DARAH TINGGI | Petua Ubat Tradisional Darah Tinggi


Tekanan Darah Tinggi_ foto duniafitnes.com

DARAH TINGGI | Petua Ubat Tradisional Darah Tinggi | Ramai yang mencari petua dan tips macamana untuk mengubati PENYAKIT DARAH TINGGI. Ayah saya pun ada penyakit darah tinggi ni. Biasa mengharapkan ubatan dari hospital je. Sedar ke kita? sebenarnya petua-petua tradisional memang ada. Tapi kena yakin lah, Insyaallah.

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.Darah tinggi atau Hipertensi (Inggeris = Hypertension) merujuk kepada Tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik.Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.
Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.
Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring_ WIKIPEDIA
Jom kita tengok apa petua-petua untuk ubati PENYAKIT DARAH TINGGI ni.


JUS BELIMBING / EPAL | Minum jus air belimbing, atau blend buah epal hijau dan buat jus. Minum jus ini 1- 2 hari sehingga pulih.

JUS PEGAGA | Kalau ada daun pegaga pun boleh di buat jus dan minum airnya.

TENANGKAN FIKIRAN | Bila darah naik tinggi, duduk dan rehat, dan tenangkan fikiran dari segala stress. Cuba elakkan untuk fikirkan masalah atau perkara-perkara negatif.

BACA AL-QURAN | Bacalah Ayat ayat suci Al-Quran semasa berehat, kerana semua sedia tahu ayat Quran juga adalah ubat bagi segala penyakit.

UBATAN | Kalau ada ubat doktor, makan ubat ikut jadual.

MAKANAN BERSTIM | Lebih digalakkan untuk makan masakan berstim seperti ikan yang di stim dan sebagainya. Ataupun lebihkan sayur sayuran terutama sekali ulam atau raw salad (tomato, cucumber, lettuce).


PERKARA PERLU DIELAKKAN 


MAKANAN BERGARAM | Kalau lapar,elakkan memakan makanan yang bergaram . Makanan yang dibeli juga punyai kadar garam yang tinggi. Buat sementara waktu, makanlah masakan yang tiada bergaram atau kurangkan 90% garam! MY anjurkan cubalah makan Quaker Oats ditambahkan pisang dan kismis.

MAKANAN BERGORENG | Elakkan sementara makanan bergoreng (deep fried) dan semua Fast Food.

DAGING | Elakkan untuk makanan daging lembu, kambing, ayam buat sementara. Maksud disini, jadilah vegitarian untuk seketika.




Tambahan

a. Kalau tak keberatan beli Kapsule Bawang Putih 300 gm dan makan 3 kali sehari
b. Dianjurkan juga untuk memakan Cod Fish Oil atau minyak ikan berkapsul
c. Tambah makanan seperti fresh fruits, raw salads, whole grains ie.quaker oats, makanan berkacang ie dhall dan peas, kerana orang yang ada darah tinggi kurang calcium, potassium dan magnesium.

Sumber Petua [klik]


Post a Comment

7 Comments

  1. Eh eh kejap , kita konfius. Elakkan makanan stim tu tapi descrption kata digalakkan ?? T_T.

    ReplyDelete
  2. penyakit paling senang nak dpat..
    jus belimbing dan jus epal paling senang nk dapat.
    sodap pulak tue.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. xpayah nak menahan telan ubat pahit2 tu

      Delete
  3. MY , ..blkg rumah aku ada tanam pokok pegaga..selalu buat jus..ragut, cuci n blender..terbaik; susah nak mati pokok ni kecuali musim panas/kering...sekadar minum jus tak tau pulak begitu khasiatnya.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih abang mawardi atas tips ni. Sekarang ni orang muda pun senang nak dapat tekanan darah tinggi ni. Ena pun dah takut sekarang, Bolehlah amalkan tips2 yang diberi

    ReplyDelete