TEATER PROJEK KAHWIN TERBAIK | Pementasan TEATER PROJEK KAHWIN di ISTANA BUDAYA

TEATER PROJEK KAHWIN TERBAIK | Pementasan TEATER PROJEK KAHWIN di ISTANA BUDAYA | Hahaha , gelak je MY semalam. *kenapa? Alkisahnya bila geng-geng bujang trang tang tang ni pergi tengok  Pementasan TEATER PROJEK KAHWIN di ISTANA BUDAYA . 

Teater ini dibawah arahan Muhammad Azri Ali. Melalui teater ini mereka telah menampilkan barisan pelakon seperti Izzue Islam, Shah Iskandar, penyanyi Kaka Azraff, Kilafairy, Imam Muda Asyraf dan ramai lagi. Selain mempertaruhkan pelakon popular sedia ada, teater ini mengetengahkan penggiat teater indie yang cukup berbakat, seperti Sherry Alhadad, Atoi Tohet, ZulinAziz, Fazleena Hisahmuddin, Shahkimin dan Azhar Zainal.

Bagi pandangan MY, teater ni sangat berbaloi untuk korang tonton, bukan kerana apa. Selain pelakon-pelakonnya cukup popular dan professional, MY rasa jalan ceritanya sangat menarik dan mencuit hati. Teater PROJEK KAHWIN ni boleh dikatakan berkonsepkan TEATER MUZIKAL KOMEDI. Bukan sekadar teater biasa, ianya penuh dengan masej yang sangat berguna untuk mereka-mereka yang bakal berkahwin.
Jangan salah memilih tukang,
Silap-silap sakit belakang,
Kena bijak berkata-kata,
Agar tertunai hajat di dada.
Kemunculan Imam Muda Asyraf juga memberikan kelainan untuk teater seperti ini. Dipenuhi dengan nasihat-nasihat dan tazkirah ringkas yang sangat berguna. Sudah semestinya dakwah yang disampaikan sangat menusuk ke kalbu ni. Ditambah pula dengan gurauan dan lawak dari Imam Muda Asyraf ni buat penonton lebih mendekati dan memahami maksudnya. *eh lawak juga, Imam muda kita ni ya

Watak-watak yang dipersembahkan semuanya menjadi dan berjaya, bermula dari watak utama (Izzue Islam) sehingga pelakon-pelakon tambahan lain sangat memberikan kesan tersendiri untuk pementasan teater ni. Persembahan backdrop yang boleh membuatkan borang ternganga kagum. *serius gempak, respek habis kat diorang ni.

Jalan cerita teater ini mengisahkan suasana yang berlaku dalam sesebuah perkahwinan masyarakat Melayu khususnya. Setiap watak digambarkan berdasar peribadi sebenar masyarakat Malaysia. Sempena teater itu, turut diadakan pameran pengantin ‘Projek Kahwin’ di lobi Istana Budaya bermula 11 jun 2014 lagi. Jadi Pementasan TEATER PROJEK KAHWIN di ISTANA BUDAYA akan berakhir pada malam ini iaitu 14 jun 2014. 

Jangan lupa, hari ni (14 Jun 2014) merupakan hari terakhir tanyangan, dan sudah semestinya ia kan menjanjikan satu malam yang sangat gempak. *pergh tetiba rasa nak pergi tengok lagi malam nie

Apapon , MY nak bagitau bahwa Pementasan TEATER PROJEK KAHWIN di ISTANA BUDAYA ni adalah teater yang terbaik MY tengok dari sebelum ni. . Tahniah dan Syabas buat semua crew dan pelakon. Tahniah Tahniah Tahniah.

Kalau ada yang pergi tonton Pementasan TEATER PROJEK KAHWIN di ISTANA BUDAYA ni jangan lupa ambil gambar dan #ProjekKahwin banyak-banyak ya. huhu. Tapi jangan ambik gambar masa diorang buat pementasan pulak. Kang kena laser annti ahhaha. Apa yang paling penting, nasihat MY, kalau nk ke Istana budaya tu, jangan lupa baca etika untuk masuk ke Istana Budaya [klik] tu. Kang balik saje je. *jom malam ni pergi tengok lagi. eh kbai.

p/s : walaupun tak dapat pergi ke kedah untuk menhadiri Kenduri Kawin Syahir. Aku cuba pujuk hati dengan Pementasan Projek Kahwin ni je. huhu.

Post a Comment

5 Comments

  1. lama x jengah sini,sekali jengah...tadaaaa...blog dah berwajah baru..nampak kemas...header pun cantik

    ReplyDelete
  2. bestnyaaa dapat bergambar dengan Izzue Islam. Hensemnyaaa dia.!! hehehehe

    ReplyDelete
  3. #projekkahwin..MY bila pulok !! hah haha..ha

    ReplyDelete
  4. cantik gila baju tuh.. ohsem!
    lama dah tak tengok teater, last tengok zaman u dulu
    kat IB, tak pernah lagi gi tengok..

    ReplyDelete