Tips Melancong Dan Bercuti Keluar Negara | Perkara Penting Sebelum Dan Ketika Melancong | Semua orang sangat teruja bila nak bercuti. Tambah pula, destinasi yang nak dituju tu ke luar negara. Tapi adakah diorang mengambil berat tentang, hal-hal yang patut mereka tekankan supaya urusan mereka berjalan dengan lancar dan selamat? Jadi, kat sini saya sendiri nak kongsikan beberapa tips / hal penting sebelum dan ketika kita melancong ke luar negara. *untuk peringatan diri sendiri jugak.
PASSPORT | Pastikan sebelum anda bercuti anda mempunyai PASSPORT yang masih sah tempoh. Jika PASSPORT anda tempoh sahnya kurang daripada 6 bulan. Anda di wajibkan untuk memperbaharui PASSPORT anda di Jabatan Imigresen yang berdekatan dengan anda. Sila rujuk Pasport Malaysia Antarabangsa [klik]
SENARAI HITAM | Sebagai peringatan anda juga digalakkan untuk menyemak nama anda bersih daripada senarai hitam untuk keluar negara. Sila rujuk Semakan Status Kawalan Imigresen [klik] .
TUKAR MATAWANG | Pastikan wang tunai mencukupi dan tukar mata wang mengikut matawang negara yang akan anda lawati. Jika anda memiliki Kad Kredit/Debit daripada Bank Tempatan. Sila maklumkan kepada pihak bank anda mengaktifkan kad kredit/Debit anda untuk kegunaan diluar negara Maklumkan Tarikh dan tempoh serta tempat yang anda akan lawati. Tujuan nya bagi mengelakkan transaksi diluar jangka dan kad kredit/Debit akan disekat jika tidak dimaklumkan kepada pihak bank terlebih dahulu. *sila ambil berat tentang hal ni kalau korang tak nak mengemis di negara orang huhu.
KAD ATM | Kad ATM boleh juga digunakan untuk mengeluarkan wang tunai ketika berada diluar negara. Tetapi sila semak dahulu dengan pihak bank anda samada Kad ATM anda boleh atau tidak untuk mengeluarkan wang tunai ketika berada diluar negara.
TIKET PESAWAT | Pastikan tiket pesawat (jika korang menaiki kapal terbang) anda sudah ditempah terlebih dahulu. Periksa tarikh dan masa untuk mengelakkan korang tidak tersalah beli tiket. Bagi mereka yang inginkan tambang penerbangan yang murah, beli tiket pesawat ketika promosi. Ini boleh menjimatkan perbelanjaan korang.
Datang awal ke Airport untuk mengelakkan korang mengalami masalah terlepas flight. *biar awal asalkan kita tidak lambat dan ditinggal.
Datang awal ke Airport untuk mengelakkan korang mengalami masalah terlepas flight. *biar awal asalkan kita tidak lambat dan ditinggal.
PENGINAPAN / HOTEL | Tempah hotel penginapan anda. Sekarang banyak kemudahan di laman sesawang untuk tempahan hotel penginapan. Korang hendaklah membaca fahamkan terma dan syarat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tempahan hotel. Paling penting tarikh dan tempat yang hendak di tuju. Ini untuk mengelakkan korang kerugian dan ada charge tersembunyi .
TELEFON BIMBIT | Telepon bimbit amat berguna sekali ketika melancong ke luar negara. Sila aktifkan ROAMING, ini memudahkan anda berhubung. Cara lain, sila bawa telefon bimbit lebih dan beli simkad di negara anda lawati. Jangan lupa untuk memaklumkan kepada keluarga terdekat atau sahabat anda apabila sudah sampai di negara yang dilawati. Pastikan bagi nombor telefon bimbit anda yang aktif di negara tersebut untuk senang berkomunikasi jika ada sesuatu.
INTERNET | Kemudahan internet sekarang sangat membantu, aplikasi Whatsapps boleh menggantikan cara komunikasi lama dengan hanya perlu internet. Untuk lebih menjimatkan korang, sewa pocket wifi untuk memudahkan korang dapat internet. Kebiasaanya pocket wifi ini boleh disewa melalui atas talian sahaja. Pastikan ia di tempah awal sebelum tarikh penerbangan korang untuk mengelakkan ianya habis di tempah oleh orang lain.
Dengan adanya kemudahan internet ini, anda tidak perlu lagi membeli dan menukar sim dari negara tersebut untuk tujuan komunikasi anda. Korang hanya boleh berkomunikasi melalui aplikasi seperti Whatsapp, Wechat dan lain-lain.
INTERNET | Kemudahan internet sekarang sangat membantu, aplikasi Whatsapps boleh menggantikan cara komunikasi lama dengan hanya perlu internet. Untuk lebih menjimatkan korang, sewa pocket wifi untuk memudahkan korang dapat internet. Kebiasaanya pocket wifi ini boleh disewa melalui atas talian sahaja. Pastikan ia di tempah awal sebelum tarikh penerbangan korang untuk mengelakkan ianya habis di tempah oleh orang lain.
Dengan adanya kemudahan internet ini, anda tidak perlu lagi membeli dan menukar sim dari negara tersebut untuk tujuan komunikasi anda. Korang hanya boleh berkomunikasi melalui aplikasi seperti Whatsapp, Wechat dan lain-lain.
UBAT-UBATAN | Sebelum keluar negara pastikan anda sentiasa sihat ini mengelakkan percutian anda terganggu dengan keadaan yang tidak sihat. Nanti anda tidak dapat menikmati suasana bercuti. Bagi mereka yang menghidap sakit asma, darah tinggi, kencing manis, kolestrol atau sebagainya bekalan ubat hendaklah mencukupi. Ini penting untuk masa-masa terdesak.
BAGASI | Semasa berada di lapangan terbang awasi bagasi anda. Pastikan anda tidak meninggalkan bagasi anda sesuka hati. Nanti ada orang masukkan barang terlarang di dalam bagasi anda tanpa disedari. Pastikan juga korang tidak membawa barang terlarang dan tajam untuk mengelakkan anda bermasalah ketika melalui security. *awass ini harus di ambil serius.
UNDANG-UNDANG | Sila fahami dan patuhi undang-undang ketika berada di negara yang anda lawati untuk mengelakkan korang di kenakan denda.
PAKAIAN | Bawa pakaian yang mencukupi dan sesuai dengan cuaca dimana negara yang bakal korang pergi. Lagi bagus sekiranya korang boleh prepare dengan kaji cuaca semasa travel korang. Ini cukup membantu untuk korang bersedia dengan sebarang kemungkinan suhu dan cuaca.
PAKAIAN | Bawa pakaian yang mencukupi dan sesuai dengan cuaca dimana negara yang bakal korang pergi. Lagi bagus sekiranya korang boleh prepare dengan kaji cuaca semasa travel korang. Ini cukup membantu untuk korang bersedia dengan sebarang kemungkinan suhu dan cuaca.
KAMERA | Bawa kamera yang sesuai untuk merakam aksi dan memori anda ketika bercuti. Pastikan gadget korang tidak terlalu heavy dan menganggu keselesaan korang semasa travel. Kalau saya, lebih selesa menggunakan kamera pocket Canon G7 Mark II. Ianya kecil, ringan dan jaguh untuk rakaman vlog.
Tip tambahan : Maklumkan kepada jiran anda bahawa anda akan bercuti dalam tempoh beberapa hari. Bagi mengelakan perkara yang tidak diingin berlaku ketika anda bercuti. Ini adalah untuk keselamatan rumah bila korang meninggalkan rumah dalam masa yang lama.
10 Comments
perrghhh banyak jugak nak kena ingat ni. Ingatkan bawa kain baju ngan diri sendiri je hehehe. Salam perkenalan inchik mawardi :)
ReplyDeletesinggah blogwalking kat sini :)
ReplyDeleteVideo Terbaru PSY vs Snoop Dogg Tiru Havoc Joe Flizzow?
http://syokbah.com/video-terbaru-psy-vs-snoop-dogg/
USD 1 juta Habis Tidak Sampai 2 Tahun Oleh Keluarga Ini - Blog 3 Dalam 1
http://blog3dalam1.blogspot.com/2014/06/usd-1-juta-habis-tidak-sampai-2-tahun.html
Video Aksi Pelakon Terkenal Jepun Bersama Teman Lelaki Tersebar!!! - Blog 3 Dalam 1
http://blog3dalam1.blogspot.com/2014/06/video-aksi-pelakon-terkenal-jepun.html
terbaik tip..bgus gk ada tip gini..snang bt rujukan nanti..
ReplyDeleteBiasanya untuk trip ke destinasi yang pertama kali. Saya akan buat sedikit research untuk mendapatkan informasi mengenai destinasi yang dituju.
ReplyDeleteIngin Lebih Selamat Datang Melalui Syarikat Kami..
ReplyDeleteCambodia Muslim Holiday Travel adalah sebuah syarikat tempatan yang Sah yang telah berdaftar dibawah kementerian pelancongan Cambodia. Kami salah satu operator pelancongan yang amat dikenali di Kemboja & Vietnam. dan kini Kami adalah peneraju utama dalam pasaran pelancongan muslim di kemboja. Syarikat / Perkhidmatan ini dibuka lebih kepada mereka yang berbahasa Melayu, iaitu Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei, kerana kami lebih fasih berbahasa Melayu dan lebih selesa dengan bahasa itu, oleh itu kami amat berharap Tuan / Puan memberi Support yang amat tinggi terhadap perkhidmatan kami ini. Syarikat Ini Diurus Sendiri Oleh Ustaz Yahya Al-hafiz. - See more at: http://cmhtour.com/#sthash.AHbHD3n9.dpuf
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. trip percuma ke Bangkok.
ReplyDeletebagus tips ni boleh follow
ReplyDeletedan jangan lupa bawa diri hehehe
ReplyDeletewah.. bagusnya panduan ni bang! boleh jadi checklist sebelum terbang jugak ni.
ReplyDeletesetakat ni melancong dalam negara je dulu
ReplyDelete