SELAMAT PENGANTIN BARU SAHABAT | BARAKALLAH | Alhamdulillah sedar tak sedar dah hampir seminggu MK Syahir pemilik blog informasi fuh.my bergelar suami kepada pilihan hatinya Habsah. Dan dah hampir seminggu jugak la MY dinner sorang-sorang kat kedai TomYam bawah apartment tempat kami menyewa sama-sama dulu haha.
Selepas sahnya perkahwinan Habsah menjadi isteri kepada Syahir, bertimpa-timpa soalan sama membanjiri cuping telinga ni ha. "MY bila pula kan?" . *tetiba je rasa nak nyanyi lagu riang di hari raya masa tu ahahhaha. Nak buat macamana, tak ada orang nak kat kita ni ha. *krik krik...krik krik..
Rasa sedih dan bersalah jugak dengan Syahir kerana tak dapat memenuhi jemputan ke Majlis sambut menantu di Kedah 14 Jun 2014 nanti. Bukan sengaja, tapi ada tanggungjawab yang perlu MY selesaikan. Doa MY dari jauh semoga semuanya berjalan dengan lancar dan apa yang penting, share your happiness dengan sahabat-sahabat lain yang hadir. *teringin sangat nak ke sana, tapi apakan daya. huhu
Apapon MY nak bagitau kat sini, yang Syahir ni dah macam sebahagian dari keluarga MY sendiri. Seorang kawan, sahabat dan abang yang sangat memahami dalam segala hal. Semoga ikatan perkahwinan diorang selalu dirahmati Allah. Pesanan MY kat sini, jadilah suami yang bertanggungjawab dan selalulah bertolak ansur dalam hal rumah tangga. *eh dah macam penah kawin plak rasa diri ni, bila nak berpesan ni kan. huhu.
" Ya Allah
“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada mereka suami isteri. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu . Satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah.
Ya Allah, sempurnakan kebahagiaan kedua saudaraku ini dengan menjadikan pernikahan mereka sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti pengikat cinta kepada Rasulullah.
Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat .
- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -
11 Comments
:'( terharu baca entry ni..thanks a lot sahabat..jaga diri bebaik..ada apa2 jgn malu jgn segan roger ja..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. tahniah buat MK buat MY mohon doa banyak2 supaya cepat menyusul..hehehe ^__^
ReplyDeleteselamat pengantin baru.
ReplyDeletedatang mengisi tabung churp
Amin... semoga jodoh MK dan Habsah akan berkekalan hingga ke janah... Mawardi bila lagi? Eh! ^..^
ReplyDelete:)
ReplyDeletekesiannnn dok sorg2 dah :p abg MY bila lagi? tak sabar nak mkn nasi minyak nihh :p
ReplyDeletecantik pilihan warna baju pengantin.soft sahaja...:-)
ReplyDeleteTahniah Mk. Syahir. Hehehehe Sabtu ni ena tak tahulah dapat pergi ke tak. Apapun ena doakan supaya bahagia hingga kesyurga
ReplyDeletesemoga ke akhir hayat!
ReplyDeletealhamdulillah .. tahniah MK syahir. ~ :)
ReplyDeletepergh,dh kahwin,tahniah fuhhh!!!
ReplyDelete