Pengalaman Final Year Yang Memenatkan | Final Year Project Industrial Design UPM | Sedar tak sedar dah 2 tahun aku meninggalkan zaman degree. Rasa macam tak percaya pun ada. Rindu kisah-kisah lama masa jadi pelajar degree. Jauh sangat berbeza suasananya bila menjadi pelajar master nie. Kalau dulu ke kelas ada ramai kawan-kawan. Sekarang kadang-kadang satu kelas pun masih tak kenal satu sama lain walaupun dah hampir 5 bulan bersama.
Yang ni nama dia Palie, bekas roomate MY masa second year degree kat UPM dulu. Waktu dulu MY stay di kolej sepuluh. Ramai yang tak tahu kat kolej 10 UPM ni sebenarnya bukan dihuni oleh pelajar jurusan kejuruteraan jer. Tapi kami dari Fakulti Rekabentuk pun sama menginap di sini. Gambar ni di ambil masa Degree Show untuk final projek kami. Terharu bila dia mai support. Palie nie student Architect Landscape. Lagi hebat la dari MY.
Masa tahun 2012, projek final kami ialah bertemakan Industri Perikanan. Ramai jugak la yang juling mata, muntah darah mengadap tema yang macam tu.*mentang-mentang la universiti pertanian kan. kami pulak jadi mangsa. Kami cuba jugak membantah dengan tema yang kami dapat. Tapi bantahan kami tak dilayan. huhu. Apapon kami teruskan jugak mengharungi suka duka dengan Final Year Project bertemakan Industri Perikanan. Alhamdulillah kami semua berjaya melakukannya.
Bagi MY, menjadi student akhir tahun bukan hanya terbeban dengan bebanan projek yang berat, tapi ada lagi tugas lain yang di pikul sebagai pengarah program untuk Degree Show kami . *pergh mendidih kepala nie. Tapi Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar walaupun serba kekurangan. Semua ni membuatkan MY lebih kuat dan lebih bersedia untuk ke alam pekerjaan.
Itu kisahnya beberapa tahun yang lepas. Hope aku lebih kuat dan terus maju ke hadapan.
Itu kisahnya beberapa tahun yang lepas. Hope aku lebih kuat dan terus maju ke hadapan.
3 Comments
salam bro, member ada sorang yang smbj kat situ..dia kata kusut gilos nak design based on pertanian..apa pun tahniah bro sebab dapat menamatkan degree.. :)
ReplyDeleteEna ni menghitung hari nak habiskan degree ena lagi 3 tahun ni. Huaaaaaa. Kadang2 rasa muak dah nak study, mengadap assigment, PBL bagai. T_T
ReplyDeleteBila lihat gambar diatas. Terkenang zaman pengajian kejureteraan Elektronik Perubatan agak tertekan menyiapkan projek akhir tahun.
ReplyDelete