The Art of Russian Luxury by Moiseikin | Perhiasan Mewah Masyarakat Russia

The Art of Russian Luxury by Moiseikin | Perhiasan Mewah Masyarakat Russia | Tahun ni merupakan tahun ke-47 hubungan dua hala Malaysia dengan Rusia. Untuk pengetahuan korang Rusia merupakan rakan perdagangan Malaysia yang ke-26 terbesar.

Dan tahun ini juga merupakan ulang tahun ke-100 battle Of Penang 28 Oktober 1914, iaitu peristiwa bersejarah apabila anak kapal Rusia yang terselamat dari dibom telah diselamatkan oleh nelayan dari Pulau Pinang. Jadi, sedar tak sedar hubungan Malaysia dan Rusia ni sebenarnya sudah lama terjalin. Di Pulau Pinang, ada 13-15 orang anak kapal Rusia telah dikebumikan di sana.

Sempena sambutan Hari Kebangsaan Russia pada tahun ini, pihak kedutaan Russia di Malaysia memperkenalkan salah satu perhiasan serba mewah masyarakat Russia iaitu Moiseikin

Sejarah Moiseikin bermula apabila ayah kepada Victor Moiseikin mambawa pulang batu Malachite, sejenis batu mineral bewarna hijau dari sebatian Kuprum Karbonat Hidroksida. Sejak itu Moiseikin menanam minat terhadap perhiasan batuan ini dan mula membuka galeri kecil pada tahun 1993 dengan berkonsepkan perhiasan mewah tradisi masyarakat Russia sejak 200 tahun dahulu.

Keunikan dan kebolehan Moiseikin dalam menghasilkan perhiasan yag serba indah, telah menjadikan beliau terkenal. Perhiasan beliau turut dipakai oleh Queen Elizabeth II, Prince Michael of Kent, German Chancellor Angela Merkel, pereka terkenal Paco Rabanne, Artis Opera Russia yang terkenal Elena Obraztsova dan ramai lagi.

Dengan kerjasama bersama TM Info-Media Sdn. Bhd. dan melalui rundingan dengan satu lagi internal-class organization, Kedutaan dengan berbangganya telah menganjurkan ‘The Art of Russian Luxury by Moiseikin’ di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur bermula 10-16 Jun 2014.

Kedutaan Russia telah membawa tukang emas mereka dari Yekaterinburg, Russia bersama 37 items untuk dipamerkan. Kebanyakan item tersebut belum pernah dibawa keluar dari Rusia. Antara barangan yang menjadi tumpuan ialah : Horn of Plenty dan Drop of Oil.
Horn of Plenty” the highlight of the showcase, which is jewellery, lapidary and watch-making masterpiece. Its production took 3112 diamonds, and every detail was done manually as a separate art object. The first interpretation of the “Horn of Plenty” made ​​a huge impression on the international jewellery community. This interior clock became a symbol of the exhibition “Russian, Eastern & Oriental Fine Art Fair — London 2010”. MOISEIKIN decided to surprise the audience by introducing a brand new “Horn of Plenty”, which has never been exhibited before. Selling at a whopping USD 40,000!
Terkenal dengan kemahiran dan kepakaran dalam memotong batu, Moiseikin mempersembahkan patung haiwan dan bunga yang cukup indah, yang telah diilhamkan oleh alam semula jadi dengan perincian batu permata yang sangat kemas. “Drop of Oil” – Dolerite, which is the centre of the composition, weighs 11 kg, or 55,000 carats. It is the largest faceted crystal in the world. Due to its hardness this gem is very difficult to handle. Special equipment which has no analogues was created to make the cutting of this stone.

Apa yang membuat kraf ini menjadi begitu unik adalah kerana sebahagian daripada barang-barang pameran sebenarnya keping barang kemas yang digabungkan bersama-sama untuk membentuk  jewellery miniatures.

Anda mungkin perlu melihat dengan teliti item-item yang mereka cuba pamerkan ini. Anda mungkin meyangka dan keliru bahawa mungkin burung emas yang tergantung di pokok permata, tapi hakikat sebenarnya adalah pin kerongsang bersedia untuk melengkapkan melihat anda untuk hari itu. Atau mungkin buah-buahan yang boleh dimakan yang berpandangan diperbuat daripada mutiara menjuntai dari kecil ini sebenarnya sepasang anting-anting mutiara.

Jadi apa lagi. Sesungguhnya, pameran yang tidak boleh dilepaskan.

Post a Comment

2 Comments

  1. Apa yang boleh dikatakan ..Semestinya cantik menarik bergaya dan kreatif ..Mesti harganya Mahal kan ...

    ReplyDelete
  2. cantiknya..harganya pun pasti cantik dan menarik

    ReplyDelete