian Asiana, dua gelas minuman Zesty Selasih kesemuanya untuk harga RM39.90 (jimat RM15.20). Citarasa Ramadan 2 menampilkan satu piza Asiana (saiz besar), satu Sajian Asiana; roti bawang putih dan satu jag minuman Zesty Selasih kesemuanya untuk harga yang berpatutan iaitu RM59.90 (jimat RM14.60). Harga tawaran ini sah untuk semua cawangan Pizza Hut di seluruh Semenanjung Malaysia kecuali di Pizza Hut KLCC. 
“Di Pizza Hut, pasukan R&D kami sentiasa mencari keunikan rasa untuk pelanggan kami. Untuk itu, dengan rasa berbesar hati sekali lagi kami gembira dapat memberikan sesuatu kelainan kepada pelanggan kami di bulan Ramadan dan Syawal ini,” tambah beliau. 
*kesabaran semestinya ada ganjarannya! Sempena bulan yang mulia ini, Pizza Hut menawarkan diskaun khas sebanyak 40% untuk hidangan ala’carte dan set makan promosi Citarasa Ramadan selepas pukul 9 malam. Ini memberikan keistimewaan bagi mereka yang ingin menikmati juadah berbuka yang lebih berat setelah menunaikan solat Tarawih. 

Pada masa yang sama, sempena dengan kempen World Hunger Relief 2014, dan kepada yang prihatin, setiap set Citarasa Ramadan yang dibeli mampu membantu kanak-kanak yang kelaparan. Bagi setiap pembelian set ini, sebanyak 50 sen akan disumbangkan kepada Program Makanan Dunia United Nations (World Food Program). Bagi pelanggan yang tidak ingin mengambil bahagian, mereka boleh memaklumkan kepada krew restoran. 

Promosi Pizza Hut Citarasa Ramadan kini boleh didapati di semua restoran Pizza Hut di negara ini untuk makan di restoran, khidmat penghantaran, dan bawa pulang mulai 19 Jun 2014 hingga 7 Ogos 2014.

Post a Comment

8 Comments

  1. k,wajib try...peminat setia pizza ni....tapi lagi sedap kalau kau yg belanja,hahahahaha

    ReplyDelete
  2. ngeeee... tiba-tiba rasa lapar. huhu ^_^

    ReplyDelete
  3. Perghhh sedapnyaaaaaaa. Kena try ni. Nasib baik kat Tg.Malim ni ada pizza hut.. hehehehe

    ReplyDelete
  4. Menarik, berbulu mata tengok! Hehehe...

    ReplyDelete